Pendahuluan
B.F.Skinner(1904-1990) merupakan seorang ahli teori behavioris yang telah mengutarakan pelbagai pinsip. Oleh itu, beliau telah meluaskan pendekatan berkenaan tingkah laku kepada perbuatan yang sengaja, contohnya seperti menghidupkan kereta, menunggang basikal,berpakaian dan sebagainya. Jadi, beliau telah membuktikan bahawa akibat dari perbuatan yang dilakukan sangat mempengaruhi kebarangkalian perbuatan itu akan diulangi. Justeru, beliau telah menekankan, perbuatan yang disusuli dengan akibat yang tidak menyenangkan, besar kemungkinan akan terhapus.
Teori tingkah laku operan merupakan satu kajian yang dijalankan oleh B.F.Skinner. Melalui kajian tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang tanpa rangsangan yang jelas atau nyata. Oleh yang demikian,apa-apa sahaja tingkah laku yang diuruti oleh pengukuhan yang menyeronokkan atau menyenangkan, maka tingkah laku itu akan menjadi kelaziman. Dengan kaedah ini, proses pembiasan akan berlaku.
Mekanisme Respon Sukarela Dalam Pembelajaran Bahasa
Kaedah Pembentukan Tingkah Laku atau Teori Pelaziman Operan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas oleh guru. Aktiviti ini juga digunakan oleh guru semasa pengajaran bahasa. Ironisnya, kaedah yang dihuraikan tadi, dinamakan kaedah pelajaran dan pembelanjaran terancang. Mengikut kaedah ini, segala hasil pembelanjaran bahasa pada amnya ditentukan secara objektif. Pada dasarnya, guru-guru akan menyenaraikan beberapa langkah kecil yang memberi penekanan kepada hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Setiap langkah yang hendak dilaksanakan merupakan unit kecil pelajaran daripada mempunyai aras yang rendah, beransur-ansur kepada matlamat akhir yang ingin dicapai.
Dengan penggunaan kaedah ini, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa akan menjadi lebih mudah tercapai. Juga, kaedah ini menjadi pemangkin kepada
126
pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Keutamaan pemangkin atau dorongan, mestilah lahir secara sukarela dan kesedaran sama ada hasil daripada pengukuhan atau pun hukuman yang diberikan.
Definisi Mekanisme Respon Sukarela
Mengikut Teori Behaviorisme, perubahan tingkah laku terdapat pelbagai jenis tingkah laku dalam pembelajaran. Antara tingkah laku ialah menggunakan tindakbalas atau respon sukarela. Perbuatan atau pelekuan sukarela merupakan satu tindakan yang disengajakan dan dilakukan secara sedar. Natijahnya, kekerapan tindakan yang dilakukan sama ada secara berterusan atau berulang akan membawa perubahan kepada pelajar tersebut. Perubahan-perubahan tingkah laku, telah memberi dua kesan yang nyata iaitu:
Tindakan
|
Kesan
|
1.Tindakan yang diikuti akibat yang menyenangkan hati
|
-tindakan diulangi
|
2.Tindakan yang diikuti akibat yang tidak baik
|
-tindakan tidak diulangi dan dipendam
|
Menurut B.F.Skinner, untuk memahami dalaman seseorang kita perlu memerhati luaran seseorang iaitu melalui perbuatan atau tigkah laku. Oleh itu, sebagai seorang guru haruslah memahami sebab-sebab dalaman sesuatu tindakan itu dilakukan dengan cara memerhati tindakan luar seseorang.
Justeru, istilah khusus Pelaziman Operan telah diperkenalkan oleh B.F.Skinner. Antaranya:
i. Neutral bermaksud sesuatu tindakan yang tidak membawa apa-apa perubahan tingkah laku sama ada menambah atau menguarangkan sesuatu tingkah laku seseorang.
ii. Reinforcement (pengukuhan) bermaksud ransangan pengukuhan mengukuhkan sesuatu tindak balas.(Contohnya dalam pertunjukan ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba(si pelaku) akan menunjukkan beberapa aksi atau respons apabila diberi makanan (ganjaran). Hal ini bermaksud si pelaku akan bertindak balas atau respons apabila ada ganjaran (rewards) yang diberikan.
