SINOPSIS BAB DEMI BAB
Bab Satu: Inilah Dunia Kami
Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia pergi ke hutan untuk memulakan pekerjaan yang menjadi rutin kehidupannya, mencari rotan di dalam hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di dalam hutan pada pagi itu. Adit yang sudah lali dengan kerja itu menyediakan tali untuk mengikat rotan yang diperoleh nanti. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya untuk mendapat ikan yang banyak. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi ikan-ikan yang terlekat. Kemudian, dia meletakkan belat tersebut kembali lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya pergi ke hutan selepas sarapan pagi.
Bab Dua : Rutin Harian Adit Bermula
Adit dan ayahnya pergi ke hutan. Adit tidak menghiraukan keadaan pakaiannya yang sudah lusuh, lantaran menyedari kemiskinan hidupnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk dijual dan hasil jualannya nanti hanya cukup untuk membeli makanan dan keperluan harian sahaja, tetapi tidak cukup untuk membeli pakaian baru.Masyarakat Orang Asli menjual hasil hutan yang mereka peroleh kepada tauke Cina. Oleh sebab tahap pendidikan mereka yang rendah dan kemudahan infastruktur dalam keadaan yang sangat menyedihkan, maka kehidupan mereka dihimpit kemiskinan dan serba kekurangan. Pekan terhampir terletak kira-kira 30km dari kampung mereka. Oleh hal yang demikian, barang keperluan hanya diperoleh melalui pekerja balak yang berulang-alik dari kampung mereka ke pekan. Namun begitu, mereka tetap selesa hidup di sini dengan sedikit bantuan daripada agensi kerajaan.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian untuk mempertahankan tempat tinggal yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Namun begitu, penerokaan hutan untuk aktiviti pembalakan kian menghimpit kehidupan mereka. Misalnya, Adit masih tidak bersekolah biarpun sumurnya sudah hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan pengetahuan tentang hutan sebagai asas pendidikan Adit.
Adit menimbulkan persoalan tentang kepupusan hasil hutan dan musibah yang bakal menimpa mereka. Walau bagaimanapun persolan itu dinafikan oleh ayahnya yang tidak sedar akan realiti itu. Dalam pada itu, Adit teringat akan Akeh, satu-satunya rakannya yang bersekolah. Akeh tinggal di asrama dan dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Akeh bercita-cita ingin menjadi jurutera untuk membolehkannya berbakti kepada masyarakat orang asli. Minat untuk bersekolah timbul dalam perasaan Adit apabila dia diajak bersekolah dan apabila mendengar cerita-cerita tentang alam persekolahan Akeh. Namun demikian, keinginannya untuk bersekolah tidak dinyatakan oleh Adit kepada ayahnya.
Bab Tiga: Impian Adit
Bab ini berkisar tentang cerita Adit yang terlalu ingin bersekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan kepada ayahnya semasa mereka berakit membawa rotan. Namun begitu, hasratnya itu dibantah oleh ayahnya yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Ayah Adit tidak melihat tujuan anaknya ialah untuk engubah nasib keluarga mereka. Jauh di sudut hatinya, Pak Katan memahami hasrat Adit, tetapi pada masa yang sama dia mahu Adit mengikut jejak langkahnya.Pak Katan tidak memberi repons terhadap permintaan anaknya itu hingga membuat Adit berubah sikap. Hal ini menyebabkan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan punca yang menyebabkan anaknya begitu pada Pak Katan. Sementara itu, Adit teringat kembali akan kedatangan pegawai penerangan ke kampung mereka dan sikap masyarakat mereka yang endah tak endah terhadap dasar kerajaan.
Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah tidur lena. Pada pagi keesokannya, Pak Katan tidak pergi ke hutan sebalik dia pergi ke pekan. Niat Pak Katan pergi ke pekan tidak diketahui oleh Adit, kerana dia tidak menjawab apabila ditanya oleh Adit.
Bab Empat: Dugaan bagi Adit
Adit berurusan dengan tauke Cina yang ingin membeli hasil hutan yang dijualnya sebelum mengangkat belat di sungai. Adit berbuat demikian untuk mendapatkan ikan yang melekat pada belat tersebut. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar gembira tentang Adit yang akan mula bersekolah, namun demikian ayahnya gagal mendapatkan kemudahan asrama baginya. Oleh hal yang demikian, Adit sukar bersekolah sebab masalah pengangkutan kerana jarak sekolah yang jauh dari kampungnya. Kekecewaan terpancar pada wajah Adit yang begitu teringin bersekolah. Namun begitu, semasa menenangkan diri di sungai, Tijah rakan baiknya, datang untuk memujuknya dan berjanji untuk berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Adit.Hujan lebat yang turun pada malam itu begitu merisaukan hati Pak Katan. Pak Katan risau akan rezekinya kerana tidak dapat pergi ke hutan pada keesokan harinya, tambahan pula belat yang ditahannya di sungai belum diangkat lagi. Satu perkara yang menambahkan kebuntuannya lagi ialah cara untuk menyelesaikan masalah persekolahan anaknya. Adit, termenung bersendirian tatkala memikirkan impiannya itu.
Bab Lima: Riak ceria buat Adit.
Hujan masih turun dengan lebat lagi. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada rumah terkena tempias air hujan. Adit diarahkan oleh ayahnya mencari kain guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, apabila hujan berhenti pada pagi itu mereka mendapat rezeki yang tidak pernah diduga. Sekor rusa yang dalam keadaan cedera terbaring di bawah rumah mereka. Rusa yang masih bernyawa itu dijual Pak Katan kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.Ah Tong berasa harian apabila melihat Adit tidak pergi ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun begitu setelah Pak Katan menjelaskan bahawa Adit tidak mendapat tempat untuk tinggal di asrama, maka Ah Tong memahaminya dan dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya untuk ke sekolah. Adit begitu gembira kerana Ah Tong sudi menolongnya.
Bab Enam: Adit mula ke sekolah
Pada hari keesokannya, Adit memulakan pesekolahannya. Segala keperluannya telah dibelikan oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Adit menceritakan suasana persekolahannya kepada Tijah. Tijah teringin juga bersekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang inginkan dia berkahwin jika bertemu jodoh beberapa tahun yang akan datang. Adit ada hati ingin menghebohkan bahawa dia sudah bersekolah kepada masyarakat di kampungnya, namun begitu dia membatalkan hasratnya, kerana menyedari sikap negatif penduduk di situ akan pendidikan.Ayah dan ibunya gembira apabila melihat Adit yang mencuba memakai pakaian baru. Lebih mengembirakan lagi apabila ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu di kem pembalakan dengan upah yang lebih baik lagi daripada pendapatan memungut hasil hutan. Adit begitu gembira. Ibu bapanya menasihati Adit supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.
Bab Tujuh: Hari Pertama ke Sekolah
Hari pertama ke sekolah, Adit mandi pada pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya. Pagi itu dia dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Oleh sebab tiba terlalu awal dia tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal keselamatan sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan. Mereka bersarapan sambil berbicara tentang rakannya Akeh, pada masa yang sama Pak Kassim menyatakan kesudiannya uktuk Adit.Di dalam kelas, Adit jauh lebih tua daripada rakan-rakannya. Selain itu, dia juga sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Apabila masa persekolahan tamat, dia bertemu dengan Akeh dan mereka pun pulang menaiki lori balak Ah Tong.
Adit mula serasi dengan rutin hariannya mengejar masa untuk ke sekolah. Dalam pada itu, dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. Adit berpeluang untuk melompat kelas. Hal tersebut telah menggembirakan gurunya. Namun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu. Hal ini menyebabkan dia semakin kurus, namun, tidak dia pernah mengeluh.
Lapan: Dugaan Terus Menimpa
Sepanjang dua bulan Adit bersekolah, dia tidak pernah ponteng. Dia masih menumpang kenderaan Ah Tong untuk ke sekolah pada pagi itu. Sementara itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petangnya pula Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah datang di rumah. Apabila melihat hari menjelang gelap, Pak Katan mengadu hal tersebut kepada Tok Batin. Tok Batin mengarahkan penduduk kampung mencari Adit. Setelah lima jam mencari baru mereka mengetahui rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas lalu masuk ke dalam gaung. Adit cedera parah , manakala Ah Tong mati di tempat kejadian.Adit dihantar ke hospital dengan lori balak. Dia telah kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit sudah ditemui dan berada di hospital. Di hospital Pak Katan menanti masa untuk melihat keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. Dua jam kemudian, doktor mengatakan bahawa Adit dalam keadaanyang kian stabil.
Bab Sembilan: Mendung Berarak Pergi.
Adit terlantar di hospital selama dua bulan. Dia dijaga oleh ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Sementara itu, adik-adiknya dijaga oleh isteri Tok Batin. Dia akhirnya sembuh, namun begitu kakinya telah tempang. Akan tetapi kecacatannya itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini telah mendapat perhatian daripada pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberikan bantuan dengan menawarkan tempat untuknya di asrama. Dia boleh berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya setelah keputusan peperiksaan diketahui.Setelah enam tahun peristiwa itu sudah dan kini semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah mengikut jejak langkah Adit. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.
Tema
Tema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah. Dalah hal ini, Adit berpendapat bahawa sekolah tempat tidak penting, bagi Adit asalkan seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.
Ringkasannya;Tema :
Kegigihan remaja orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarga.
Persoalan
Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.
Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak. Sumber air mereka ialah dari sungai.
Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan Adit pergi ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.
Akhir sekali, terdapat juga persoalan tentang semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, guru-guru di sekolah membantu Adit agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Apabila Adit terlibat dalam kemalangan pula, pekerja-pekerja balak bekerjasama dengan penduduk kampung Orang Asli mencari Adit.
Nota Ringkasannya;
Persoalan :1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan anak mereka.
2. Masyarakat pedalaman yang miskin kerana hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan.
3. Sikap saling membantu yang ditonjolkan tanpa mengenal erti bangsa, agama dan budaya.
4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang.
Watak dan perwatakan :
1. Adit (Utama) : Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat, sangat rajin, menghormati orang tua, suka membantu, berani dan berfikiran luas.
Watak-watak Sampingan
- Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.
- Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.
- Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.
- Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.
- Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.
Latar Tempat :
- Kampung Bakai, Bukit Lokan.
- Rumah Pak Katan
- Tepi sungai
- Hutan
- Di dalam gaung.
- Sekolah
Latar Masyarakat
- Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan.
- Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat.
- Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan.
- Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka
Nilai
- Kasih sayang
- Kerajinan
- Bekerjasama
- Tolong-menolong
- Bercita-cita tinggi
No comments:
Post a Comment