Wednesday, 20 June 2012

PERANCANGAN BAHASA MELAYU-Peter Anak Saweng[diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

PERANCANGAN BAHASA MELAYU

Abstrak
Matlamat utama menjayakan tugasan ini adalah untuk meninjau tentang perancangan bahasa Melayu masa kini dan masa dahulu. Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar utama di kalangan masyarakat pelbagai suku kaum di Malaysia. Senario ini telah memberi impak yang besar kepada bahasa Melayu, terutama dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Malayu. Kertas kerja ini akan menghuraikan tentang perancangan bahasa Melayu di kalangan masyarakat berbahasa Melayu di Malaysia. Kertas kerja ini akan menjurus kepada pembinaan bahasa Melayu dari aspek ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Selain daripada itu kertas kerja ini akan menerangkan tentang sektor – sektor yang terlibat dalam pengembangan bahasa Melayu iaitu selaras dengan tema yang mengatakan bahas dan budaya Melayu dalam konteks negara bangsa. Ini akan diterangkan berdasarkan perancangan korpus.
PENDAHULUAN
Dalam negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa, maka perancangan bahasa adalah amat berguna. Selaras dengan tema kertas kerja ini iaitu " Bahasa Dan Budaya Melayu Dalam Konteks Negara Bangsa " maka perancangan bahasa Melayu ini adalah amat penting demi memantapkan lagi bahasa Melayu dalam penggunaannya di pelbagai bidang. Perancangan bahasa pada keseluruhannya terdiri daripada dua tahap utama, iaitu penentuan dan pembinaan. Istilah perancangan bahasa dikaitkan dengan konsep " bimbingan ", yakin dalam melaksanakan perancangan bahasa aspek bimbingan merupakan aspek yang pasti wujud. Dari itu dapat dikatakan bahawa konsep perancangan bahasa itu dengan sendirinya bertentangan dengan pendapat yang ditimbulkan oleh aliran linguistik tradisional. Pendapat yang dimasyhurkan oleh cogan kata Leave Your Language Alone yang ditulis oleh Robert Halls dan One word is as good as another sudah tidak lagi terpakai sekarang ini.
Sebagai alat komunikasi, alat berfikir dan alat pengwujudan fikiran, maka bahasa dan juga unsur – unsurnya dapat dinilai ( dievaluasi ), diubah, diperbaiki, diganti dan disesuaikan dengan bahasa lain atau unsur – unsur lain. Perancangan bahasa ini seolah – olah merupakan sesuatu yang baru. Sebenarnya usaha merancangkan bahasa itu sudah lama ada, dijalankan di berbagai – bagai Negara. Di kalangan negara – negara yang maju, perancangan bahasa juga sudah
Proses perancangan bahasa di Malaysia boleh di bahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka. Sebelum merdeka perancangan bahasa menjadi sebahagian penting daripada perjuangan kebangsaan orang-orang Melayu. Pada waktu itu pihak kerajaan Inggeris tidak membuat sebarang dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Oleh yang demikian, usaha perancangan bahasa datang daripada keinsafan individu-individu tertentu.
Mereka mengarang buku, menubuhkan pelbagai persatuan dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menegakkan kedaulatan bahasa Melayu. Abdullah bin Abdul Kadir Munshi ialah orang Melayu pertama dan yang paling lantang pada abad ke-19 dalam zaman pemerintahan British) menyatakan pemerhatiannya tentang sikap serta pandangan orang Melayu terhadap bangsa Melayu. Keberaniannya mengkritik orang Melayu tentang sikap dan pandangan mereka terhadap bahasa, dan terhadap kehidupan menyebabkan dia dianggap oleh orang Melayu sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Di samping itu, dia juga dianggap sebagai seorang yang membawa pembaharuan kepada bahasa Melayu.
Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya menyebabkan mereka bertindak memajukan pengajaran bahasa Melayu dan memperjuangkan kedudukannya di dalam masyarakat Semenanjung . Tindakan mereka itu pada dasarnya dapat dibahagikan kepada dua cara: pertama secara perseorangan ,dan kedua melalui pertubuhan-pertubuhan. Dalam kedua-dua cara itu surat khabar Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pendapat dan pandangan mereka terhadap bahasa Melayu. Tulisan mereka menitikberatkan soal keelokan bahasa Melayu dan carakarang-mengarang. Tindakan orang Melayu melalui pertubuhan bermula apabila Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor.
Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan pada tahun 1950, bertujuan untuk mempelajari dan mengubah atau mencipta hal-hal yang berkaitan dengan pengetahuan, kebudayaan dan juga bertujuan untuk menyatukan dan memajukan setiap usaha karang-mengarang, dan bahasa dalam sastera Melayu. Dalam memorandum 1956 itu, ASAS 50 terus memperjuangkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pelajaran. Mereka menganjurkan supaya akhirnya cuma wujud satu jenis sekolah sahaja, rendah, menengah dan tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tokoh – tokoh bahasa Melayu sebelum merdeka ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1796-1854). Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang
Perancangan bahasa di Malaysia secara rasmi telah bermula satu tahun sebelum kemerdekaan apabila Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) merumuskan usul-usul ke arah pembentukan dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, dengan bahasa Melayu sebagai salah satu tonggaknya, iaitu sebagai bahasa penghantar utama. Usul Jawatankuasa Razak berserta usul penegasan Jawatankuasa Rahman Talib (1960) telah dijadikan asas Akta Pelajaran 1961 yang selama puluhan tahun menjadi asas pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan di negara ini; malah Akta Pendidikan 1996 yang menggantiakn Akta Pelajaran 1961 pun dapat dikatakan mengekalkan semangat yang diusulkan oleh Penyata Razak. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Bahasa pada tahun itu juga merupakan usaha perancangan bahasa yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi bagi pembinaan negara. Sehingga kini, sudah hampir setengah abad negara ini membangun dengan berasaskan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi utamanya, terutama dalam bidang pentadbiran dan pendidikan, dan secara beransur-ansur dalam bidang undang-undang dan kehakiman serta swasta. Apabila di dalam Wawasan 2020 diungkapkan gagasan pembinaan negara maju dengan berteraskan acuan sendiri, maka peranan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi pembangunan merupakan salah satu pemenuhan gagasan itu.
Kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk menjelaskan tentang perancangan bahasa Melayu dari aspek ejaaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa, sebutan, dan larasa bahasa serta menjelaskan tentang pengembangan Bahasa Melayu dalam sektor awam, sector swasta dan sektor antarabangsa.
Dalam kertas kerja ini, penulis telah mengambil kira beberapa batasan kajian. Perkara-perkara yang telah menjadi batasan kepada kertas kerja ini adalah penulis akan membincangkan tentang:
i. menjelaskan tentang perancangan bahasa Melayu dari aspek ejaaan, peristilahan, kosa kata,
tatabahasa, sebutan, dan larasa bahasa pembinaan Bahasa Melayu
ii. menjelaskan tentang pengembangan Bahasa Melayu dalam sektor awam, sektor swasta dan sektor antarabangsa.
lama dimulai, dibuktikan oleh wujudnya bahasa yang utama yang sudah lama menjadi bahasa rasmi dan bahasa akademik. Perancangan bahasa merupakan pembinaan bahasa itu dari berbagai – bagai segi linguistik, misalnya dari segi peristilahan, ejaan, tulisan dan sebagainya. cuba dipaksakan ke atas bahasa Melayu . Raja Ali Haji (1809-70), merupakan salah seorang sasterawan yang sezaman dengan Abdullah tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Tan Sri Pendeta Za’ba ( 1895 – 1973), atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Za’ba muncul sebagai seorang cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi.
Definisi Konsep
Selaras dengan tema kertas kerja ini iaitu " Nilai Dan Budaya Melayu Dalam Konteks Negara Bangsa " maka perancancangan bahasa ini adalah amat penting sekali disesuaikan penggunaannya pada masa kini. ‘Perancangan bahasa’ merujuk kepada proses pembinaan dan pengembangan sesuatu bahasa untuk tujuan tertentu. Dalam konteks di Malaysia, perancangan bahasa melibatkan bahasa Melayu yang dirancang untuk menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan pada Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam bentuk undang-undangnya, perancangan bahasa Melayu diasaskan pada Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152), Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan.
