Abstrak
Pascakemerdekaan, bahasa Melayu diwartakan sebagai bahasa kebangsaan. Dengan itu, bahasa Melayu yang baku akan digunakan dalam segala persuratan rasmi dan sebagai alat perhubungan sosial yang formal. Namun demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa kesegaran bahasa Melayu memungkinkan kemunculan bermacam-macam jenis variasi bahasa atau kelainan bahasa. Hal ini sememangnya berkaitan dengan pengguna dan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Pendapat ini disokong oleh seorang ahli bahasa, Halliday (1968), menyatakan bahawa variasi bahasa atau kelainan bahasa berkaitan dengan pengguna dan penggunaan. Pandangan beliau ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam satu komuniti bahasa akan menjadi berlainan atas beberapa faktor yang mempengaruhinya. Tujuan kertas kerja ini dilakukan adalah untuk menerangkan faktor-faktor kewujudan kelainan bahasa dan pengaruh kelainan bahasa terhadap masyarakat dan perkembangan di negara kita.
PENDAHULUAN
Oleh sebab zaman beralih, musim bertukar , kita dapat melihat perkembangan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan. Kesegarannya memungkinkan kemunculan bermacam-macam jenis variasi bahasa. Variasi ini dapat dilihat daripada dialek-dialek dan laras bahasa yang begitu banyak. Hal ini demikian kerana masyarakat bahasa yang semakin banyak menyebabkan perbezaan kebahasaan dalam kalangan pengguna dan penggunaan bahasa. Keadaan ini bukan sahaja merujuk kepada bahasa Melayu, tetapi juga hampir semua bahasa di dunia ini. Fenomena ini juga selaras dengan kertas kerja ini, iaitu kelainan bahasa berdasarkan pengguna dan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia.
Bahasa mengikut Sapir (1921) didefinisikan sebagai "cara yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan hasrat melalui lambang-lambang yang dihasilkan secara sukarela". Kelainan atau variasi bahasa bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama. Kamus Linguistik mendefinisikan kelainan sebagai "bentuk yang digunakan sebagai pilihan", dan memberikan, sebagai contoh, meninggal dunia sama ertinya dengan mati. Namun ada tempat dan waktu yang berlainan bagi penggunaan kedua-dua bentuk ini. Apatah lagi dengan satu lagi bentuk yang sama maknanya, iaitu kembali ke Rahmatullah. Lumrahnya, kelainan
Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan pengguna mempengaruhi kelainan bahasa Melayu. Objektif seterusnya ialah kertas kerja ini membincangkan kesan kelainan bahasa dalam konteks penggunaan bahasa Melayu.Saya membataskan kelainan pada bahasa Melayu ini kepada masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk (rujuk lampiran 1), misalnya etnik Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Oleh itu, mereka boleh menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mahupun bahasa kedua atau bahasa ketiga untuk berkomunikasi dengan orang lain. Namun begitu, cara pemerolehan dan pembelajaran bahasa Melayu akan ditentukan oleh pengguna itu sendiri. Persoalannya, pengguna yang menggunakan bahasa Melayu akan menjadi berlainan akibat berlakunya perbezaan pada alat sebutan antara individu dan tempat asal pengguna, iaitu dikenali sebagai dialek kawasan. Hal ini demikian kerana penuturnya terpisah oleh jarak yang jauh, wujud pelbagai penghalang geografis serta ciri-ciri sosial yang melahirkan perbezaan antara kelompok masyarakat yang menuturkan bahasa yang sama. Dengan itu, wujudnya dialek kawasan di semenanjung Malaysia yang ketara dan beberapa contoh tentang dialek Melayu dari segi fonetik, diftong, dan kelainan makna dalam sesuatu leksis.
Selain itu, lanjutan daripada objektif kedua dalam kertas kerja ini, situasi penggunaan bahasa Melayu yang berbeza-beza akan membawa kesan terhadap masyarakat dan negara. Oleh itu, terdapat kumpulan sosial yang menggunakan dialek sosial, seperti bahasa baku, bahasa halus, bahasa mesra, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slanga. Kesan seterusnya ialah kelainan bahasa membawa kepada kemunculan laras bahasa dengan gaya tertentu.
Kelainan bahasa berdasarkan pengguna
Menurut Nik Safiah Karim (1992), setiap individu mempunyai cara tersendiri; jenis bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dipanggil idioleknya (parolenya). Idiolek berlaku kerana ada perbezaan pada alat sebutan antara individu dengan individu hingga ujaran yang sama, tetapi tidak serupa bunyinya. Sungguhpun
Dalam peredaran masa yang panjang dan penyebaran daerah yang luas, akan timbul perbezaan yang lebih nyata pada satu-satu bahasa, iaitu dari segi perbendaharaan kata, tatabahasa dan sebutan. Perbezaan ini mempunyai kaitan dengan daerah atau wilayah sehingga menimbulkan jenis-jenis bahasa yang tidak lagi bersifat sama atau variasi bahasa itu dikenali sebagai dialek. Kenyataan ini bersesuaian dengan pendapat Za’ba (1951), dialek ialah keadaan sesuatu bahasa yang berlainan tentang bunyi sebutannya dan gaya suara menyebutnya dan terkadang ada juga tentang perkataannya, dan resaman bahasa dalam percakapannya, iaitu mengikut berlainan tempatan dan negeri, bukan lain-lain. Misalnya, daerah A menyebut [a] sementara daerah B menggunakan [é] bagi bunyi yang sama. Sehubungan dengan itu, David Crystal berpendapat bahawa "dialect is subdivisions of languages". Hal ini membawa maksud bahawa dialek adalah cabang daripada bahasa dan dialek juga berbeza dengan bahasa. Bahasa pula merupakan satu bentuk yang tegas dan mempunyai sistem atau peraturan yang ditetapkan oleh satu-satu masyarakat. Walaupun terdapat perbezaan antara dialek dan bahasa rasmi tetapi masih tidak tersimpang jauh antara dialek-dialek dalam sesuatu bahasa. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, setiap penutur bahasa Melayu bertutur dalam dialek atau kelainan bahasa yang diperolehi sejak dia mulai belajar bertutur dan bahasa itu akan menjadi bahasa ibundanya atau bahasa pertama. Dengan perkataan lain, apabila kanak-kanak itu lahir dan besar di kawasan dialek, misalnya dialek Kedah, maka dialek pertama yang akan diperolehi dan dikuasainya ialah dialek Kedah. Penentuan dialek pertama atau dialek asas bagi seseorang berdasarkan kawasan ialah penentuan secara am. Dengan ini, kita membuat hipotesis bahawa sekitaran geografi adalah faktor penentu bagi jenis dialek bagi seseorang penutur. Bagaimanapun, ada faktor penentu yang lain, iaitu faktor sekitaran
Antara satu dialek dengan dialek lain seolah-olah terdapat satu sempadan atau garis pemisah kawasan yang membezakan antara satu dialek dengan yang lain dan garisan itu dikenali sebagai isoglos. Isoglos atau garis sempadan linguistik ialah garis pemisah antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa. Garis pemisah tersebut tidak dapat ditentukan dengan jelas kerana wujud perhubungan yang berterusan antara pengguna bahasa yang tinggal bersempadan. Tambahan pula, batas kawasan dialek yang sedia ada tidaklah menetap buat selama-lamanya kerana kawasan itu boleh menyempit atau meluas berdasarkan hubungan perjiranannya dengan dialek-dialek atau bahasa-bahasa lain. Oleh itu, kajian ini menjelaskan penentuan kawasan-kawasan dialek yang ada di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Penentuan kawasan-kawasan itu boleh didasarkan pada ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara dialek-dialek itu. Dalam kajian ini, perbezaan antara dialek-dialek Melayu di Semenanjung adalah pada aspek fonologi, iaitu antara ciri yang paling tinggi. Oleh sebab adanya perbezaan ini, kita dapat mengetahui tempat asal seseorang pengguna daripada mendengar dialek asasnya.
Menurut Asmah Hj. Omar (1985), dialek-dialek bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh kumpulan dialek seperti yang berikut: (Rujuk Lampiran 2)
a) Dialek yang letaknya di Barat Laut yang meliputi kawasan Perlis, Kedah (termasuk Pulau Langkawi), Pulau Pinang dan Perak Utara sehingga Taiping (Kuala Kangsar sudah pun merupakan kawasan peralihan). Dialek ini lebih umum dikenal sebagai Dialek Utara atau Dialek Kedah.
bahasa berlaku dari segi sebutan, kosa kata, dan tatabahasa dalam bahasa Melayu dan masih difahami umum. Mengikut Halliday (1968), ahli bahasa, menyimpulkan variasi bahasa atau kelainan bahasa berkaitan dengan pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa dan didapati bahawa bahasa boleh dibezakan dari segi orang yang menggunakannya, seperti orang yang tinggal di Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak, Perak, Kedah, dan sebagainya. Sebaliknya, penggunaan pula bermaksud kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan sewaktu penggunaan bahasa itu, misalnya bahasa untuk menyampaikan ucapan rasmi, untuk berbincang tentang masalah keluarga, berbual-bual dengan kawan-kawan di kantin atau kedai kopi, berbual sewaktu membeli-belah dan sebagainya. perbezaan antara satu idiolek dengan satu idiolek tidak begitu besar tetapi kelainan sebutan dan lagu ucapan dapat diperhatikan. Perbezaan ini juga boleh timbul kerana tabiat pertuturan dalam sesebuah keluarga, terutamanya sejak kecil lagi. Tabiat pertuturan keluarga mempengaruhi pertuturan individu berkenaan, seperti memanjangkan dan memendekkan sesetengah bunyi bahasa, terutamanya sekali bunyi vokal. Misalnya, kata ‘makan’ ada yang menyebutnya sebagai [makan] dan ada pula yang mengucapkan sebagai [maakan]. Kadang-kadang individu menyengaukan sebutan hingga semua sebutannya disengaukan. Dengan itu, cara pembelajaran sesuatu bahasa dengan tepat adalah penting pada usia muda. Jelaslah bahawa faktor idiolek berlaku akibat perbezaan pada alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan individu itu masing-masing. Walaupun ada perbezaan-perbezaan kecil antara satu idiolek dengan yang lain, tiap-tiap penutur tidak lari dari garis-garis kasar sifat bahasanya dan masih mengekalkan keseluruhan sifat bahasanya tersebut. Jadi, kelainan pada peringkat individu ini bukanlah kelainan yang sistematik berbanding dengan kelainan dialek kawasan atau dialek sosial. pergaulan. Dengan itu, kita katakan bahawa seseorang itu memperolehi dialek asasnya yang berbeza dengan dialek yang dituturkan di sekitaran geografinya kerana penentunya ialah pengaulannya sahaja. Sebagai contoh, kita dapati seseorang itu mempunyai dialek Kedah sebagai dialek asas sedangkan dia lahir dan besar di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya; bahkan dia juga yang keluarganya sudah dua generasi tinggal di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya. Dialek Kedah pula yang menjadi dialek asas penutur yang berkenaan, bukan dialek Selangor kerana sekitaran kekeluargaan dan pergaulannya. Ahli-ahli keluarga di rumahnya secara terus menerus menggunakan dialek Kedah dalam kehidupan mereka sehari-hari dan juga dalam pergaulan mereka dengan ahli-ahli keluarga lain yang tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Namun, dialek asas bagi seseorang itu tidak perlu terbatas semata-mata kepada dialek kawasan tetapi boleh terdiri dari bahasa standard atau bahasa baku. Oleh sebab dialek diperoleh melalui pelbagai cara, kita dapat mengatakan bahawa latar belakang pengguna menjadi faktor penentuan jenis dialek dan dialek itu akan berubah atau bertambah apabila pengguna itu berpindah ke tempat yang lain. Hal ini demikian kerana terdapat perbezaan antara satu dialek dengan dialek yang lain, terutamanya dialek Melayu di Semenanjung Malaysia. Namun demikian, dialek asas atau dialek utama seseorang itu masih kekal kerana mendapat pengaruh daripada ahli keluarga yang terdekat.
b) Dialek Perak yang meliputi kawasan Perak Tengah.
c) Dialek Selatan (kelompok Johor, Melaka, Selangor, Perak Selatan)
d) Dialek Kelantan yang kawasannya ialah negeri Kelantan, yakni di sebelah Timur Laut Semenanjung, dan meliputi juga kawasan- kawasan sempadan Pahang dan Terengganu.
e) Dialek Terengganu yang terletak di bahagian Timur Semenanjung.
f) Dialek Pahang yang terdapat di negeri Pahang
g) Dialek Negeri Sembilan yang terdapat di Negeri Sembilan
Walaupun setiap kawasan dialek itu mempunyai pelbagai subkawasan berdasarkan perbezaan-perbezaan antara satu tempat atau mukim dengan tempat atau mukim yang lain, kajian ini terbatas kepada subdialek sahaja. Malahan perbezaan yang ketara antara dialek ialah dialek Utara, dialek Selatan, dialek Kelantan dan Dialek Negeri Sembilan. Di samping itu, pembahagian dialek-dialek Melayu di Sarawak dan Sabah tidak serumit di Semenanjung kerana jumlah penutur-penutur Melayu itu kecil. (rujuk Lampiran 3 ). Lebih-lebih lagi, bahasa Melayu digunakan di Sabah bukan sebagai bahasa pertama tetapi sebagai bahasa kedua yang merupakan bahasa perantara. Di Sarawak pula, kawasan bahasa Melayu terdapat di Bahagian Pertama, khususnya di sekitar Kuching dan Pantai Utara. Selain itu, terdapat kawasan bahasa Melayu di Miri dan sekitarnya dan beberapa tempat lain seperti Bintulu dan Sibu.
Kajian seterusnya ialah penggunaan bahasa baku untuk membuat perbandingan dialek-dialek Melayu yang ketara di Semenanjung. Yang paling menarik perbezaannya ialah penggunaan kata ganti nama diri. Perhatikan perbandingan antara contoh kata ganti nama dengan beberapa dialek.
Bahasa baku Dialek Utara Dialek SelatanDialek Kelantan Dialek Negeri Sembilan
Saya saya; aku Saye; kite; Hambo Sayo; édén; ésé
Awak; engkau hang awak mu ekau
mereka hang pa; dépa meréke démo meréko
Rajah 1 : Contoh perbezaan sebutan beberapa dialek dengan bahasa baku
Oleh sebab keempat-empat daerah menunjukkan perbezaan sebutan yang ketara, kita dapat mengenal pasti tempat asal seseorang pengguna dengan mudah semasa perbualan.
Di samping itu, kawasan subdialek Kuching dianggap sebagai kawasan tumpuan bagi subdialek-subdialek Melayu Sarawak yang lain. Dengan itu, Kuching merupakan pusat budaya Melayu bagi Sarawak memandang letak geografinya di muara sungai dan menghadap kepada lalu lintas lautan China di sebelah utaranya. Hal ini juga menyebabkan perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam subdialek Kuching menjadi tiruan bagi subdialek-subdialek lainnya. Antara contohnya, diftong aw @ au dan ay @ ai dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan o dan e dalam subdialek Kuching.
Dengan demikian dapatlah dikatakan bahawa diftong-diftong itu mengalami pemonoftongan dalam subdialek Kuching.
Bahasa Baku Dialek Kuching
Pulau Pulo
Dangau Dango
Punai Pune
pandai pande
Setelah mengkaji beberapa kelainan sebutan dalam dialek-dialek Melayu, dialek-dialek Melayu di Sabah juga menunjukkan perbezaan yang jelas, terutamanya makna dalam sesuatu kosa kata. Oleh sebab dialek Sabah lebih mendekati sifat-sifat bahasa Indonesia (Nik Safiah Karim, 1988:23), maka terdapat banyak leksis bahasa Indonesia dalam kosa kata dialek ini. Antara contoh dialek Sabah yang menyampaikan makna yang berbeza berbanding dengan bahasa Melayu baku ialah kata bilang dalam dialek Sabah seperti dalam ayat:
(1) "sudah banyak kali saya bilang sama dia" tidak mendukung makna seperti yang dientrikan dalam kamus. Makna yang tercatat dalam kamus Dewan (1994) adalah seperti yang berikut: hitung (an), kira (an) jumlah (banyak) barang; tidak termasuk kira.
Dalam ayat (1), makna "bilang"ialah ‘memberitahu’ atau ‘berkata’. Oleh itu, ayat tersebut membawa makna "sudah banyak kali saya memberitahu dia"dalam dialek Sabah. Dengan yang demikian, makna yang difahami secara lazim oleh masyarakat Sabah adalah berbeza daripada makna seperti yang dientrikan dalam kamus. Namun begitu, berlakunya kelainan makna dalam dialek Sabah adalah dalam konteks lisan sahaja dan bukannya dalam konteks rasmi.
Dengan itu, setiap daerah mempunyai dialek masing-masing dan mereka hanya dapat berkomunikasi dengan mudah apabila bertembung dengan penduduk setempat, malahan dialek ini semestinya digunakan untuk situasi tidak formal dan dalam bentuk lisan sahaja.
Kelainan bahasa berdasarkan penggunaan
Memang benar bahawa pengguna dari tempat-tempat berlainan akan menghasilkan kelainan bahasa. Kelainan bahasa ini pula akan membawa kesan yang lain apabila penggunaanya berdasarkan situasi yang berlainan. Implikasi daripada kelainan bahasa dalam konteks penggunaan Bahasa Melayu, wujudnya pelbagai jenis dialek sosial, misalnya bahasa baku, bahasa halus, bahasa mesra, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slanga. Oleh itu, dialek sosial boleh dikatakan lebih tinggi statusnya berbanding dengan dialek kawasan lantaran penggunaannya tidak terhad kepada satu kawasan atau daerah tetapi berdasarkan
Daripada yang dibincangkan, sesuatu bahasa mempunyai banyak dialek, satu daripada dialek-dialek ini akan dipilih sebagai variasi yang digunakan oleh semua penutur untuk berhubung. Sebagai contohnya, apabila orang-orang dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Melaka dan Johor berkumpul untuk bersidang, masing-masing menggugurkan ciri-ciri dialek sendiri dan menggunakan satu bentuk bahasa Melayu yang difahami oleh semua yang hadir. Variasi bahasa Melayu ini disebut variasi bahasa umum atau bahasa standard atau bahasa baku. Sesungguhnya, bahasa baku juga merupakan dialek. Namun begitu, dialek ini diterima oleh masyarakat bahasa untuk digunakan dalam situasi formal, dalam pendidikan, dan dalam penulisan. Mengikut kamus Linguistik, bahasa baku ialah ‘kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa dan digunakan dalam situasi rasmi, seperti dalam penulisan dan pengajaran. Lazimnya kelainan ini berasaskan pertuturan golongan berpendidikan dalam masyarakat’. Dengan itu, bahasa baku ialah bahasa yang baik dan betul menurut tatabahasa dan tepat menurut gaya bahasanya. Justeru, bahasa baku ini bertujuan menyelaraskan dan menyeragamkan beberapa aspek, terutamanya ejaan, sebutan, penggunaan istilah dan tatabahasa. Pendapat ini disokong oleh Haugan (1972), beliau mendefinisikan bahasa baku sebagai satu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk. Sebagai contoh, dari segi sebutan, bahasa Melayu baku mempertahankan sebutan huruf a sebagai [a] pada semua tempat, menjadikan apa disebut [apa] dan tidak [apә] . Dalam mencapai dasar sebutan baku, saya bersetujui dengan pandangan Asraf selaku tokoh pencetus gagasan sebutan baku dalam semua tulisannya tentang sebutan baku, ‘kata-kata dieja sebagai mana yang diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja, dan tidak ada huruf yang senyap.’ Demikianlah asas sebutan fonemik. Dalam konteks sesebuah negara, bahasa baku harus diletakkan pada beberapa kedudukan tertentu, misalnya yang merupakan bahasa rasmi negara dan juga bahasa persuratan. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa baku ini bertujuan meningkatkan taraf Bahasa Melayu sesuai dengan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan kita, dan supaya bahasa kita setanding dengan bahasa-bahasa moden di dunia.
Di samping itu, kelainan bahasa juga membawa kesan kepada kewujudan bahasa halus. Bahasa ini digunakan apabila penutur membuat pertimbangan terhadap perasaan orang yang dilawan bertutur berdasarkan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban sesama mereka. Bahasa halus ialah variasi bahasa yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud dengan cara membayangkannya dengan perkataan atau ungkapan lain dengan tujuan memaniskan atau menudungi sesuatu perkara yang tidak elok bunyinya jika disebut secara lurus. Misalnya, kencing [bentuk yang kurang manis ]= ke sungai kecil/ buang air kecil [bahasa halus]. Oleh itu, berbahasa sama juga dengan berbudi seperti yang digambarkan oleh peribahasa "orang berbudi, kita
Bahasa kasar
Kenapa susah sangat nak
dengar cakap orang tua?
Kau orang lebih banyak
makan garam ke??
Berdasarkan contoh tersebut, kata-kata yang digunakan dalam bahasa kasar merupakan kata-kata yang digunakan sebagai bahasa pasar dalam pertuturan sehari-harian. Namun, kesan daripada ungkapan tersebut boleh membangkitkan kemarahan orang yang dilawan bertutur. Hal ini juga menunjukkan penutur tersebut kurang berbudi dan bersikap kasar apabila bertutur dengan orang lain.
Bahasa pasar wujud akibat daripada pergaulan dalam masyarakat berbilang kaum., terutamanya di Malaysia. Oleh sebab adanya kelainan bahasa dalam pelbagai komuniti bahasa, tidak hairanlah bermacam-macam bahasa akan digunakan.Dalam perhubungan tersebut, komunikasi dipermudahkan dengan menggunakan bahasa yang lebih sesuai dan mudah difahami. Biasanya, bahasa pasar ialah bentuk bahasa campuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Bentuk bahasa pasar ini dikaitkan dengan bahasa pijin, iaitu variasi bahasa yang dipermudahkan untuk proses komunikasi sahaja dan tidak ada komuniti penutur asli bagi bahasa pijin. Contoh penggunaan bahasa pasar, ‘kita orang ada satu kereta, baik punya. Banyak cantik. Kalu suka esok boleh mari tengok’. Walaupun jenis bahasa ini boleh difahami oleh komuniti bahasa, kita tidak boleh menggunakan bahasa ini dalam bentuk penulisan atau situasi formal.
Selain daripada bahasa pasar, terdapat satu lagi bahasa yang istimewa dan hanya digunakan oleh golongan itu sahaja dalam lingkungan tertentu, iaitu bahasa slanga. Bahasa slanga tergolong ke dalam restricted language kerana mempunyai ciri-ciri tertentu dan hanya digunakan dan difahami oleh golongan tertentu. Dalam kehidupan sehari-hari, perkataan dan rangkai kata diterima umum dan lama-kelamaan tidak lagi dianggap sebagai slanga tetapi sebagai satu sifat biasa bahasa itu, walaupun tidak diakui sebagai bentuk bahasa formal. Sebagai contohnya, penggunaan bahasa slanga dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaya. Sebab utama timbulnya slanga ini ialah mereka ingin menimbulkan ciri-ciri yang khusus bagi mereka, yang mengasingkan mereka
Dengarlah nasihat orang yang lebih tua kerana mereka lebih banyak pengalaman berbanding dengan kamu
Dalam situasi tidak rasmi seperti pertuturan seharian, kita selalu akan mendengar orang menggunakan bahasa tidak formal, seperti bahasa mesra. Bahasa mesra digunakan oleh orang yang ada hubungan rapat dan mesra antara sama lain. Biasanya, mereka akan menggunakan unsur kependekan dan percampuran kod dalam pertuturan. Contohnya, i ada meetinglah petang ni. So, you ambil Dhil ye? Penggunaan percampuran kod adalah untuk menunjukkan hubungan yang lebih mesra dalam kalangan pengguna. Biasanya, kita akan terdengar percampuran bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu, bukan sahaja dalam perbualan seharian,malah media massa untuk menarik perhatian penonton. Kesan ini juga tidak harus dijadikan ikutan kepada kanak-kanak yang kononnya suka menonton televisyen, akan menjadi mangsa kepada penggunaan bahasa Melayu yang baku.
Variasi-variasi yang telah dibincangkan merupakan variasi yang digunakan oleh semua penutur bahasa Melayu, tetapi variasi yang penggunaanya khusus bagi satu golongan tertentu, iaitu golongan diraja. Variasi ini disebut bahasa istana atau bahasa klasik. Bahasa ini digunakan khusus dalam perhubungan kebahasaan dalam golongan diraja atau perhubungan rakyat dengan mereka. Terdapat perkataan dan ungkapan khusus merujuk sejumlah perkataan dan frasa khusus yang digunakan sewaktu merujuk kepada golongan diraja, misalnya patik[saya], beradu[tidur], bersiram[mandi], bersemayam[duduk], mencemar duli[datang], junjung kasih[terima kasih], dan gering[sakit]. Ungkapan dan ayat ini akan disusun rapi untuk menunjukkan kerendahan diri ketika bertutur dengan golongan diraja. Selain itu, penggunaan bahasa ini menjadi ukuran kehalusan dan budi pekerti seseorang dan juga pendidikan seseorang. Oleh itu, penggunaan kata kekeluargaan seperti ayahanda, bonda, kakanda, adinda dan anakanda telah diterima dalam penulisan surat tidak rasmi.
kesesuaian situasi. berbahasa". Bagi orang Melayu, bahasa bukan sahaja alat untuk menyatakan fikiran tetapi juga perasaan. Jadi, bahasa yang digunakan dapat mencerminkan budi pekerti orang yang menggunakan bahasa itu. Sebaliknya, bahasa kasar pula jarang digunakan kecuali dalam keadaan tertentu seperti dalam situasi marah. Hal ini bermakna mencarut dan menggunakan perkataan yang tidak menimbangkan perasaan orang lain merupakan ciri utama bahasa kasar. Contohnya, daripada pelajar-pelajar jenis lain. Dengan kata lain, mereka bertujuan untuk menimbulkan perasaan dan ciri identiti kumpulan. Sebab kedua munculnya slanga ialah keadaan mahasiswa itu sendiri yang mudah menjadi mangsa tekanan emosi. Misalnya, perkataan ‘snake’ bagi pensyarah-pensyarah yang tidak memberikan soalan-soalan dalam kertas peperiksaan sebagaimana yang diharapkan oleh mereka, dan perkataan "frust" (daripada frustration) bagi memperkatakan keadaan kecewa dalam segala hal- kecewa dalam peperiksaan, kecewa dalam percintaan, kecewa memdapatkan buku "red spot", kecewa kerana kehabisan wang biasiswa dan berbagai-bagai kegagalan lain dalam kehidupan sehari-hari. Slanga ini telah lama muncul dalam bahasa-bahasa di dunia, waima ada orang yang berpendapat bahawa bahasa ini merosakkan kemurnian bahasa, ada yang menganggap slanga sebagai satu aktiviti kreatif. Pendapat ini jelas menunjukkan golongan berpendidikan ini sepatutnya memartabatkan Bahasa Kebangsaan untuk mempengaruhi lebih banyak orang menggunakan bahasa yang tepat dan standard, bukan untuk mengelirukan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
Selain daripada perbincangan tentang jenis-jenis bahasa ini, penggunaan bahasa Melayu membawa pengaruh yang besar kerana dapat digunakan untuk tujuan yang tertentu. Penggunaan yang berbeza-beza inilah yang melahirkan laras. Kemampuan seseorang menggunakan laras bahasa yang betul dan tepat mengikut situasi membolehkan maklumat disampaikan secara berkesan.
Laras bahasa dapat dijadikan sebagai gaya dan penggunaan sesuatu bahasa, iaitu variasi bahasa yang boleh dipilih oleh setiap penutur. Mengikut pendapat Halliday (1968), beliau mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Mengikut Halliday, ‘laras berubah-ubah mengikut situasi. Apabila kita mengamati perlakuan bahasa yang wujud dalam berbagai-bagai konteks, kita dapati kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Pilihan laras amat luas , misalnya laras apabila bercakap dengan rakan sepejabat tentang hal-hal pekerjaan; laras dengan majikan; laras dalam suasana rumah tangga, misalnya antara suami isteri; dengan anak-anak, dengan mertua dan dengan sanak saudara; laras sewaktu menulis laporan atau minit mesyuarat; laras sewaktu menyampaikan ucapan; dan laras sewaktu tawar-menawar di pasar. Jumlah laras seseorang itu menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, maka semakin besarlah jumlah laras bahasa yang digunakan. Namun, laras berubah selaras dengan perubahan-perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat, dan secara bandingan, laras berubah lebih cepat daripada aspek-aspek bahasa yang lain. Apabila sahaja muncul perubahan-perubahan dalam masyarakat, seperti alat-alat baharu, bentuk-bentuk politik baharu dan teknologi baharu, akan muncul juga bersama-samanya unsur pembaharuan ini, iaitu gaya pembicaraan dan pengungkapan yang baharu, yakni laras bahasa baharu. Ferguson (1968), sewaktu membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah maju, mengatakan bahawa salah satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Dengan itu, kosa kata bahasa Melayu yang semakin bertambah dapat menyampaikan fikiran dan sesuatu mesej dalam pelbagai bidang.
Dari segi jenis-jenis laras, ciri-ciri laras yang paling jelas ialah perbendaharaan kata, susunan ayat, dan frasa yang digunakan. Laras merupakan suatu perlakuan sosial, jadi laras itu akan digunakan untuk sesuatu keadaan atau situasi. Pemilihan laras yang tidak sama untuk situasi-situasi itu menunjukkan bahawa anggota masyarakat sedar akan keperluan untuk menyesuaikan penggunaan laras bagi situasi-situasi sosial yang berlainan. Dengan itu, pandangan Nik Safiah Karim (1989) ialah kajian terhadap laras bahasa hendaklah memberi pertimbangan kepada dua faktor utama, iaitu ciri-ciri keperihalan (contextual features) peristiwa bahasa itu dan ciri-ciri linguistik yang wujud.
Menurut beliau, ciri-ciri keperihalan terbahagi kepada situasi luaran dan persekitaran. Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. Sebagai contohnya, laras ucapan rasmi hendaklah mengambil kira bentuk sapaan, teknik berucap dan bentuk penutup ucapan yang sesuai. Contoh bentuk sapaan: Terlebih dahulu marilah kita memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-ramai di majlis yang berbahagia ini. Andai kata laras sastera Melayu lama dikaji maka hendaklah dikaitkan dengan situasi istana dan tradisi sastera lisan. Situasi persekitaran pula merupakan aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Terdapat empat faktor situasi persekitaran yang ketara ialah cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa, bahan yang diperkatakan dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Dengan demikian, kita dapat menentukan jenis dan laras bahasa yang digunakan. Sesungguhnya, keempat-empat faktor situasi persekitaran menimbulkan laras-laras yang berlainan. Oleh itu, terdapat hubungan yang erat antara susunan bahasa dengan situasi kerana interaksi antara kedua-duanya menghasilkan laras. Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua kategori, iaitu laras biasa dan laras akademik (khusus). Laras biasa lazimnya digunakan oleh khalayak umum seperti bidang hiburan, penerangan, dan maklumat, contohnya, iklan, media massa, berita, syarahan, ucapan, laporan sukan, dan berita. Laras akademik bersifat formal dan lebih khusus. Laras ini digunakan dalam pelbagai bidang ilmiah seperti sains dan teknologi, ekonomi, geografi, matematik, undang-undang, persuratan, dan perniagaan. Namun begitu, laras agama seperti doa dan khutbah yang tergolong dalam laras khusus boleh juga digunakan dalam laras bahasa. Perbezaan utama antara kedua-dua laras ialah kosa kata, tatabahasa, dan gaya bahasa. Jenis-jenis laras ini, termasuk laras undang-undang(akta), laras iklan (tender), laras laporan berita dalam akhbar, laras sukan, laras sains perubatan, laras sastera (novel), laras agama (doa), dan laras ekonomi.
Laras biasa (laras lisan) juga dikenali sebagai laras umum. Laras biasa tidak akan mengandung istilah atau pola khusus. Laras biasa digunakan dalam situasi sosial yang pelbagai untuk menyampaikan maksud, hajat, hasrat, dan isi hati kepada pihak lain dengan bahasa yang mudah. Misalnya,
(1) Jangan pijak rumput.
(2) Dimaklumkan bahawa bekalan elektrik di kawasan Sungai Petani akan dipotong selama sehari pada 18 Februari 2010. Harap maklum.
Laras bahasa biasa boleh bersifat formal jika digunakan dalam majlis rasmi dan dalam tulisan yang rasmi sifatnya seperti surat kiriman, dan minit mesyuarat.
Dengan perkembangan ekonomi secara moden, bukan lagi sistem tukar barang, maka wujudlah beberapa hal seperti iklan, tender, sistem akaun, laporan saham, dan penyata tahunan yang melibatkan laras bahasa perniagaan
Petikan 1 :
Sungguhpun, penggunaan perkataan khusus bidang-bidang tertentu menjadi satu ukuran jenis laras. Perhatikan contoh di bawah:
Petikan 2 :
Sejauh mana barah serviks merebak boleh dikesan secara pemeriksaan klinikal, iaitu ketika pemeriksaan faraj di klinik atau bilik bedah. Pentingnya mengetahui ke mana barah itu merebak membolehkan doktor mengkategorikan peringkat seriunya barah serviks.
(Dr.Suhaimi Isa, Wanita Sihat, Berita Harian, 18 Disember 2000)
Dalam petikan 2 di atas, kita tahu bahawa ini ialah laras sains, iaitu bidang perubatan, melalui perkataan-perkataan berikut: barah serviks, pemeriksaan klinikal, bilik bedah dan doktor.
Laras bahasa perundangan (undang-undang) terdapat dalam teks yang berkaitan dengan perundangan. Dalam penulisan ini yang diutamakan ialah keringkasan, ketepatan, kepersisan dan kejelasan. Menurut Hj. Illias Hj. Zaidi (1991: 281), bagi mendukung maksud ini, corak dan laras bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang perundangan ini adalah sesuai dengan maksud yang disebutkan itu. Seperti contoh berikut:
Petikan 3 :
...dengan jelasnya ditujukan kepada certiorari. Dibatalkan ialah perkataan yang biasanya digunakan bagi menerangkan hasil sesuatu perintah certiorari dan tidaklah biasa digunakan dalam perhubungan dengan bentuk acara-acara lain... Jika pembatalan atas beberapa sebab tidak mencukupi; maka ungkapan dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah adalah pada pandangan Hakim-hakim cukup luas untuk termasuk acara certiorari...