127
iii. Punishment(hukuman) bermaksud hukuman yang dikenakan kepada si pelaku. Jadi, si pelaku tidak akan mengulangi kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Justeru, berlaku perubahan tingkah laku yang positif kepada si pelaku. Si pelaku nyaris-nyaris dilanggar kenderaan semasa melintas di jalan raya. Jadi, si pelaku sudah tentu berasa serik dan sentiasa berhati-hati dalam senario tersebut.
Teori Pembelanjaran Tingkah Laku
Teori ini menerangkan berkenaan pengaruh guru atau orang dewasa dalah penting dalam pembelajaran dan perkembangan bahasa kanak-kanak pada peringkat awal. Pada dasarnya, guru atau orang dewasa membentuk tingkah laku pelejarpelajar melalui tiga cara iaitu:
a. Denda/hukuman (punishment )
b. Memberi ganjaran (rewards)
c. Tingkah laku yang ditunjukkan kepada pelajar-pelajar. (Guru adalah model terdekat untuk pelajar-pelajar dalam peneguhan positif ataupun negatif)
Dalam perkembangan yang lain, kelazimannya perkembangan tingkah laku kanak-kanak bergantung pada didikan, belaian atau perhatian yang diterimanya. Jadi, kanak-kanak ini seperti kain putih yang perlu dicorakkan dan dilakarkan. Justeru, kanak-kanak terlalu sensitif dan akan menunjukkan tingkah laku yang positif sekiranya menerima latihan dan disiplin yang sesuai. Untuk mendapatkan yang positif, ganjaran(rewards) dan hukuman (punishment) perlu dilaksanakan.
Sehubungan itu, untuk mencapai tindak balas yan positif, perlu mengetahui keperluan atau keinginan yang diperlukan oleh organisma(kanak-kanak) dalam pembentukan tingkah laku. Contoh boleh dilihat di bawah:
· Kanak-kanak suka akan barang-barang permainan
· Orang/manusia suka akan wang
· Ular suka akan tikus
· Semut suka akan gula
128
Benda-benda yang dinyatakan di atas, merupakan satu keperluan yang amat penting dan digunakan sebagai ganjaran dalam mengukuhkan tingkah laku yang ingin atau hendak dibentuk.
Setelah keperluan itu ditetapkan, tingkah laku matlamat yang hendak dibentuk atau dicorakkan hendaklah ditetapkan pada peringkat awal. Tindakan ini amat penting supaya langkah-langkah tersebut lebih tersusun dan teratur, umpamanya kanak-kanak boleh membaca, menulis dan mengira(3M) dengan baik. Selanjutnya, peringkat-peringkat perkembangan tingkah laku kanak-kanak perlu ditetapka iaitu daripada aras yang mudah atau senang kepada aras yang lebih sukar atau tinggi, contohnya untuk mempelajari nombor mestilah bermula daripada 0,1,2,3,4,…… dan seterusnya. Dalam proses ini, sebarang tingkah laku yang tidak menghala kepada tingkah laku yang positif tidak akan diberikan pengukuhan. Hubungan keperluan dengan dorongan terhadap tingkah laku dapat digambarkan seperti rajah di bawah:
Keperluan
|
Dorongan
|
Tingkah laku
|
Pengurangan Keperluan (Peneguhan)
|
Pengukuhan Positif(baik)
Maksud pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu benda atau perkara yang disukai atau menyenangkan kepada si pelaku setelah melakukan atau melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki. Oleh itu, pengukuhan positif pada dasarnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
a. Pengukuhan berterusan
Maksudnya, setiap kali aktiviti yang dilakukan oleh si pelaku yang dikehendaki akan diberukan pengukuhan.
b. Pengukuhan berkala
Maksudnya,pengukuhan yang hanya diberikan mengikut kala atau kadar yang tertentu sama ada berkala (berkadar) tetap(mengikut nisbah dan masa) atau berkala tidak tetap.
