Abstrak
Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah,institusi-institusi perguruan, universiti, badan-badan kerajaan dan swasta. Penggunaan bahasa Melayu semakin meluas sama ada dalam bentuk akademik atau bukan akademik. Oleh yang demikian, penggunaan kata dan istilah telah tercipta dalam masyarakat serta menjadi lumrah dalam kehidupan bergantung pada suasana dan persekitaran.
Biasanya bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan maksud. Tetapi kita menggunakan bahasa juga untuk mengelakkan daripada menyatakan sesuatu maklumat yang sebenar. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan konsep tabu dalam bahasa dan pemikiran Melayu. Perkara yang dikaji ialah pengertian atau maksud tabu, asal-usul atau sejarah tabu, sebab-sebab tabu diperkenalkan dan kesan tabu dalam masyarakat atau kehidupan.
Melalui kertas kerja ini, perbincangan ini akan ditumpukan kepada konsep tabu dalam bahasa dan pemikiran Melayu. Justeru, pengkajian tentang kertas kerja ini sedikit sebanyak menambahkan lagi khazanah bahasa Melayu. Diharapkan kertas kerja ini akan dibincangkan lebih terperinci pada masa akan datang.
PENDAHULUAN
Pengenalan
Sebelum mengorak langkah untuk membicarakan Konsep Tabu Dalam Bahasa dan pemikiran Melayu, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan dalam urusan rasmi bagi semua bidang. Oleh itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk semua rakyat di negara ini dalam konteks perhubungan antara satu sama lain. Jadi, penggunaan bahasa, istilah kata, perkataan dan sebagainya sama ada sebelum merdeka dan selepas merdeka sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, berlakulah pertambahan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Jadi, bahasa merupakan jambatan yang menyalurkan maklumat dalam interaksi harian manusia. Bahasa dapat dimanipulasikan mengikut keperluan dan fungsi dalam komunikasi sosial. Justeru, biasanya bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan maksud. Namun, kita menggunakan bahasa juga untuk mengelak daripada menyatakan sesuatu maklumat yang sebenar.
97
Manakala, tabu pula ialah sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali; iaitu yang terlarang, yang diharamkan atau ditegah daripada. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Manakala S.Nathesan (2008;06) memberi maksud tabu ialah pada umumnya sebagai
larangan. Larangan ini kebiasaanya merujuk kepada sesuatu amalan, perbuatan, pakaian dan yang seumpamanya. Demikian juga terdapat larangan terhadap penggunaan bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di negara ini. Apabila ada larangan dalam penggunaan bahasa, maka kata atau ungkapan yang digunakan dalam bahasa untuk merujuk kepada sesuatu yang kurang manis, yang membawa unsur negatif, lucah dan yang tidak sopan terus tidak digunakan atau dielakkan dalam pertuturan.
Hal ini bermakna, dalam pemikiran Melayu menjelaskan bahawa tabu atau larangan dalam penggunaan bahasa sudah diamalkan sejak zaman terdahulu. Jadi, penggunaan bahasa tersebut amat sesuai pada masa itu dan tidak memberi impak kepda pihak yang lain. Namun, apabila penggunaan bahasa dipertuturkan pada masa ini, maka perkataan tersebut membawa maksud yang berlainan sama ada dalam bentuk lucah atau yang kurang sopan.
Objektif Kajian
a) Menjelaskan asal-usul tabu.
b) Membincangkan sebab-sebab tabu diperkenalkan dalam masyarakat.
c) Membincangkan kesan atau impak penggunaan tabu dalam kehidupan masyarakat.
Batasan Kajian
Skop pebincangan kertas kerja ini menumpukan kepada konsep tabu alam bahasa dan pemikiran Melayu. Penulisan kertas kerja ini menggunakan kaedah analisa kandungan yang merujuk kepada beberapa buak buku, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Di samping itu, membuat rujukan internet melalui computer. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian. Justeru, penulis membataskan tugasan ini konsep tabu dalam bahasa dan pemikiran Melayu.