(Undang-undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia, 1988:155)
Selain daripada laras khusus yang dibincangkan, laras agama pula digunakan untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan agama, khususnya Islam, serta banyak mengandungi petikan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad (s.a.w). Sturktur ayat laras agama dipengaruhi oleh bentuk struktur ayat daripada unsur bahasa Arab. Laras ini kurang mementingkan gaya dan nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Seperti contoh berikut:
Petikan 4:
(iklan) melalui media massa. Lumrahnya, tajuk iklan merupakan bahagian yang terpenting, berbentuk frasa tetapi ada juga yang diolah dalam bentuk ayat. Matlamat bahasa dalam iklan dan perniagaan adalah untuk membentuk persepsi pengguna-pengguna supaya mereka mengubah sikap dan akhirnya mempengaruhi tindakan mereka. Misalnya,
Dengan ini jelaslah bahawa hadis ini memberi peringatan supaya kita jangan sekali-kali memberi dan menerima rasuah, berusahalah menjauhkan diri daripada terlibat dengan amalan rasuah ini, yang hanya mengakibatkan bencana kepada diri, masyarakat, dan negara kita juga akhirnya, sebaliknya beramallah dengan ajaran Islam, dengan menjadikan al-Quran dan al-hadis sebagai panduan hidup kita. Dengan itu, baharulah kita dapat merealisasikan impian kita sebagai umat yang terbaik lagi diredai Allah S.W.T dengan segala kelapangan hidup.
Ciri-ciri linguistik juga dapat menentukan penggunaan laras bahasa yang berlainan. Dalam sesuatu laras, kita dapat melihat kehadiran unsur kolokasi. Misalnya perkataan tendang dan percuma wujud dalam konteks tersendiri, tetapi apabila kita melihat ungkapan tendangan percuma, maka unsur kolokasi ini hanya hadir dalam laras sukan, khususnya permainan bola sepak. Selain itu, aspek ayat, dari segi binaan, susunan dan panjang pendeknya, menjadikan laras berbeza-beza. Contoh berikut dipetik daripada buku Sejarah Melayu yang memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan ayat-ayat tunggal pendek: Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya, Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada ia menyembah ke Melaka. Aspek keformalan bahasa juga digambarkan melalui pilihan antara ayat aktif dengan ayat pasif. Ayat pasif, misalnya, lebih digunakan dalam laras laporan. Perhatikan contoh berikut:
kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah bahawa gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Yang pastinya ialah setiap laras mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Sebagai pengguna bahasa Melayu, kita hendaklah bijak memilih laras yang sesuai dengan bidang khalayaknya serta situasi bahasanya. Dalam hal ini, kita perlu senantiasa mengingatkan diri agar kerap membaca daripada pelbagai jenis sumber. Dengan adanya amalan membaca, kita dapat mengetahui lebih banyak laras dalam bahasa Melayu untuk digunakan dalam pelbagai situasi yang lebih tepat dan berkesan.
KESIMPULAN
Konklusinya, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan faktor pengguna bahasa Melayu di negara kita telah mempengaruhi kewujudan kelainan bahasa. Selain itu, penggunaan kelainan bahasa akan membentuk implikasi yang berbagai-bagai. Namun begitu, kesan-kesan daripada kelainan bahasa boleh memberi manfaat kepada kita,waima kesan negatifnya nescaya akan menimbulkan kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang baku. Melalui kajian ini, kita harus
sedar akan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita agar kita dapat menggunakan bahasa itu dengan betul. Memang tidak dapat dinafikan pengaruh persekitaran dan perkembangan semasa akan memberi perubahan dalam sesuatu bahasa, tetapi adiwangsa tanah air kita harus memberi sinergi untuk memartabatkan bahasa Melayu kita. Pada masa yang sama, kita perlu ingat bahawa penggunaan bahasa yang baik ketika berkomunikasi mengarah kepada pembentukan peribadi yang luhur. Seperti yang diungkapkan dalam peribahasa, "yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".
BIBLIOGRAFI
Asmah binti Haji Omar. (1988). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa.(1988). Bahasa Melayu dalam Pembinaan: Beberapa Laras Bahasa Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa.(1989). Pembakuan Bahasa Melayu: Falsafah, Sejarah dan aspek-aspeknya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Halliday, M.A.K.(1968). The Users and Uses of Language, dalam Fishman (ed). Readings in the Sociology of Language. The Hague: Mouton.
Nathesan,S. 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. 1989. Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin.1990. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri.1991. Inilah Bahasa Baku. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sumber dalam talian: http://www.jphpk.gov.my/Projection%20Popn%202010. pdf (tarikh capai: Feb 7,2010)
No comments:
Post a Comment