TAJUK:MEDAN MAKNA DAN KOLOKASI
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam ilmu linguistik, bidang semantik atau kajian makna dianggap sebagai bidang yang paling sukar diterokai kerana ia mengkaji bahan yang tidak dapat dilihat. Pengkajian makna melibatkan juga kajian psikologi iaitu kita perlu menduga apa yang berlaku dalam otak seseorang. Dalam mengkaji makna di peringkat perkataan atau ayat, pengkaji perlu mempertimbangkan juga aspek-aspek bukan linguistik seperti kebudayaan, konteks di mana perkataan atau ayat diujarkan, aspek-aspek psikologi penutur, alam sekitarnya,hubungan sosial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya. Makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan boleh diberi dengan mengambil kira perkara-perkara di atas.
Makna dalam bahasa boleh ditinjau pada beberapa peringkat seperti di peringkat morfem, perkataan,frasa dan ayat. Bagi perkataan, biar sesukar mana untuk ditakrifkan,pada dasarnya ia mempunyai makna yang tersendiri. Untuk memberi makna sesuatu perkataan,selain aspek-aspek yang tersebut di atas,ada kalanya kita perlu meninjau dari sudut medan makna dan kolokasi bagi perkataan berkenaan.
Oleh itu, medan makna dimaksudkan kepada hubungan paradigma antara beberapa perkataan yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Ia merupakan sekumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubungan disebabkan kehadiran masing-masing dalam konteks yang serupa. Pertalian ini wujud kerana perkataan-perkataan itu berada di dalam lingkungan yang sama dan perkataan-perkataan itu boleh digunakan untuk menjelaskan maksud atau pengertian sesuatu perkataan yang lain. Sebagai contoh, apabila kita menyebut perkataan “Institusi Perguruan” maka perkatan-perkataan yang berkaitan dengannya ialah pensyarah, guru pelatih, kelas, kerja kursus, perpustakan dan lain-lain lagi. Dengan ini perkataan seperti itu tadi adalah medan makna bagi perkataan “Institusi Perguruan”.
1.2 Objektif
Objektif tugasan ini adalah untuk menghuraikan tentang medan makna dan kolokasi dengan memberi beberapa contoh yang relevan bagi tugasan ini.
1.3 Batasan tugasan
Kaedah yang diguna pakai untuk menyiapkan tugasan ini ialah dengan menggunakan kaedah ke perpustakaan. Beberapa buah buku, modul PPL,jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian. Justeru, penulis membataskan tugasan ini tentang medan makna dan kolokasi dari segi teori dan penghuraian tentang contoh-contoh perkataan yang tergolong dalam medan makna dan kolokasi tersebut..........................................................................................................................................
##MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI PENULIS.##
PENULIS BERGAMBAR BERHAMPIRAN MASJID KRISTAL,KUALA TERENGGANU.
saya berminat dengan kertas kerja medan makna... tq
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kolokasi. Bagaimana boleh saya dapatkan artikel penuh untuk kolokasi Bahasa Melayu ini? Terima kasih cikgu.
ReplyDeleteSaya berminat untuk dapatkan info lanjut tentang medan makna dan kolokasi
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
Saya berminat mendapatkan info lanjut mengenai perbahasan. Terima kasih.
ReplyDelete