129
Pengukuhan Negatif
Maksudnya, pengukhan negatif merupakan ransagan yang menyakitan berikutan dengan sesuatu tingkah laku yang dilakukan. Jadi, perbuatan atau mengelakka atau menahan diri oleh si pelaku daripada melakukan tingkah laku yang berkenaan, akan menghasilkan tindakan yang menyenangkan. Punishment dan membentuk peneguhan negatif akan membentuk kerisauan atau kebimbangan. Hal ini demikian, sudah pasti akan menyekat tindakan atau tigkah laku atau kesalahan yang tidak diingini
Lazimnya, dalam kehidupan sehari-harian pengukuhan negatif adalah dalam bentuk deraan. Contohnya:
‘Seseorang kanak-kanak memegang sebilah pisau(ransangan). Kemudian, kanak-kanak tersebut menyentuh pada mata pisau(gerak balas). Hal ini menghasilkan kesakitan iaitu luka(pengukuhan negatif) kepada kanak-kanak tersebut. Lantaran itu, kanak-kanak tadi akan menahan diri daripada memegang atau menyentuh pisau pada masa akan datang. Perbuatan menahan diri merupakan langkah yang terbaik atau menyenangkan diri daripada mendapat kesakitan. Yang paling penting, pengukuhan negatif itu mesti berlaku dengan serta-merta kerana jika ditangguhkan maka semakin lemahlah kemungkinan berlakunya perlakuan itu’
Jadual Jenis Pengukuhan dan Hukuman
Jadual yang dinyatakan di bawah, dibahagikan kepada dau bahagian iaitu,
1. Jenis pengukuhan
a. Pengukuhan positif
b. Pengukuhan negatif
2. Jenis hukuman
a. Hukuman positif
b. Hukuman negatif
130
1. Jenis pengukuhan
|
Persoalan:
Apakah yang berlaku selepas tindak balas?
Perkara
|
Rangsangan yang diberi
|
Ransangan yang ditolak
| |
Tindak balas
meningkat/
bertambah
|
Pengukuhan positif
1. Guru mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik, contohnya karangan,di papan pameran di bilik darjah. Hal ini merupakan satu penghargaan atau pujiankepada pelajar berkenaan, seterusnya meningkatkan motivasi pelajar lain untuk mendapatkan penghargaan atau pujian yang serupa. Pujian atau penghargaan menjadi peneguh positif kepada pelajar-pelajar tersebut.
2. Guru menyiarkan makanan yang terbaik dihasilkan oleh pelajar dalam majalah sekolah sebagai salah satu cara untuk menggalakkan pelajar-pelajar menghasilkan penulisan yang bermutu. Penyiaran tersebut merupakan ganjaran supaya pelajar-pelajar bersaing untuk mendapatkan tempat dalam majalah.
3. Guru memberi pujian apabila pelajar-pelajar memberika jawapan yang betul atau menghasilkan kerja-kerja yang baik. Pujian merupakan peneguhan positif dan pelajar akan berasa yakin untuk mencuba.
4.
5. Guru atau pihak sekolah memberi hadiah seperti buku,plak dan seumpanya untuk menggalakkan pelajar mencapai prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Jadi, pelajar bertindak balas dengan segera untuk mendapatkan ganjaran tersebut.
|
Pengukuhan Negatif
1. Guru melarang pelajar-pelajar pergi ke kantin ntuk rehat sekiranya latihan yang diberikan dalam tempoh yang tertentu tidak disiapkan lagi. Oleh itu, pelajar menerima maklum balas dengan menyiapkan latihan yang diberikan terlebih dahulu sebelum guru membenarkan pergi ke kantin unuk rehat.
2. Sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelak penularan H1N1, guru mengarahkan semua pelajar dikehendaki memakai penutup hidung. Tindak balas pelajar, menerima arahan daripada gurunya.
3. Guru memaklumkan kepada pelajar tentan pentingnya bahasa Inggeris apabila berada di luar negara. Bahasa Inggeris yang lemah, sukar untuk kita berkomunikasi dengan masyarakat luar. Jadi, pelajar akanlebih fokus dan keazaman akan timbul dengan kesedaran tersebut.
4. Seorang ayah berjanji akn memberikan wang sekiranya anaknya lulus dalam peperiksaan PMR. Perjanjian tersebut meransang pelajar-pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan akan menunaikan janjinya sekiranya mencapai kejayaan.
5. Guru menceritakan kisah “Orang Kaya Yang Bakhil” bagi menggambarkan pembalasan kepada seseorang yang mempunyai sikap tamak atau yang mementingkan diri sendiri. Jadi, pelajar-pelajar akan menjauhkan sikap ini kerana sikap tersebut memberi kesan yang tidak baik kepada dirinya. Justeru, sikap antisosial itu akan terhapus kerana tidak diingini dalam kehidupa pelajar.
|
2. Jenis Pengukuhan
|
Perkara
|
Hukuman Positif
|
Hukuman Negatif
| |
Tindak
Balas
Berkurangan
|
1. Guru memarahi pelajar kerana suka bermain atau tidak memberi perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Apabila arahan diberi, tindak balas berlaku iaitu pelajar-pelajar berhenti bermain dan kembali menumpukan perhatian dalam pembelanjaran.
2. Guru menyuruh pelajar membuat pembetulan dari segi ejaan, tanda baca dan sebagainya setiap kali latihan, ujian atau peperiksaan dijalankan. Justeru, pelajar akan sentiasa berhati-hati semasa membuat latihan atau menjawab soalan-soalan peperiksaan.
3.
4. Guru mengingatkan pelajar-pelajar bahawa susunan kerusi meja yang tersusun dan teratur membantu minat pembelajaran. Oleh itu, guru meminta para pelajar menyusun kerusi meja supaya sentiasa kemas sebelum memulkan pengajaran dan pembelajaran. Menyedari hakikat tersebut, para pelajar akan memastikan kerusi meja teratur sebelum guru masuk ke kelas.
5. Guru memberi markah kosong kepada pelajar sekiranya para pelajar tidak menulis nombor-nombor soalan pada kertas jawapan peperiksaan. Oleh itu, para pelajar sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan dalam peperiksaan.
|
1. Guru memberi arahan kepada pelajar supaya jangan melakukan kesalahan binaan ayat, kesalahan ejaan, kesalahan kata nama khas,kesalahan tanda baca dan sebagainya. sekiranya pelajar melakukan kesalahan tersebut, akan mengakibatkan markah ditolak. Justeru, pelajar lebih berhati-hati semasa menulis karangan bergambar.
2. Guru menerangkan pentingnya fakta dalam penulisan. Oleh itu, kesalahan fakta dalam karangan akan menjejaskan markah dipotong. Justeru, pelajar perlu berhati-hati semasa memberi pendapat yang berbentuk fakta.
3. Guru tidak mematuhi permintaan pelajar. Misalnya, guru tidak membenarkan pelajar pergi ke kantin. Hal ini disebabkan pelajar tidak menggunakan bahasa yang betul iaitu “I ingin pergi ke kantin”. Sepatutnya, pelajar menggunakan perkataan bahasa Melayu iaitu ‘Saya’ semasa hendak pergi ke kantin.(Lisan)
4. Guru mengenakan hukuman atau dendaan kepada pelajar yang lewat menghantar buku latihan pada tempoh yang telah ditetapkan. Oleh itu, para pelajar sentiasa berhati-hati dan mematuhi masa penghantaran buku latihan tersebut.
5. Guru menyuruh pelajar membayar dendaan RM0.50 jika lewat memulangkan pinjaman buku perpustakaan mengikut tarik yang ditetapkan.
|
Kesimpulan
Menurut B.F.Skinner yang mempelopori Mekanisme Respon Sukarela, menerangkan bahawa tingkah laku guru dan orang dewasa memainkan peranan penting dalam perkembangan pelajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak. Seorang kanak-kanak memperoleh bahasa daripada ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain melalui proses peniruan yang berulang-ulang sejak dia mula belajar menyebut bunyi-bunyi, menyebut perkataan dan seterusnya membentuk ayat-ayat. Justeru, pada dasarnya guru ataupun orang dewasa membentuk tingkah laku seorang kanak-kanak melalui tiga cara iaitu dendaan, memberi ganjaran dan dengan contoh yang ditunjukkan kepada kanak-kanak itu. Jelas menunjukka bahawa guru ataupun orang dewasa merupkan peneguhan positif ataupun negatif bagi kanak-kanak.
133
No comments:
Post a Comment