Haugen ( 1959 ) telah mendefinisikan perancangan bahasa (language planning) sebagai merangkumi usaha-usaha yang dijalankan oleh pertubuhan atau jawatankuasa tertentu, mencakupi segala usaha yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut untuk penyuburan bahasa dan melibatkan usaha-usaha pembinaan, pengubahsuaian dan pembakuan yang dilakukan kepada sesuatu bahasa yang berkenaan.
PERANCANGAN BAHASA MELAYU
‘Pembinaan bahasa’ merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut korpus bahasanya, iaitu kosa kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa agar dapat bahasa itu memainkan peranan sebagai wahana komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan negara. ‘Pengembangan bahasa’ pula berkaitan dengan usaha memasyarakatkan bahasa yang dibina korpusnya itu kepada para penggunanya dalam sektor perkhidmatan awam, sektor pendidikan, sektor swasta dan sektor antarabangsa. Pembinaan bahasa Melayu sebagai bahasa moden untuk mengisi keperluan pembangunan negara telah dilakukan secara terancang apabila Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956, mula-mula sebagai jabatan kerajaan dan kemudian dengan lulusnya Akta DBP 1959, bertukar tarafnya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan. Pembinaan bahasa yang dikenal juga dengan nama perancangan korpus bahasa dilakukan dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Ejaan
Usaha pengemaskinian sistem ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah tidak selarasnya beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi yang sedia ada sejak tahun 1940-an ialah sistem
ejaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan versi lain yang digunakan oleh pelbagai pihak lain. Sesuai pula dengan semangat penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia untuk memenuhi kerjasama dan persefahaman serantau, sistem ejaan Rumi baharu yang dirasmikan ialah sistem ejaan yang diselaraskan bersama antara Kerajaan Malaysia (melalui Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu) dengan Pemerintah Indonesia (yang diwakili oleh Panitia Kerjasama Kebahasaan), melalui badan rasmi kerjasama kebahasaan antara negara, iaitu Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada tahun 1972.
Pengisytiharan Sistem Ejaan Rumi Baru (di Indonesia disebut sebagai Sistem Ejaan Yang Disempurnakan) berlangsung secara serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Ejaan bersama Malaysia – Indonesia lebih radikal daripada ejaan – ejaan lain keranan mengadakan grafem – grafem baru, iaitu sy dan c untuk menggantikan sh dan ch. Memang dari segi ilmiah sy dan c lebih dapat dipertanggungjawabkan daripada sh dan ch. Ejaan baru ini menimbulkan reaksi – reaksi negative, pertama, dari pihak masyarakat kerana adanya grafem – grafem baru sy dan c, dan kedua dari pihak pencetak yang berpendapat bahawa pemisahan partikel – partikel yang terdiri daripada satu suku kata seperti di, ke, lah, kah dan tah tidak menghasilkan tipografi yang baik. Ejaan Bersama Malaysia – Indonesia itu mengambil sikap yang baik dan menguntungkan dalam mengizinkan adanya konsonan rangkap yang tidak ada dalam bahasa Melayu seperti :
pr projek, proses
st, rd standard
ns sains
ks kompleks, teks
Pengambilan konsonan rangkap ini menguntungkan kerana memudahkan kita memasukkan istilah-istilah asing ke dalam bahasa Melayu. Misalnya, jika proses dan projek harus dieja sebagai peruses dan perojek, maka satu waktu nanti orang akan menyangka bahawa kata – kata itu dibentuk dar awal pe- dengan kata dasar roses atau rojek. Dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sejumlah buku dan risalah, antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan – Jawi (2001).
