Saturday, 25 April 2015

KRITERIA PENSKORAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAHASA MELAYU

KRITERIA PENSKORAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU

Markah penuh                                                :           100 markah
Bahagian A (Sistem Bahasa)                         :           25 markah
Bahagian B (Pemahaman )                            :           30 markah
Bahagian C (Ulasan)                                     :           15 markah
Bahagian D (Karangan                                  :           30 markah


Bahagian A
(Sistem Bahasa)                                 :           25 markah

Soalan 1
Soalan 2        
Soalan 3
Soalan 4
Peribahasa

2 markah
- Peribahasa yang tepat mengikut gambar.

1 markah
-  Peribahasa yang hampir tepat dengan maksud
-  Penggunaan istilah / kata yang kurang tepat tetapi tidak menjejaskan maksud

0 markah
-  Peribahasa yang tidak tepat  berdasarkan gambar.
- Penggunaan perkataan yang menjejaskan maksud peribahasa.
-  Peribahasa yang tidak lengkap.










Bahagian B :               (Pemahaman)

Soalan 5

MARKAH
KRITERIA
3 markah
- Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
2 markah
- Isi cukup tetapi  ayat  kurang  gramatis
- Isi  tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah
-  Isi tidak cukup dan  ayat  kurang  gramatis

0 markah
-  Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
-  Isi tidak  tepat  dan  ayat tidak gramatis.

i)                   Unsur-unsur kesaktian yang diperlihatkan oleh beberapa watak dalam petikan prosa.
                                                                                                                               [3markah]


ii)                 Perkara-perkara yang dilakukan dalam upacara.                                                   [3markah]


MARKAH
KRITERIA
4 markah
-   Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis.
3 markah
-   Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis.
2 markah
-   Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut  tugasan dan ayat gramatis.
1 markah
-   Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis.
0 markah
-   Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
-   Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

iii)           Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja pada zaman dahulu memiliki ilmu kesaktian?
                                                                                                                               [4markah]


Soalan 6
Pemahaman  Puisi
MARKAH
KRITERIA
3 markah
- Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
2 markah
- Isi cukup tetapi  ayat  kurang  gramatis
- Isi  tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah
-  Isi tidak cukup dan  ayat  kurang  gramatis

0 markah
-  Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
-  Isi tidak  tepat  dan  ayat tidak gramatis.

i)               Berdasarkan pantun di  atas, nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan mulia.                                                                                                                     [3 markah]

ii)             Berikan tiga nilai murni yang terdapat dalam pantun di  atas.                               [3 markah]   

MARKAH
KRITERIA
4 markah
-    Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis.
3 markah
-    Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis.
2 markah
-    Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut  tugasan dan ayat gramatis.
1 markah
-    Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis.
0 markah
-    Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
-    Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.


iii)           Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya berjimat cermat?                                                
                                                                                                                         [4markah]





Soalan 7
Novel
Pembahagian Markah
PERINCIAN
MARKAH
Isi
6markah
Bahasa
4 markah
Kriteria Markah Bahasa
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
Cemerlang
4 markah
·         Bahasa baik dan lancar
·         Ayat gramatis
·         Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik
2 – 3 markah
·         Bahasa masih baik dan masih lancar
·         Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
·         Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan
1 markah
·         Bahasa tidak cekap
·         Ayat tidak gramatis
·         Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Markah Isi
1.      Maksimum                                                                            : 3 isi
2.      Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai          : 2 markah
3.      Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang sesuai       : 1 markah

 Bahagian C                 :  (Ulasan)
Soalan 8

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
Cemerlang
13 - 15
Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan.
Ulasan idea  yang jelas dan matang.
Bahasa
Ayat gramatis
Kosa kata luas dan tepat
Ejaan dan tanda baca betul
Penanda wacana yang betul
Kesalahan bahasa yang minimum
Baik
O9 - 12
Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
Ulasan idea  yang jelas.
Bahasa
Ayat masih gramatis
Kosa kata luas
Ejaan dan tanda baca masih betul
Penanda wacana yang masih betul
Kesalahan bahasa yang masih minimum
Memuaskan


