TAJUK: Menurut Skiner kebanyakan pembelajaran manusia diperoleh dengan menggunakan mekanisme respon sukarela termasuk pembelajaran bahasa. Nyatakan pendapat anda.
1.0 Pendahuluan
B.F.Skinner(1904-1990) merupakan seorang ahli teori behavioris yang telah mengutarakan pelbagai pinsip. Oleh itu, beliau telah meluaskan pendekatan berkenaan tingkah laku kepada perbuatan yang sengaja, contohnya seperti menghidupkan kereta, menunggang basikal,berpakaian dan sebagainya. Jadi, beliau telah membuktikan bahawa akibat dari perbuatan yang dilakukan sangat mempengaruhi kebarangkalian perbuatan itu akan diulangi. Justeru, beliau telah menekankan, perbuatan yang disusuli dengan akibat yang tidak menyenangkan, besar kemungkinan akan terhapus.
Teori tingkah laku operan merupakan satu kajian yang dijalankan oleh B.F.Skinner. Melalui kajian tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang tanpa rangsangan yang jelas atau nyata. Oleh yang demikian,apa-apa sahaja tingkah laku yang diuruti oleh pengukuhan yang menyeronokkan atau menyenangkan, maka tingkah laku itu akan menjadi kelaziman. Dengan kaedah ini, proses pembiasan akan berlaku.
2.0 Mekanisme Respon Sukarela Dalam Pembelajaran Bahasa
Kaedah Pembentukan Tingkah Laku atau Teori Pelaziman Operan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas oleh guru. Aktiviti ini juga digunakan oleh guru semasa pengajaran bahasa. Ironisnya, kaedah yang dihuraikan tadi, dinamakan kaedah pelajaran dan pembelanjaran terancang. Mengikut kaedah ini, segala hasil pembelanjaran bahasa pada amnya ditentukan secara objektif. Pada dasarnya, guru-guru akan menyenaraikan beberapa langkah kecil yang memberi penekanan kepada hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Setiap langkah yang hendak dilaksanakan merupakan unit kecil pelajaran daripada mempunyai aras yang rendah, beransur-ansur kepada matlamat akhir yang ingin dicapai.
Dengan penggunaan kaedah ini, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa akan menjadi lebih mudah tercapai. Juga, kaedah ini menjadi pemangkin kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Keutamaan pemangkin atau dorongan, mestilah lahir secara sukarela dan kesedaran sama ada hasil daripada pengukuhan atau pun hukuman yang diberikan.
3.0 Definisi Mekanisme Respon Sukarela
Mengikut Teori Behaviorisme, perubahan tingkah laku terdapat pelbagai jenis tingkah laku dalam pembelajaran. Antara tingkah laku ialah menggunakan tindakbalas atau respon sukarela. Perbuatan atau pelekuan sukarela merupakan satu tindakan yang disengajakan dan dilakukan secara sedar. Natijahnya, kekerapan tindakan yang dilakukan sama ada secara berterusan atau berulang akan membawa perubahan kepada pelajar tersebut. Perubahan-perubahan tingkah laku, telah memberi dua kesan yang nyata iaitu:
................................................................................................................................................................................................................................
##UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA,SILA HUBUNGI PENULIS#
PENULIS SEMASA MENJALANI LATIHAN PRATIKUM DI SMK KALUMPANG,SELANGOR TAHUN 1993
No comments:
Post a Comment