Ejaan Universiti Malaya mempunyai peraturan yang tegas tentang penulisan partikel di, ke, lah, tah, kah dan pun yang sama peraturan Ejaan Cadangan. Di dan ke digandingkan kepada kata – kata yang mengikutinya kecuali jika kata itu dimulai dengan huruf besar. Dalam hal ini di dan ke
ejaan Za`ba, tetapi kemudian ada pula sistem ejaan Universiti Malaya, sistem dipisahkan daripada kata itu tanpa menggunakan sempang, misalnya:
dirumah di Kuala Lumpur
kerumah ke Kuala Lumpur
Tentang partikel pun diakui adanya dua macam pun. Pertama pun yang merupakan bahagian organk daripada kata – kata yang mendahuluinya dan dari itu disambungkan kepada kata – kata itu. Kata – kata yang seperti itu adalah kata tugas dan hanya berjumlah sembilan semuanya iaitu :
walaupun bagaimanapun
sungguhpun sekalipun
mahupun meskipun
lagipun ataupun
begitupun
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Peristilahan
Usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu untuk mengisi peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di negara ini telah bermula pada tahun 1957, dengan dua bidang terawalnya Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan Teknik. Sehingga kini, istilah yang terhasil dalam bahasa Melayu hampir mencecah jumlah 1 juta dan meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional. Seluruh peringkat dalam sistem pendidikan negara telah pun memanfaatkan penggunaan istilah yang digubal untuk penyampaian dan pengembangan ilmu kepada pelajar semua peringkat itu. Keperluan terhadap istilah-istilah baharu dalam bidang tertentu dan keperluan terhadap istilah bidang ilmu dan profesional yang baharu terus-menerus ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pakar-pakar ilmu yang sebilangan besarnya terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya di peringkat sekolah. Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan penggubalan istilah, menyususn glosari dan kamus istilah serta mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing. Dalam usaha memperluas sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka sudah pun merancang dan memulakan gerak langkah meliibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing, iaitu sebagai peningkatan dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama ini. Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan terancang itu, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup pesat dan diharapkan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kosa Kata
Usaha merakamkan kekayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu secara terancang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bermula sejak awal tahun 1960-an. Namun lama sebelum itu kekayaan kosa kata bahasa Melayu telah dirakamkan oleh para sarjana asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar dan kamus, misalnya Daftar Kata Melayu – Cina (abad ke-15), Kamus Melayu – Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, Kamus Melayu – Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictionary of the Malay Language oleh Marsden pada tahun 1821, dan beberapa buah kamus lain oleh R.J. Wilkinson (1901, 1908, 1932), W.G. Shellabear (1902, 1916) dan R.O. Winstedt (1913). Usaha pertama Dewan Bahasa dan Pustaka yang bermula pada tahun 1964 terhasil pada tahun 1970 dengan terbitnya Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa bahasa Melayu yang dianggap berwibawa sebagai rujukan. Untuk pelajar sekolah menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975, sementara untuk pelajar sekolah rendah disusun dan diterbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 dan pada tahun 2002 ini dijangka terbit edisi baharunya dengan judul Kamus KBSR Dewan. Kamus ekabahasa bahasa Melayu yang dirancang memuatkan 67,000 entri, iaitu Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan sedang disusun dan dirancang terbit pada tahun 2007. Untuk keperluan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (1979, edisi kedua 2001)), Kamus Inggeris - Melayu Dewan (1991), dan Kamus Inggeris – Melayu Dewan Edisi Ringkas (1995). Kamus yang sedang disusun dan dijangka terbit pada tahun 2007 ialah Kamus Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris.
Kamus dwibahasa lain yang telah terbit ialah Kamus Perancis – Melayu (1996) dan kini sedang diusahakan edisi keduanya. Yang sedang disusun ialah Kamus Bahasa Mandarin – Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Tamil – Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Thai – Bahasa Melayu dan Kamus Bahasa Khmer – Bahasa Melayu.Kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pula telah menjangkau jumlah 24 judul setakat ini dan banyak lagi yang dalam proses penerbitan dan penyusunan. Menurut kajian yang telah dibuat tentang kepustakaan kamus Melayu di Malaysia, setakat ini tidak kurang daripada 552 judul kamus telah diterbitkan oleh pelbagai penerbit di negara ini. Untuk memastikan pengembangan bahasa Melayu yang lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama swasta telah menerbitkan kamus elektronik, iaitu Kamus Telapak BESTA DBP-1 (1998) dan Kamus Pena Quicktionary (2000). Dalam peristilahan ada dua sikap dalam menghadapi masalah konsonan rangkap pada lingkungan akhir kata dalam istilah – istilah yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu. Sikap
Jika sikap ini dijadikan pedoman, maka tiap–tiap konsonan rangkap pada lingkungan akhir kata akan diusahakan ketiadaannya dengan salah satu daripada dua cara yang berikut :
( i ). Dengan menghilangkan salah satu daripada konsonan – konsonan dalam rangkap itu.
( ii ). Dengan menyisipkan salah satu vokal di antara konsonan – konsonan dalam rangkap yang berkenaan.
Penghilangan konsonan yang pertama atau kedua itu didasarkan kepada " sedapnya pengucapan ". Dari itu kita dapati contoh – contoh seperti berikut :
( a ). Yang memperlihatkan penghilangan komponen pertama
Uniform - uniform
Modern - moden
( b ). Yang memperlihatkan penghilangan komponen kedua
Communist - komunis
Accountant - akauntan
Novelist - nobelis
Cara kedua juga diwujudkan dengan menyisipkan vokal e-pepet atau a antara konsonan – konsonan dalam sesuatu rangkap itu. Penyisipan vocal e- pepet itu didasarkan kepada fonetik pembunyian rangkap dalam bahasa Inggeris. Misalnya :
Commuinism - komunisme
Film - filem
Sikap adaptif yang dimaksudkan di sini adalah sikap yang menyesuaikan keadaan dengan keperluan. Jika diperhatikan konsonan rangkap yang ada pada istilah – istilah pinjaman dalam bahasa Melayu, maka dapatlah kita masukan rangkap – rangkap itu ke dalam golongan – golongan ini :
( i ). Likuida + K ( K )
( ii ). Sibilan + K ( K )
( iii ). Nasal + K ( K )
( iv ). Plosif + K ( K )
K dalam pola di atas itu boleh berdiri untuk mana – mana konsonan. Perkataan pertama, likuida + K ( K ), dapat diperincikan lagi berdasarkan konsonan yang mewaklili likuida itu, r atau l. Dengan demikian, daripada pola ini dapat dilihat ada dua jenis rangkap yang likuidanya terdiri daripada r.
Contoh :
( i ). Lp, ik, lm, lt,
( ii ). Rp, rk, rm, rt, rs, rf
Dalam pola kedua sibilant diwakili oleh s, th dan f. Dari itu, terdapat rangkap
( i ). Sp, st, sk, sm
( ii ). thm
( iii ). ft
Nasal dalam pola ketiga diwakili oleh m dan n. Konsonan n dalam lingkungan ini jauh lebih tinggi kekerapannya daripada m. Rangkap – rangkap yang mencontohkan pola ini adalah seperti berikut :
( i ). mb, mp, mf
( ii ). nt, nd, ns, nk
Plosif dalam pola keempat diwakili oleh k, p. Dari itu terdapatlah rangkap – rangkap seperti di bawah ini :
( i ). kt, ks
( ii ). pt
Andaikata keutuhan rangkap itu diutamakan, dan di samping itu ada penyelesaiannya yang tidak merosakkan sistem fonologi Melayu, maka apakah salahnya jika cara ini diikuti. Dan cara itu ialah dengan meletakkan a pada akhir rangkap itu misalnya :
( i ). Lp : culp - kulpa
( ii ). Lk : calc - kalka
( iii ). Lm : culm - kulma
( iv ). Rk : spark - sparka
( v ). Rp : schizocarp - skizokarpa
( vi ). Rm : norm - norma
Daripada contoh itu didapati bahawa dalam peristilahan Malaysia sekarang tidak semua konsonan rangkap yang disenaraikan di atas diberi vokal a pada akhirannya dalam usaha mempertahankan keutuhan bentuknya dalam bahasa Melayu.
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Tatabahasa
Tatabahasa Melayu sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan proses pembinaan kata dan ayat telah menjadi perhatian dan kajian sarjana Eropah, iaitu Belanda dan Inggeris sejak abad ke-17. Usaha penyusunan tatabahasa Melayu yang meninggalkan kesan dan pengaruh yang cukup besar ialah yang dilakukan oleh Pendeta Za`ba. Karyanya yang berjudul Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga jilid telah membantu memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi rujukan utama dalam sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ejaan Rumi baharu sebagai buku edisi mewah. Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Sebutan
Usaha membakukan sebutan bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan dirumuskan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1984 telah mula menggerakkan perumusan sebutan baku yang berasaskan rumusan Kongres dan bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu di sekolah pada tahun 1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahan terbitan yang telah dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya termasuklah Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa Melayu (berserta kaset) dan DaftarKata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi.
Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Laras Bahasa
Laras bahasa berkaitan dengan pelbagai bentuk penggunaan bahasa menurut bidang-bidang khusus misalnya bahasa dalam bidang undang-undang, bahasa dalam bidang sains, bahasa dalam bidang kewartawanan, bahasa dalam bidang pentadbiran dan sebagainya. Pengayaan laras bahasa Melayu dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan juga penerbitan karya kreatif. Dari permulaan pembabitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penerbitan, hampir 10,000 judul buku telah berhasil diterbitkan. Daripada koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (1966 – 2001), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai buku yang didaftarkan di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966. Walaupun jumlah lebih seratus ribu judul itu turut merangkum buku dalam bahasa lain, 60,474 judul merupakan terbitan dalam bahasa Melayu.
– sikap ini adalah sikap konservatif dan sikap adaptif. Sikap konservatif bererti sikap yang betul – betul mematuhi sistem fonologi Melayu yang murni, yakni sistem fonolog Melayu yang belum terpengaruh oleh fonologi bahasa – bahasa asing. – rangkap seperti berikut : Baharu (1993). Selain itu, banyak buku dan risalah tatabahasa lain yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain. Mulai tahun 2001, Dewan Bahasa dan Pustaka telah merancang penyusunan Tatabahasa Praktis Bahasa Melayu untuk menjadi rujukan masyarakat umum. Sesuai dengan keperluan semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan Universiti Multimedia telah menerbitkan CD-rom Tatabahasa Melayu yang interaktif sifatnya dan dirancang pelancarannya oleh Canselor Universiti Multimedia dalam bulan Julai 2002. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka turut menerbitkan sejumlah buku tatabahasa lain, antaranya yang luas digunakan oleh pelajar di pusat pengajian tinggi termasuklah Nahu Melayu Mutakhir oleh Prof. Asmah Haji Omar. PENGEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu
Pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui program pengembangan di sektor awam, pengembangan di sektor swasta dan pengembangan di sektor antarabangsa.
Pengembangan bahasa Melayu di sektor awam
Pengembangan dalam sektor ini meliputi usaha mengadakan kursus, ceramah, forum dan seminar bahasa kebangsaan, pembentukan pegawai bahasa di setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, program Munsyi Dewan (pengembang bahasa daripada kalangan guru di seluruh negara), khidmat nasihat bahasa, penghargaan dan pengiktirafan (seperti anugerah dan hadiah kepada tokoh ilmuwan bahasa, tokoh pejuang bahasa, tokoh penulis karya ilmiah dalam bahasa Melayu dsb.), pemantauan penggunaan bahasa di tempat awam, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Usaha pengembangan bahasa Melayu di sektor awam meliputi kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam. Daripada penilaian yang dibuat, terdapat kemajuan yang nyata tentang darjah keluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi jentera pentadbiran kerajaan dan juga tentang mutu bahasa yang digunakan tetapi masih perlu terus ditingkatkan usaha pemantapannya.
Pengembangan bahasa Melayu di sektor swasta
Usaha dalam sector ini dimulakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1996 melalui Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta. Empat bidang utama diberi tumpuan perhatian, iaitu Perdagangan Dalam Negeri, Industri Khusus, Industri Perkhidmatan Kewangan dan Media Massa. Dalam setiap bidang utama itu, terdapat beberapa subbidang hingga akhirnya terdapat lebih 10 bidang yang ditangani untuk mengembangkan bahasa kebangsaan dalam sektor swasta.
Di bawah Perdagangan Dalam Negeri, terdapat subbidang Kompleks Beli-Belah, Perniagaan Francais, Produk Makanan dan Minuman, dan Telekomunikasi, Elektrik dan Elektronik. Di bawah Industri Khusus, terdapat subbidang Perhotelan dan Penginapan, Pengiklanan, dan Pengangkutan Awam. Di bawah Industri Perkhidmatan Kewangan terdapat subbidang Perbankan, Syarikat Kewangan dan Insurans. Di bawah Media Massa, terdapat Media Elektronik Kerajaan, Media Elektronik Swasta dan Pengeluaran Filem, Video dan Muzik. Antara program yang dilaksanakan termasuklah kempen 
penggunaan bahasa kebangsaan, pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di sektor swasta, khidmat nasihat bahasa, anugerah dan penghargaan, peraduan, khidmat pengeditan dan penerjemahan dokumen perniagaan dan kursus bahasa. Sejak digerakkan pada tahun 1996, secara beransur-ansur telah tampak kepekaan pihak swasta tertentu untuk ikut serta melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Usaha yang berterusan dan intensif sedang diperhebat.
Pengembangan bahasa Melayu di sektor antarabangsa
Kegiatan bermula dengan kerjasama antara negara Malaysia dengan Indonesia apabila termeterai Pernyataan Bersama Pemerintah Indonesia dan Kerajaan Malaysia pada 23 Mei 1972 dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia dan Menteri Pelajaran Malaysia sebagai wakil kedua-dua buah negara. Pernyataan Bersama itulah yang menjadi asas terbentuknya Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) pada tahun yang sama untuk melaksanakan penyelarasan sistem ejaan Rumi dan peristilahan antara kedua-dua buah negara. Pada tahun 1985, majlis tersebut diperluas keanggotaannya dengan masuknya Brunei Darussalam dan namanya berubah menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia (MABBIM). Republik Singapura menjadi anggota pemerhati sejak tahun 1983. Dengan tertubuhnya MABBIM, kekuatan bahasa Melayu di peringkat serantau semakin menyerlah kerana perkongsian kepakaran di peringkat supranasional dapat dilakukan, khususnya dalam bidang ilmu.
Sejak tahun 1999, MABBIM telah merancang peluasan skop kerjanya daripada kerjasama ejaan dan peristilahan kepada penelitian dan penyusunan serta penerbitan karya ilmiah.
Dalam meningkatkan citra bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Sasaran Kerja Utama 1996 – 2000 telah memasukkan program pengantarabangsaan bahasa Melayu sebagai salah satu tumpuan. Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dalam tahun 1997 dan pada tahun 2000 telah dilancarkan penubuhan majlis tersebut dengan dihadiri oleh wakil dari 21 buah negara di seluruh dunia. MABM telah menggariskan empat bidang utama gerak kerjanya, iaitu Kegiatan, Peneletian dan Penerbitan, Hal Ehwal Pengajaran dan Anugerah dan Pengiktirafan.
Bidang Kegiatan antara lain meliputi Program Pertukaran Tenaga Pengajar dan Pelajar, Pelbaga Pertandingan/Peraduan, Khemah Bahasa, Program Lawatan Sambil Belajar, Promosi Bahasa dan Persuratan.
Melalui Pameran dan Minggu Bahasa Melayu. Bidang Penelitian dan Penerbitan antara lain meliputi Penyelarasan Penyelidikan tentang Pelbagai Aspek Linguistik dan Persuratan Melayu di Semua Pusat Pengajian Melayu
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, proses perancangan bahasa ini adalah terbit daripada falsafah yang menganggap bahawa bahasa itu adalah lakuan manusia yang serupa dengan alat. Sesuatu alat boleh dirancangkan untuk diperbaiki, dan sesuatu alat itu boleh diperbaiki dari segi ejaannya, tatabahasanya, istilahnya, dan penggunaan bahasa itu secara umumnya untuk menjadi lebih efisien. Ini berpandukan kepada norma ideal yang telah dikenal pasti dan dikodkan. Negara Malaysia, memang terlibat secara langsung di dalam hal ini untuk lebih daripada tiga puluh tahun lalu. Sebenarnya usaha merancangkan bahasa Malaysia ini berlaku begitu pesat sekali sehingga menimbulkan banyak perubahan kepada bahasa Malaysia. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul.
Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut. Jadi, dapat kita lihat bahawa perancangan bahasa melibatkan usaha mengumpulkan data daripada penyelidikan baik dari segi bahasa atau budaya bahasa dan membentuk rancangan yang mungkin dilakukan, dan membuat rancangan awal yang diperlukan dalam menentukan keputusan mengenai pemilihan dan pembentukan dasar bahasa. Usaha-usaha ini dilakukan setelah sebuah bahasa itu telah dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Ini memperlihatkan keupayaan dan kejayaan bahasa Melayu sebagai wahana tamadun moden bagi bangsa dan negara, khususnya dalam konteks pencapaian kemajuan dengan berasaskan acuan sendiri. Bukanlah semua kejayaan itu sudah cukup memuaskan dan bukan pula tiada kekurangan dan masalahnya. Namun segala kekurangan yang masih ada menjadi tanggungan kita mengatasinya dan dengan kepercayaan bahawa ikhtiar mesti dijalankan terus, yakinlah kita bahawa kekurangan di sana sini itu tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk mengurangkan, apatah lagi meminggirkan peranan bahasa Melayu dalam proses pembinaan negara. Proses
Sedunia dan Penerbitan Jurnal, Monograf, Buku dan Bahan Terbitan Elektronik tentang Bahasa dan Persuratan Melayu. Bidang Hal Ehwal Pengajaran antara lain meliputi Penyediaan Sukatan Kursus Bahasa Melayu untuk Penutur Asing Pelbagai Peringkat, Penyediaan Bahan Ajar, Penyediaan Ujian Setara, dan Penyediaan Pengujian dan Penilaian. Akhirnya, bidang Anugerah dan Pengiktirafan meliputi Penghargaan kepada Tokoh Pengembang Bahasa Melayu di Peringkat Antarabangsa, Penghargaan kepada Pelajar Terbaik Bidang Pengajian Melayu di Luar Negara, Penghargaan kepada Institusi Pengembang Bahasa Melayu di Luar Negara dan Biasiswa serta Geran.
pembinaan negara dengan berasaskan dasar-dasar negara seperti Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,di samping Dasar Ekonomi Baharu, Dasar Kebudayan Kebangsaan, Dasar Perkongsian Kuasa Politik dan yang lainnya sejak kemerdekaan ternyata telah berjaya meletakkan negara pada tahap yang cukup membanggakan. Dasar-dasar tersebut, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan akan tetap relevan dan ampuh untuk kelangsungan tamadun bangsa dan negara ini selanjutnya dan menjadi kesilapan besar apa-apa percubaan untuk melemahkan apatah lagi merobohkannya. Pada zaman moden, dengan penduduk yang mempunyai ilmu yang bertambah, dan peringkat intelektual yang meningkat, bahasa yang baku yang mungkin tidak begitu penting untuk kesusasteraan, adalah semakin penting dan diperlukan untuk ilmu.
Jelas pada kita bahawa usaha-usaha ini, dilakukan demi meningkatkan keupayaan bahasa-bahasa tersebut supaya dapat mengungkapkan budaya ilmu yang semakin meningkat. Ini telah dilakukan dalam usaha perancangan kebudayaan yang lebih luas. Setiap masa ilmu dan budaya sesuatu bangsa itu berkembang dan memerlukan bahasa yang lebih mampu dan anjal untuk menampung perkembangan budaya tersebut.
Dengan usaha-usaha ini perancangan bahasa telah lahir. Manusia telah meletakkan nilai tertentu untuk bahasa dan merancangkan langkah-langkah untuk membolehkan semua penutur menurutinya. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pelbagai pihak sedang memperbanyakkan perisian komputer dan karya dalam bentuk digital dan elektronik dalam bahasa Melayu untuk membantu pencapaian misi negara dalam mengejar kemajuan pada era globalisasi.
BIBLIOGRAFI
Asmah Haji Omar (1993). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1999). Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1993). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan (1995). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mangantar Simanjuntak (1982). Aspek Bahasa dan Pengajaran.
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Syarikat Percetakan Bintang Baru Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Mahmood (1993). Betulkan KESALAHAN Bahasa Anda Kuala Lumpur : Ensimal ( M ) Sdn. Bhd.
Hashim Musa (1997). Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/09/perancangan-bahasa. html
Laporan Tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka


Kuala Lumpur ; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment