Monday, 28 January 2013

SOPAN SANTUN DALAM MASYARAKAT ; [SITI ZULAIKHA

Negara Malaysia dikenali negara yang bersopan-santun dan berbudi bahasa. Kita sepatutnya berasa bangga telah menjadi salah seorang daripada rakyat Malaysia. Pelbagai usaha telah kerajaan lakukan untuk memupuk sikap ini kepada seluruh Rakyat Malaysia dan tidak mengira agama dan bangsa.

Negara Malaysia ini aman dan harmoni. Negara yang aman ini akan menjadi harmoni jika kita bebas daripada vandelisme,gengsterisme dan sebagainya. Ini akan berlaku sekiranya rakyat Malaysia mempunyai sikap bersopan-santun dan berbudi bahasa.

Selain itu, apabila kita pergi keluar negara untuk meneruskan pelajaran dan kita bersikap besopan-santun orang akan pandang dengan rasa teruja dan bertanyakan asal kita. Tetapi bukan bersikap lurus bendul. Orang akan bangga dan menyanjungi kita. Negara kita kemungkinan dapat menabahkan pendapatan ekonomi negara.

Seterusnya, apabila kita menyentuh bab peningkatan ekomoni negara ini di sebabkan rakyat yang memaknkan peranan penting. Orang dari negara lain akan lihat keadaan negara dan siapakah menteri yang memerintah negara ini sehingga menjadikan rakyat negara itu bersikap bersopan-santun. Ini yang menyebabkan pendapatan dan peningkatan okenomi negara.

Di samping itu, kesepakatan antara rakyat akan terjalin. Sebagai contoh apabila mengadakan perbincangan antara rakyat dan rakyat mereka akan mendapat kesepakatan kerana semua orang akan sebulat suara untuk bersatu-padu.

Kesimpulannya kita sebagai rakyat Malaysia mestilah pupuk sikap bersopan-santun dan nerbudi bahasa kerana sikap itu melambangkan keperibadian dan imej negara, bak kata pepatah biar buruk kain, asalkan pandai mengambil hati.


No comments:

Post a Comment