TAJUK: KONSEP TABU DALAM BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU.disediakan oleh En Rozali b Rajab.
ABSTRAK
Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Jadi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah,institusi-institusi perguruan, universiti, badan-badan kerajaan dan swasta. Penggunaan bahasa Melayu semakin meluas sama ada dalam bentuk akademik atau bukan akademik. Oleh yang demikian, penggunaan kata dan istilah telah tercipta dalam masyarakat serta menjadi lumrah dalam kehidupan bergantung pada suasana dan persekitaran.
Biasanya bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan maksud. Tetapi kita menggunakan bahasa juga untuk mengelakkan daripada menyatakan sesuatu maklumat yang sebenar. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah membincangkan konsep tabu dalam bahasa dan pemikiran Melayu. Perkara yang dikaji ialah pengertian atau maksud tabu, asal-usul atau sejarah tabu, sebab-sebab tabu diperkenalkan dan kesan tabu dalam masyarakat atau kehidupan.
Melalui kertas kerja ini, perbincangan ini akan ditumpukan kepada konsep tabu dalam bahasa dan pemikiran Melayu. Justeru, pengkajian tentang kertas kerja ini sedikit sebanyak menambahkan lagi khazanah bahasa Melayu. Diharapkan kertas kerja ini akan dibincangkan lebih terperinci pada masa akan datang.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sebelum mengorak langkah untuk membicarakan Konsep Tabu Dalam Bahasa dan pemikiran Melayu, penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan dalam urusan rasmi bagi semua bidang. Oleh itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi untuk semua rakyat di negara ini dalam konteks perhubungan antara satu sama lain. Jadi, penggunaan bahasa, istilah kata, perkataan dan sebagainya sama ada sebelum merdeka dan selepas merdeka sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, berlakulah pertambahan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Jadi, bahasa merupakan jambatan yang menyalurkan maklumat dalam interaksi harian manusia. Bahasa dapat dimanipulasikan mengikut keperluan dan fungsi dalam komunikasi sosial. Justeru, biasanya bahasa yang kita gunakan untuk menyatakan maksud. Namun, kita menggunakan bahasa juga untuk mengelak daripada menyatakan sesuatu maklumat yang sebenar.
Manakala, tabu pula ialah sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali; iaitu yang terlarang, yang diharamkan atau ditegah daripada. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Manakala S.Nathesan (2008;06) memberi maksud tabu ialah pada umumnya sebagai larangan. Larangan ini kebiasaanya merujuk kepada sesuatu amalan, perbuatan, pakaian dan yang seumpamanya. Demikian juga terdapat larangan terhadap penggunaan bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di negara ini. Apabila ada larangan dalam penggunaan bahasa, maka kata atau ungkapan yang digunakan dalam bahasa untuk merujuk kepada sesuatu yang kurang manis, yang membawa unsur negatif, lucah dan yang tidak sopan terus tidak digunakan atau dielakkan dalam pertuturan.
Hal ini bermakna, dalam pemikiran Melayu menjelaskan bahawa tabu atau larangan dalam penggunaan bahasa sudah diamalkan sejak zaman terdahulu. Jadi, penggunaan bahasa tersebut amat sesuai pada masa itu dan tidak memberi impak kepda pihak yang lain. Namun, apabila penggunaan bahasa dipertuturkan pada masa ini, maka perkataan tersebut membawa maksud yang berlainan sama ada dalam bentuk lucah atau yang kurang sopan.
## UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LENGKAP, SILA HUBUNGI PENULIS.##
PENULIS BERGAMBAR BERSAMA ISTERI DI USM PULAU PINANG,2011.
Assalamulaikum...
ReplyDeleteSaya pelajar UiTM Shah alam..
Saya ingin meminta pertolongan pihak tuan untuk kongsikan kajian tuan ini untuk rujukan saya dalam penulisan ilmiah.
Kamarrudin Moshidi
as salam.bagaimana saya hendak mndapatkan maklumat lanjut tentang bahasa tabu ini.
ReplyDeleteas salam...
ReplyDeletesaya memohon jasa baik tuan untuk berkongsi tentang kajian tuan..
sekiranya tidak keberatan, boleh email kan kepada saya
tarabasfanthagiro80@gmail.com
terima kasih
as salam tuan ....saya berminat untuk mendapatkan kajian berkenaan topik tuan ini..kalau tidak keberatan,,,izinkanm tuan berkongsi kajian tuan ini sebagai bahan rujukan saya... boleh email kan kpd sy firdausibrahim1991@gmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan, saya amat berminat dengan kajian tuan. Saya memohon jasa baik tuan untuk mendapatkan hasil kajian tuan sebagai bahan rujukan saya. Saya amat berharap tuan bersetuju dengan permintaan saya. Alamat email saya faizulct@streamyx.com. terima kasih.
ReplyDeleteSelamat petang dan salam sejahtera,
ReplyDeleteSaya pelajar dari City university kolej dan saya tertarik dengan blog "Cikgu Rozali", terutama tentang konsep tabu..Saya amat beerbesar hati sekiranya dapat berkongsi sedikit ilmu untuk panduan dalam kajian yang sedang saya jalankan..(email- myspy_pith0606@yahoo.com)
Segala bantuan dan pandangan dari "Blog Cikgu Rozali" saya dahului dengan jutaan terima kasih.