SEJARAH ATAU ASAL-USUL KATA TABU
Hakikatnya, terdapat pelbagai pendapat dan pandangan berkenaan asal-usul kata tabu. Kalau dikaji secara mandalam, hampir keseluruhannya kata tabu mempunyai persamaan . Oleh itu, S. Nathesan (2008;61) memperjelaskan bahawa kata tabu berasal daripada bahasa Polinesia. Namun, tabu atau dalam bahasa Polinesia dipanggil sebagai tapu. Jadi, perkataan tapu memberi pengertian iaitu sesuatu yang dilarang untuk digunakan dan sesuatu yang kudus.
98
Oleh itu, perkataan tapu menurut Ullamann (1962) memperjelaskan bahawa perkataan ini diperkenalkan atau mula-mula digunakan oleh Kapten Cook ketika beliau mengenal kata ini apabila digunakan oleh orang Polinesia di Kepulauan Polinesia. Kemudian, perkataan ini tersebar luas dan telah meresap masuk ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa-bahasa lain sehinggalah masuk ke dalam bahasa Melayu. Jadi, perkataan tabu ini telah menjadi sebahagian daripada perkataan dalam bahasa Melayu dan diamalkan dalam kehidupan masyatrakat di negara ini.
SEBAB-SEBAB TABU DIPERKENALKAN DALAM MASYARAKAT
Sedia maklum, tabu pada umunya merupakan sebagai bahasa larangan iaitu ungkapan yang lebih berunsur negatif, lucah dan yang tidak sopan. Jadi, tabu boleh
dibahagikan kepada dua iaitu bahasa kasar dan bahasa kesat (2010). Oleh itu, Indah Budi Kerana Bahasa(2010;5) menyatakan bahawa bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan dan tidak manis dituturkan atau digunakan, apatah lagi dalam situasi rasmi. Bahasa ini hanya boleh digunakan dalam situasi tertentu dan dengan orang yang tertentu, seperti semasa berhubungan antara dua atau lebih teman karib dan setaraf, serta dalam suasana tidak rasmi, bersifat peribadi dan tanpa kehadiran pihak atau orang ketiga. Contoh bahsa kasar seperti bangang,bodoh,tak berotak dan sebagainya.
Manakala bahasa kesat ialah tingkatan bahasa yang paling rendah yang tidak boleh digunakan sama sekali, baik dalam situasi yang tidak rasmi ataupun rasmi. Bahasa ini apabila digunakan, sangatlah menyakitkan hati apabila mendengarnya. Biasanya, bahasa ini digunakan oleh orang yang sedang marah dan tidak dapat mengawal perasannya, serta untuk menghina seseorang. Contoh perkataannya ialah ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina.
Tabu, pada umumnya, menandakan sesutu yang dilarang atau sesuatu yang tidak dibenarkan. Larangan itu berlaku kerana beberapa sebab, iaitu kekudusan atau kesucian dan berbahaya, menyeramkan atau yang dilarang, ataupun kerana perkara itu tidak bersih. Sebab-sebab tabu atau larangan diperkenalkan ialah:
Masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur ghaib dan magis
Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan animisme yang begitu kuat, malahan kepercayaan ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat. Oleh itu, tanpa disedari tabu sememangnya telah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Jadi, dengan kepercayaan tersebut, amalan larangan mula dikenakan atau diperkenalkan terhadap masyarakatnya. Masyarakat Melayu pada masa itu amat mempercayai larangan-larangan tersebut. Seandainya larangan atau tabu ini tidak dipatuhi, maka individu atau kelompok masyarakat akan mennerima kesan yang buruk. Untuk mengelakkan kecelakaan
99
atau perkara buruk berlaku, individu atau kelompok masyarakat akan mematuhi segala larangan atau tabu tersebut. Tujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Contoh tabu atau larangan itu ialah:
Pantang Larang
|
Sebab pantang larang wujud
|
=>Jangan memukul,mendera atau mencederakan mana-mana binatang , dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
=>Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
=>Jangan bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
=>Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
=>Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
=>Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.
=>Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.
=>Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata akan buta.
=>Kalau makan nasi kene habiskan, kalau tidak nasi akan menangis.
=>Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
|
- bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
-agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
-bagi menjaga ketenteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
-disebabkan penyidai biasa rendah,dikhuatiri ibu hamil akan tersadung dan menyebabkan keguguran.
-untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan.
-supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak.
-untuk mengelakkan bising di rumah ,tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
-untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak serta mengelakkan jarum daripada tercucuk jari.
-untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.
