Tuesday, 15 May 2012

LATTIHAN TATABAHASA TINGKATAN 3-PMR

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 Para pedagang yang berlabuh di Melaka menggunakan __________ untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
A bahasa Melayu
B Bahasa Melayu
C Bahasa melayu
D bahasa Melayu
2 Azim Azam sangat gemar __________ laksa Pulau Pinang yang dibuat oleh ibunya,Nurul Hidayah.
A kepada
B akan
C tentang
D terhadap
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Ibu memasak nasi __________ untuk adik Jasmine kerana dia belum tumbuh gigi.
A halus
B empuk
C lembut
D lembik
4 Fikiran Jihad masih __________ sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu atau tidak.
A susup-sasap
B bolak-balik
C gelap-gelita
D gembar-gembur
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Sultan __________ Datuk Yusoff yang banyak berjasa kepada negara itu dengan bintang kebesaran.
A menghadiahi
B menghadiahkan
C menganugerahi
D menganugerahkan
6 Puan Dayana tetap cekal menghadapi segala cabaran dalam dunia perniagaan, __________ terpaksa bersaing dengan usahawan lelaki.
A jika
B hingga
C apabila
D walaupun
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah
7 Anak-anak penyu itu akan dilepaskan ke laut __________ sudah menetas.
A sehingga
B apabila
C jika
D kalau

1 comment: