1. Kata ganti nama diri singkat berfungsi seperti kata ganti nama diri.
2. Bentuk kata ganti nama diri singkat ialah :
a.‘ku’ daripada kata ‘aku’
b.‘kau’ daripada kata ‘engkau’
c.‘mu’ daripada kata ‘kamu’
d.‘nya’ daripada kata ‘ia/dia’
Peringatan
1.Kata ganti diri singkat ‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ tidak boleh berfungsi sebagai :
a.Subjek ayat
b.Subjek ayat pasif songsang
2.Kata ganti nama diri singkat ‘kau’ tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat.
Contoh :
Kesalahan dari segi Kata
Ayat yang salah
Ku akan ke Singapura esok.
Di rumahnya ku menari.
Kau mahu ke mana?
Mu sungguh cepat membuat kerja ini.
Sudah aku pertemukan mu dengannya.
Ayat yang betul
Aku akan ke Singapura esok.
Di rumahnya aku menari.
Engkau mahu ke mana?
Kamu sungguh cepat membuat kerja ini.
Sudah aku pertemukan kamu dengannya.
Keterangan
Ku’ tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat.
‘Ku’ tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat pasif songsang.
‘Kau’ dan ‘Mu’ masing-masing tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat.
‘Mu’ tidak boleh berfungsi sebagai subjek ayat pasif songsang.
No comments:
Post a Comment