TEKNIK –TELNIK KARANGAN BENTUK PENDAHULUAN
Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam karangan.Pendahuluan yang baik,lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang mantap dan menarik.Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi.Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam perenggan pendahuluan.
PERKARA PENTING DALAM PERENGGAN PENDAHULUAN.
Kehendak soalan Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan HALA TUJU SOALAN [Sebab/langkah/kesan]
CONTOH-CONTOH PENDAHULUAN;
Soalan; Setiap orang mempunyai cita-cita dan keinginannya masing –masing .Jelaskan impian anda dan langkah yang akan anda ambil bagi memastikan impian tersebut dapat dicapai.
A1 Setiap orang tanpa mengira pangkat,kedudukan dan usia pasti mempunyai suatu matlamat dalam kehidupan yang dikenali sebagai impian.[A2]Sebagai manusia biasa ,saya juga mempunyai impian yang ingin saya capai pada suatu hari nanti. [A3]Saya mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang menjelajah angkasa yang luas tidak bersempadan itu.[A4]Bagi memastikan impian itu tercapai,saya telah bersedia dengan langkah-langkah ke arah impian itu sejak di bangku sekolah lagi.
Soalan;Setiap tahun bilangan sungai yang tercemar di negara ini kian meningkat.Jelaskan mengapakah sungai di negara kita semakin teruk tercemar.
[A1]Dewasa ini kita kerap dikejutkan dengan berita kematian beribu-ribu hidupan air terutamanya ikan dan udang di sungai – sungai negara kita akibat pencemaran.[A2]Kemusnahan hidupan air ini turut sama menjejaskan kehidupan para nelayan sungai yang bergantung hidup kepada sungai sebagai sumber rezeki . [A3]Malah kemusnahan hidupan sungai ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia yang memakan hidupan air secara tidaksengaja.[A4]Walaupun kempen ‘Cintai Sungai Kita’ kerap dilakukan,namun gejala ini masih terus berlaku.[A5]Pelbagai punca yang berkaitan dengan masyarakat dan sikap masyarakat telah dikenal pasti sebaia penyebab pencemaran ini berlaku.
LIHAT,PERHATIKAN, INGAT DAN AMALKAN……
BENTUK PENDAPAT /PANDANGAN TOKOH
KANDUNGAN PERKARA DALAM PENDAHULUAN.
Ayat 1 - Tentukan isu yang dibincangkan
Ayat 2 - Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut.
Ayat 3 - Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh
berkenaan .
Ayat 4 - Nyatakan hala tuju karangan mengikut kehendak soalan
CONTOH;
SOALAN; Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.
Pada pendapat anda,siapakah yang bertanggungjawab menangani masalah ini.
[A1] Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah yang membabitkan remaja pada masa kini.[A2]Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini.[A3]Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang remaja terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini.[A4]Bagi menangani masalah ini daripada berterusan,pelbagai pihak pelu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya.
BENTUK PERSOALAN ;
A1 - Pernyataan isu yang dijadikan asas dalam soalan
A2 - Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu yang akan
dibincangkan
A3 - Ulasan persoalan yang telah dikemukakan
A4 - Hala tuju soalan dalam bentu persoalan.
CONTOH;
SOALAN.[sama]
[A1] Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin beryang tambah sejak kebelakangan ini.[A2]Perkara yang menjadi persoalan kepada kita ialah mengapakah perkara ini semakin kerap berlaku?[A3]Apakah yang menyebabkan remaja yang bakal mewarisi kepimpian negara ini melakukan jenayah pada usia muda?[A4]Semua persoalan ini makin menghantui kita dari sehari ke sehari.[A5]Siapakah pihak yang bertanggungjawab menanggani masalah ini daripada terus menular dan menjadi barah dalam masyarakat kita?
BENTUK DEFINISI;
A1 - Definisi perkara pokok yang terkandung dalam soalan
A2 - Ulasan tentang definisi yang diberikan dan kaitannya dengan
isu yang akan dihuraikan.
A3 - Ulasan isu yang dinyatakan
A4 - Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.
CONTOH;
SOALAN[Sama]
[A1]‘Jenayah Remaja’ dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja yang dibawah usia lapan belas tahun.[A2]Remaja yang melakukan jenayah ketika ‘di bawah umur’ akan dibicarakan di Mahkamah Juvana.[A3]Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah yang membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin bertambah dari masa ke masa.[A4]Mahu ataupun tidak mahu kita perlu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan.
No comments:
Post a Comment