-untuk mengelak masakan hangus kerana menyanyi.
|
a) Masyarakat Melayu mengutamakan aspek kesopanan dan kehalusan berbahasa.
Pada dasarnya aspek kesopanan dan kehalusan berbahasa ini lebih tertumpu pada tutur kata atau percakapan. Kebiasaannya, masyarakat Melayu sentiasa berhati-hati
100
semasa bertutur dengan orang lain agar tutur kata atau percakapan tersebut tidak menyakiti orang lain. Contohnya, perkataan ‘bangang’ yang membawa maksud bodoh. Jadi, perkataan bangang ini mempunyai unsure kata yang terlalu kasar apabila dipertuturkan dengan nada yang tinggi. Individu yang mendengar perkataan tersebut
sudah pasti berasa rendah diri atau marah.
Berbalik kepada tabu atau larangan dalam bahasa adalah untuk merujuk kepada sesuatu yang kurang manis apabila dipertuturkan, bahasa yang mempunyai unsur-unsur negatif, bahasa berbau lucah atau tidak sopan dielakkan dalam pertuturan. Sekiranya dipertuturkan, sudah tentu yang mendengarnya akan berasa kecil hati atau berasa terhina.
Oleh yang demikian, untuk menyampaikan makna yang terkandung dalam kata atau ungkapan yang dilarang itu, atau yang dikenakan tabu itu, maka perkataan atau tutur kata yang lain perlu dicari agar dapat menggantikan perkataan tersebut. Tujuan pergantian perkataan tersebut agar perkataan yang diganti itu lebih halus atau lebih bersopan apabila dipertuturkan yang mempunyai makna yang sama dengan perkataan asal. Thamsilannya, perkataan jamban merupakan perkataan yang selalu dipertuturkan oleh masyarakat zaman dahulu. Pada masa itu, kata jamban sudah menjadi kezaliman dan tidak sesuai dipertuturkan pada masa ini. Hal ini disebabkan, kata jamban ini tidak sesuai dipertuturkan pada masa ini. Hal ini disebabkan, kata jamban ini membawa konotasi yang kurang sopan iaitu tempat membuang kekotoran seperti najis(berak) dan air kecil(kencing). Untuk menggunakan perkataan lain, maka kata jamban perlu diganti dengan kata yang mempunyai makna yang sama iaitu kata tandas. Jadi, kata tandas ini lebih halus dan bersopan. Pada masa ini, ada pula perkataan lain yang ditimbulkan oleh pemikir-pemikir Melayu. Konsep tandas ditukar kepada kata bilik air yang membawa maksud tempat membuang air besar atau kecil.
Terdapat beberapa kata tabu dalam bahasa Melayu yang perlu kita renung dan dikaji. Kata tabu yang dipertuturkan ini tidak sesuai dituturkan kerana konotasi yang kurang sesuai,terlalu lucah, betbahaya atau ada unsur negatif. Jadi, kata tabu ini boleh dibahagikan kepada kata luaran atau kata biasa dan satu lagi kepada kata tabu yang merujuk kepada tubuh badan.
Antara kata tabu yang merujuk kepada kata luaran atau kata biasa (bukan tubuh badan) ialah:
Bil
|
Kata Kasar (Kata yang kurang sopan)
|
Kata Halus(Kata yang lebih sopan)
|
1.
|
Jamban
|
Tandas, bilik air
|
2.
|
Mampus
|
Meninggal dunia
|
3.
|
Gemuk
|
Orang yang sihat
|
4.
|
Mati
|
Menghembuskan nafas terakhir
|
5.
|
Jaga
|
Pengawal Keselamatann
|
6.
|
Janda
|
Ibu tunggal
|
101
Kata-kata ini menjadi tabu kerana konotasinya yang tidak sesuai iaitu yang mempunyai unsur-unsur negatif dan merendahkan imej seseorang. Contohnya kata janda, yang membawa maksud wanita yang tidak mempunyai suami akibat diceraikan. Apabila kata janda ini digunakan, pemikiran masyarakat menggambarkan bahawa kata janda lebih kepada unsur-unsur negatif seperti miang, gatal dan merampas suami orang. Oleh itu, kata janda ini mempunyai konotasi yang kurang sopan, maka diganti dengan kata ibu tunggal. Jadi, kata ibu tunggal lebih sopan dan konotasinya lebih sesuai yang menggambarkan wanita tersebut hidup tanpa suami.
Antara kata tabu yang merujuk kepada kata tubuh badan ialah:
Bil
|
Kata Kasar (Kata yang kurang sopan)
|
Kata Halus (Kata yang lebih sopan)
|
1.
|
Tahi
|
Najis
|
2.
|
Berak
|
Air besar
|
3.
|
Kencing
|
Air kecil
|
4.
|
Haid
|
Datang bulan atau uzur
|
5.
|
Pantat
|
Punggung
|
6.
|
Tetek
|
Buah dada
|
7.
|
Kemaluan
|
Alat kelamin lelaki atau perempuan
|
8.
|
Kentut
|
Buang angin
|
9.
|
Beranak
|
Bersalin
|
10.
|
Pelacur
|
Pekerja seks
|
Seperti kata tabu di atas, kata-kata ini perlu diganti supaya lebih sopan dan tidak memalukan orang lain terutamanya yang berkaitang dengan wanita yang dianggap tabu. Thamsilannya, untuk menyampaikan maksud perempuan yang datang haid, masyarakat Melayu telah menukarkan dengan kata yang lain atau yang lebih sopan iaitu datang bulan atau uzur. Kata ini lebih halus dan dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Manakala kata tetek pula jarang diamalkan atau digunapakai dalam kehidupan masyarakat Melayu kerana kata tetek ini lebih membawa konotasi yang kurang sopan. Maka kata tetek diganti dengan kata buah dada yang merujuk kepada anggota badan wanita.
Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu, Teo Kok Seng(2007;121) menyatakan bahawa beberapa eufemisme(bahasa halus) dugunakan untuk menggantikan perkataan-perkataan asal yang sudah pun dikira kasar, lucah dan menganggu. Misalnya, berhubung dengan fungsi badan, kata sopan ialah buang angin, buang air kecil dan buang air besar digunakan untuk menggantikan kentut, kencing, dan berak yang sudah pun menjadi tabu.
Namun, terdapat satu fenomena yang menarik tentang tabu dalam bahasa Melayu. Penggunaan perkataan kencing dan berak misalnya, tidak pula dianggap kasar atau tidak sopan semasa menyebut ungkapan yang merujuk kepada penyakit seperti kencing manis, kencing darah, kencing nanah, kencing malam, item perubatan seperti ujian air kencing dan
102
peribahasa seperti guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Begitu juga halnya dengan penggunaan perkataan berak pada ungkapan-ungkapan seperti berak darah, berak air dan sebagainya.
Selain itu, ada kata tabu yang tidak sesuai digunakan dalam memanggil nama seseorang atau urutan kekeluargaan. Kelazimannya, dalam masyarakat Melayu (dalam adik-beradik atau keluarga) tidak menggalakkan memanggil nama, sebaliknya memanggil kata abang, kakak atau adik. Hal ini disebabkan perkataan ini lebih sopan berbanding dengan memanggil nama. Ada juga yang memanggil adik-beradik mengikut peringkat kelahiran. Kata ini diwujudkan untuk menunjukkan rasa hormat dan katanya lebih bersopan. Thamsilannya, dalam likungan adik-beradik atau sesebuah keluarga iaitu:
Bil
|
Tingkat Kelahiran (anak)
|
Kata yang lebih sopan/hormat
|
1.
|
Sulung
|
Along
|
2.
|
Kedua
|
Angah
|
3.
|
Ketiga
|
Alang
|
4.
|
Keempat
|
Uda
|
5.
|
Kelima
|
Ateh
|
6.
|
Keenam
|
Andak
|
7.
|
Ketujuh
|
Anjang
|
8.
|
Kelapan
|
Itam
|
9.
|
Kesembilan
|
Ucu (yang bongsu)
|
Demikianlah contoh-contoh kata tabu dan digantikan dengan kata-kata yang lebih sopan. Perkara yang lebih penting ialah masyarakat Melayu perlu peka dengan kata tabu yang tidak boleh diamalkan dan digantikan dengan kata yang lebih sopan.
KESAN ATAU IMPAK PENGGUNAAN TABU DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
Hakikatnya, salah satu sebab yang menarik dan boleh dikongsi bersama dalam persoalan tabu ialah kewujudan tabu dalam bahasa telah menyebabkan pengguna bahasa termasuk pengguna bahasa Melayu mencari kata yang sesuai. Oleh itu, kewujudan tabu telah memberi impak atau kesan dalam perkembangan bahasa Melayu. Antara impaknya ialah:
a) Wujudnya kata ganti atau kata alternative
Kewujudan kosep tabu telah menambahkan lagi istilah atau perkataan untuk menggantikan kata tabu berkenaan. Kata ganti perlu dilakukan agar kata tabu ini tidak diamalkan kerana mempunyai konotasi yang kurang sopan. Langkah
103
yang terbaik ialah mencari kata ganti yang sesuai agar bahasanya lebih halus
dan sopan. Berdasarkan kajian di atas, dapatlah disimpulkan kata alternatif yang sesuai untuk menggantikan kata tabu berkenaan. Penggantian kata tabu ini mempunyai makna yang sama tetapi konotasi lebih halus dan sopan. Contoh-contohnya ialah (2008;63):
v Kemaluan untuk alat kelamin lelaki atau perempuan
v Datang bulan untuk haid
v Bilik air untuk hadas
v Najis untuk tahi
v Pekerja seks untuk pelacur
v Buang angin untuk kentut
b) Wujudnya perasaan takut
Terdapat satu lagi sebab bagi mewujudkan tabu, iaitu rasa takut. Apabila rasa takut, masyarakat Melayu mencipta ungkapan-ungkapan seperti pak belang takutkan harimau, akar bagi kata ular, batang hanyut bagi buaya, datuk bagi kata penunggu dan sebagainya. Bagi masyarakat Melayu, mengujarkan kata harimau atau ular boleh membawa kecelakaan kepada mereka, terutamanya apabila berada di dalam hutan belantara. Untuk mengelakkan sebarang kecelakaan, maka ungkapan-ungkapan seperti pak belalang dan akar digunakan.
KESIMPULAN
Tabu atau larangan dalam bahasa, walaupun mengehadkan penggunaan sesuatu kata yang dianggap sebagai tabu, namun secara tidak langsung membuka ruang bagi masyarakat Melayu untuk mencipta banyak kata yang lain sebagai ganti kata yang menjadi tabu itu. Dengan kata yang demekian, nyatalah bahawa sudah tercipta banyak kata dalam budaya Melayu kerana tabu atau pantang larang.
Oleh yang demikian, tabu merupakan satu perkara yang menarik, bukan sahaja kerana larangan terhadap penggunaan sesuatu kata yang merujuk nama orang, haiwan dan benda tetapi juga menyebabkan kata tabu itu hilang daripada penggunaan lalu digantikan oleh kata yang membawa makna yang sama tetapi mempunyai kanotasi yang halus.
Daripada perbicangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kata tabu merupakan faktor penting bagi perubahan makna dalam sesuatu bahasa. Larangan terhadap penggunaan kata-kata yang tertentu juga menyebabkan masyarakat mencari alternative yang lain. Secara tidak lansung, mewujudkan sinonim bagi kata-kata yang dilarang itu dan
104
ini bermakna kosa kata bahasa Melayu semakin bertambah. Perkara yang lebih penting, pengguna-pengguna bahasa Melayu mestilah kreatif dalam mencari kata ganti yang sesuai untuk menggantikan kata tabu. Setiap kata ganti itu pasti mempunyai makna atau semantik yang sama seperti mempunyai konotasi yang halus dan tidak negatif.
BILIOGRAFI
A.Samad Idris. et.al.(ed),(1994). Adat Merentas Zaman,Seremban. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan Darul Khusus
Asmah Hj Omar(1993). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Hj Omar(2005). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdullah Hassan,Hasnah Ibrahim,Mas Mudi Kader, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Anwar Din(diselenggara)(2007), Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Bangi,UKM
Hashim Hj Musa,(ed).(2005) Bahasa dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur;Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaysia
Othman Sulaiman,(1972) Suloh Bahasa 111, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
S. Nathesan,(2008), Makna Dalam Bahasa Melayu,Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka
Swettenham, Sir Frank,(2003), Perihal Orang Melayu, Kuala Lumpur;Penerbit Universiti Malaya(penterjemah Zubaidah Ibrahim)
Zainal Abidin Ahmad(Za’aba),(2000), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-111,Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka
105
No comments:
Post a Comment