Monday, 9 May 2011

TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB BM KERTAS 2- PMR

RINGKASAN.
TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB BM PMR – KERTAS II.
BAHAGIAN A. 1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )
1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan
menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).
7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari. Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll. Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll Tarikh- 20 April 2007 Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll
8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
9. Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah. Bahasa ( 10 markah ). - Bahasa amat baik dan cukup lancar. - Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis. - Penanda wacana yang sesuai. - Ejaan dan tanda baca yang betul.
10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan - Bahasa kurang lancar. - Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara. - Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal. - Melebihi 80 patah perkataan. - Isi kurang. - Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah anda akan ditolak sebanyak 50%.
INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah kesemua perkataan yangterdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.

Langkah-langkah Meringkaskan Karangan
 Baca petikan untuk mendapatkan tema keseluruhan.
 Baca sekali lagi dan cari isi-isi penting berdasarkan
 arahan soalan.
 Menyambung frasa atau ayat yang digarisi (isi penting) supaya membentuk ayat yang lengkap dan menarik dengan menggunakan penanda wacana.
 Menyemak karangan untuk tujuan menyuntingnya sambil membetulkan ejaan dan ayat yang salah.
 Kira jumlah perkataan dan tulis di sebelah kanan

Panduan Memotong Ayat yang Panjang
Ayat daripada petikan :
Akibatnya, kehidupan penduduk setempat yang
masih dihimpit kemiskinan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Hasil Ringkasan :
Akibatnya, penduduk yang miskin tidak mendapat
pembelaan.
Subjek : penduduk yang miskin
Predikat : tidak mendapat pembelaan.

3 comments: