Monday, 9 May 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PMR

SOALAN
PEMAHAMAN
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN;
Mesti menjawab dalam ayat yang lengkap (mengambil sebahagian daripada ayat soalan)
Contoh Soalan :-
Nyatakan empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita. Contoh Jawapan :-
Empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita ialah ………………
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN
Berikan jumlah isi yang mencukupi mengikut arahan soalan dan juga jumlah markah.
Tulis jawapan dalam bentuk perenggan dan nyatakan satu isi dalam satu ayat.
 Biasanya soalan 1 memberi maksud
frasa atau rangkai kata berdasarkan petikan.
 Soalan 2 berdasarkan jawapan yang terdapat
dalam petikan.
 Soalan 3 memberi pendapat sendiri.
 KEFAHAMAN;
 . Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ).
 Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. 2 markah )
 Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan yang tepat. ( 4 markah )
 Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda…….. 2 isi perlu dikemukakan. ( 4 markah ]

Teknik Menjawab Soalan Pemahaman
1. Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlah markah yang ditetapkan bagi
setiap soalan.

Soalan (i) ;
Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam
petikan dan 2 markah akan diberi.
Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda
sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan.
 Soalan (ii);
- adalah soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4.
-Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan
tersebut.
-Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-
kurangnya mengubah satu atau dua perkataan.
-Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3
atau 4 isi jika ada dalam petikan).
Soalan (iii);
- merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat.
-Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.
CONTOH JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud laluan menuju ke kubur?
( 2 markah )
Maksud laluan menuju ke kubur ialah jalan ke arah kematian.
2. Berdasarkan petikan, nyatakan empat sebab yang boleh meningkatkan kadar kemalangan di jalan raya.
( 4 markah )
Kadar kemalangan jalan raya boleh meningkat disebabkan oleh sikap pemandu yang suka memandu melebihi had yang ditetapkan. Malah, pemandu juga suka berlumba untuk membuktikan kejaguhan ketika memandu. Selain itu, keadaan jalan raya yang rosak juga turut menjadi sebab. Di samping itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik telah menyumbang kepada peningkatan kemalangan.
3. Rakan anda yang belum mempunyai lessen memandu suka memandu motosikal tanpa pengetahuan keluarga. Sebagai rakan, apakah yang akan anda lakukan? (4 markah )
Sekiranya terdapat rakan saya yang belum memiliki lesen memandu suka memandu motosikal tanpa pengetahuan keluarga, sebagai rakan, saya akan menasihatinya supaya tidak memandu kenderaan sebelum memperoleh lesen memandu. Sekiranya nasihat saya tidak diterima, saya akan mengadu kepada keluarga agar ahli keluarganya dapat mengambil tindakan segera.

No comments:

Post a Comment