05 - 08
Idea
Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan bahan
Ulasan idea  yang kurang  jelas.
Bahasa
Ayat kurang gramatis.
Kosa kata terhad.
Kesalahan bahasa yang ketara.
Penguasaan Minimum
01 - 04
Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
Tidak menjawab tugasan

Cara penandaan dan pemberian markah ulasan:
1.      Pemeriksa dikehendaki menandakan ( / ) apabila terjumpa isi.
2.      Baca dan periksa setakat 100 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
3.      Buat satu garisan panjang selepas 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
4.      Jika calon menjawab dalam perenggan, periksa seperti biasa.

BAHAGIAN D :       (Karangan)

Soalan 9

PERINGKAT
MARKAH
Cemerlang
25 -30
Kepujian
20 -24
Baik
13 -19
Memuaskan
06 – 12
Penguasaan Minimum
01 - 05


Kriteria Menilai Kemahiran Menulis

KRITERIA
DESKRIPSI
BAHASA
-          Kegramatisan   :  Kata (Morfologi)
                               :  Ayat (Sintaksis)
-          Ejaan dan tanda baca
-          Kosa kata
IDEA
-          Isi-isi
-          Huraian isi
-          Contoh
PENGOLAHAN
-          Pengolahan
-          Pemerengganan
-          Format
-          Unsur keindahan bahasa / ungkapan menarik


 Kriteria Penskoran

PERINGKAT
MARKAH
DESKRIPSI
Cemerlang

25  -  30

Idea
-          Idea relevan dengan tugasan
-          Huraian idea jelas,menarik dan matang
-          Contoh yangsesuai
Bahasa
-          Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
-          Penggunaan kosa kata luas dan tepat
-          Tanda baca betul
-          Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
-            Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai
-          Format menepati kehendak tugasan
-          Penggunaan penanda wacana tepat
-          Penggunaan ungkapan menariktepat dan berkesan seperti peribahasa / pantun / cogan kata /  frasa yang menarik

Kepujian

19  -  24

Idea
-          Idea relevan dengan tugasan
-          Huraian idea jelas dan menarik
-          Contoh yang sesuai
Bahasa
-          Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis
-          Penggunaan kosa kata luas 
-          Tanda baca yang betul
-          Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan
-          Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai
-          Format menepati kehendak tugasan
-          Penggunaan penanda wacana sesuai
-          Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan seperti peribahasa / pantun / cogan kata / frasa yang menarik.

Baik

17  -  24

Idea
-          Idea masih relevan dengan tugasan
-          Huraian idea masih jelas dan masih menarik
-          Contoh yang masihsesuai
Bahasa
-          Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis
-          Penggunaan kosa kata masih luas 
-          Tanda baca masih betul
-          Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan
-                    Pengolahan masih menarik, dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai
-          Format masih menepati kehendak tugasan
-          Penggunaan penanda wacana masih sesuai

Memuaskan

09  -  16

Idea
-          Idea kurang relevan dengan tugasan
-          Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik
-          Tiada contoh  atau contoh  kurang sesuai
Bahasa
-          Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis
-          Penggunaan kosa kata terhad
-          kesalahan bahasa ketara
Pengolahan
-          Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang kurang sesuai
-          format kurang menepati kehendak tugasan
-          Penggunaan penanda wacana kurang sesuai

Penguasaan Minimum
01  -  08


-          Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah
-          Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan / Lterpesong.




11 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian, sangat bermanfaat ;)

    ReplyDelete
  2. tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. SKOR KEPUJIAN DAN BAIK TU SAME KE?

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu rozali.. sy buat ini sebagai rujukan..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu, saya jadikan rujukan ya.

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikgu,,mohoh saya jadikan bahan rujukan..

    ReplyDelete
  7. terima kasih tuan atas perkogsian..

    ReplyDelete
  8. skor untuk karangan A kertas dua macam mana ye?

    ReplyDelete