Saturday, 14 May 2011

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu :
i.Kata ganti nama diri pertama.
ii.Kata ganti nama diri kedua.
iii.Kata ganti nama diri ketiga.

1.Kata Ganti Nama Diri Pertama
Digunakan bagi menggantikan nama orang yang bercakap.
Contoh: saya, beta, kami, kita

2.Kata Ganti Nama Diri Kedua
Digunakan bagi menggantikan nama orang yang diajak bercakap.
Contoh : awak, anda, kamu, kamu semua

3.Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Digunakan bagi menggantikan nama orang yang ditujukan percakapan.
Contoh : dia, ia, beliau, -nya, baginda, mereka

Peringatan
1.Kata Ganti Nama Diri Pertama
a.Kata ‘aku’ hanya boleh digunakan pada rakan yang rapat atau dengan Tuhan.
b.‘Kami’ bermaksud orang yang diajak bercakap tidak dimasukkan sekali.
c.‘Kita’ bermaksud orang yang diajak bercakap dimasukkan sekali.
d.Kata ‘daku’ digunakan pada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri dengan huruf ‘n’.

2.Kata Ganti Nama Diri Kedua
a.Bagi orang yang dihormati dan orang yang usianya lebih tua, kata ganti diri kedua tidak boleh digunakan, Gunakan kata panggilan atau nama gelaran.
Contoh : kakak, pak cik, Encik, Datuk
b.Bagi raja, kata ‘tuanku’ boleh digunakan. c.Kata ‘dikau’ digunakan pada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri dengan huruf ‘n’.

3.Kata Ganti Nama Diri Ketiga
a.Kata ganti nama diri ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati, seperti guru, menteri, dan lain-lain. b.Kata ganti nama diri ‘dia’, ‘ia’ dan ‘mereka’ tidak boleh digunakan untuk benda, binatang, tumbuh-tumbuhan dan keterangan untuk sesuatu perkara.
c.Kata ganti ‘ia’ tidak boleh digunaka sebagai :
i .objek kepada kata sendi,
ii.objek kepada kata kerja transitif,
iii.penerang kata nama,
iv.pelaku dalam ayat pasif diri ketiga.

Kesalahan dari segi Kata
Ayat yang salah
Saya akan menjalankan tugas untuk tuanku.

Dia menghadiahi daku buku.

Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.

Beliau ialah perompak.

Baju itu mahal. Ia/ Ianya diperbuat daripada kain sutera.

Saya tidak senang dengan ia.

Mereka-mereka itu pegawai yang bertauliah.
Ayat yang betul
Patik akan menjalankan tugas untuk tuanku.

Dia menghadiahi aku/saya buku.

Anda dikehendaki menjawab semua soalan.

Dia/Ia ialah perompak.

Baju itu mahal. Baju itu diperbuat daripada kain sutera.

Saya tidak senang dengan dia.

Mereka itu pegawai yang bertauliah.
Kesalahan dari segi Frasa
Ayat yang salah
Semua kalian bersatu padu.

Semua kamu memang budak yang pintar.

Semua mereka itu pelajar dari Selangor.
Ayat yang betul
Kalian/Kalian semua bersatu padu.

Kamu/ Kamu semua kamu memang budak yang pintar.

Mereka/ Mereka semua itu pelajar dari Selangor

No comments:

Post a Comment