Thursday, 28 June 2012

MEMPERKASA BAHASA MEMARTABATKAN BANGSA-Ahmad Salehin Shaari [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan bahasa Melayu dan hubungannya dengan pembinaan sebuah negara bangsa. Persoalan pembinaan satu bangsa Malaysia merupakan persoalan paling penting yang terus menjadi agenda utama negara dalam sistem pendidikan dan penyatuan bangsa Malaysia. Halangan–halangan yang dihadapi oleh bahasa Melayu dan langkah-langkah pemerkasaannya dalam memartabatkan bangsa Malaysia menjadi bangsa yang bermaruah dan dihormati merupakan perkara utama yang dihuraikan dalam penulisan ini. Perbincangan mengenai konsep negara bangsa di Malaysia merupakan satu perkara baru, maka melalui kajian ini diharapkan akan dapat mewujudkan rasa penghayatan dan kesedaran kepada pembaca tentang betapa perlunya sebuah negara bangsa Malaysia diwujudkan. Penghayatan dan kesedaran daripada setiap individu terhadap bahasa Melayu merupakan asas yang paling penting untuk mewujudkan rasa kekitaan dan kesetiaan terhadap negara. Perbezaan agama, kepercayaan, ideologi dan budaya boleh menjadi penyebab kepada perpecahan dan perbalahan kaum, jika tidak ditangani dengan bijaksana dan berhemah. Jelas sekali, bahasa Melayu berfungsi dalam memperteguh perpaduan bangsa Malaysia.
PENDAHULUAN
Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai sebab untuk terus kekal mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ekonomi, bahasa sastera, bahasa budaya, bahasa ilmu dan bahasa pendidikan, serta menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Bahasa Melayu sememangnya sudah terbukti sebagai bahasa supranasional. Sehubungan itu, takrif penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi amat jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152. Di Malaysia , masalah berkaitan pembinaan bangsa masih lagi menjadi isu besar dan memerlukan strategi dan tindakan pelaksanaannya yang lebih mapan, berterusan dan kemas kini agar usaha melahirkan sebuah bangsa Malaysia dapat direalisasikan bangsa di sini bermakna pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu, bersefahaman dan kukuh dengan semangat patriotiknya. Menurut Kamus Dewan (1994: 924), negara bangsa didefinisikan sebagai negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara-bangsa pula adalah merupakan satu proses mewujudkan 
Kajian ini membincangkan kaedah-kaedah memperkasa bahasa Melayu yang semakin lesu dan tidak setaraf dengan fungsinya sebagai bahasa rasmi di sisi Perlembagaan negara dengan mengaitkan hubungan dan kesan pemerkasaan bahasa Melayu terhadap pembinaan sebuah negara bangsa .
Kajian ini diharapkan akan dapat mewujudkan rasa penghayatan dan kesedaran kepada pembaca terutamanya khalayak mahasiswa tentang betapa pentingnya peranan bahasa Melayu dalam mewujudkan rasa kekitaan dan kesetiaan warganya terhadap negara.
Dalam membuat kertas kerja ini, pengkaji telah mengkaji tajuk yang diberi dari sudut usaha-usaha memperkasa bahasa Melayu yang sewajarnya dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pihak Berkuasa Tempatan, pihak swasta serta peranan yang perlu dimainkan oleh setiap rakyat dalam menuju visi dan misi ke arah memartabatkan bangsa.
Mengekalkan Bahasa dan Bangsa yang Merdeka
Bahasa Melayu diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Malaysia. Selain dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi utama dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka. Pada masa yang sama, keutamaan bahasa Melayu juga ditetapkan sebagai syarat untuk menjadi warganegara Malaysia. Keistimewaan kedudukan bahasa Melayu bermula apabila rang Perlembagaan yang dipinda telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957.
Jumlah penutur yang menuturkan bahasa Melayu harus sama dengan jumlah penduduk Malaysia. Hal ini demikian kerana penutur bahasa Melayu yang banyak dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang utama di Malaysia. Selain itu, jumlah penutur bahasa Melayu yang banyak dapat membuktikan tahap kecintaan bangsa Malaysia terhadap bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan.
semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dalam kalangan semua penduduk sesebuah negara. Memperkasa bahasa kebangsaan menjadi fokus utama dalam pembinaan dan pembentukan Negara Bangsa yang berasaskan acuan sendiri, di kala cabaran era globalisasi dan dunia tanpa sempadan pada hari ini.Ini kerana hari ini, globalisasi semakin hari semakin memperlihatkan kesan-kesan yang membimbangkan kepada keutuhan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Perpaduan kaum mudah terancam sekiranya rakyat di negara ini mengetepikan bahasa kebangsaan. Perbezaan agama, kepercayaan, ideologi dan budaya boleh menjadi penyebab kepada perpecahan dan perbalahan kaum, jika tidak ditangani dengan bijaksana dan berhemah. Jelas sekali, bahasa Melayu berfungsi memperteguh perpaduan bangsa Malaysia.
Justeru, dalam usaha menggalakkan penutur yang lebih banyak dalam menggunakan bahasa Melayu dalam konteks rasmi dan bukan rasmi, beberapa langkah perlu dilaksanakan. Antaranya, pertama, mengekalkan syarat keperluan bahasa Melayu kepujian pada peringkat SPM untuk memohon pekerjaan sebagai kakitangan perkhidmatan awam di Malaysia. Kakitangan sektor awam yang terlepas memiliki syarat ini pada peringkat sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia harus diwajibkan memperoleh kelayakan bahasa Melayu sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Namun begitu, syarat keperluan bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris diletakkan sebagai syarat kedua yang diutamakan. Syarat boleh bertutur dalam bahasa Melayu perlu perlu dilaksanakan dalam kalangan pekerja asing yang bekerja di Malaysia
Profesional yang Menguasai Bahasa Melayu
Pihak berkuasa perlu menetapkan syarat keperluan kepada golongan profesional untuk meningkatkan kemahiran penulisan profesional dalam bahasa Melayu. Golongan profesional, terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang akademik, harus menguasai kemahiran penulisan profesional bagi tujuan menghasilkan buku ilmiah dalam bahasa Melayu, khususnya yang memuatkan hasil penyelidikan mereka untuk disebarluaskan kepada umum. Penetapan syarat ini perlu dilaksanakan supaya golongan profesional turut berasa cinta akan bahasa kebangsaan mereka, selain untuk tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Selain itu, usaha ini dapat membantu meningkatkan jumlah pengguna bahasa Melayu di peringkat tinggi, khususnya dalam kalangan intelek. Pada masa yang sama, buku yang dihasilkan dengan berdasarkan pengkhususan dan kepakaran bidang masing-masing turut membantu meningkatkan jumlah buku bacaan dan rujukan di Malaysia.
Mewujudkan Laman Web dalam Bahasa Melayu
Pihak yang dipertanggungjawabkan harus menyegerakan kewujudan laman web bahasa Melayu pada peringkat negara yang merangkumi bidang sains dan sastera. Maklumat perlu disebarkan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan memberikan fokus kepada pengguna di Malaysia dan di negara-negara di Asia khususnya, dan dalam bahasa Inggeris untuk pengguna pada peringkat dunia. Dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, penyebaran bahasa Melayu dapat dirancakkan ke seluruh dunia dengan kadar yang lebih cepat dan terkini.
Penggalakan Penerbitan berbahasa Melayu
Langkah seterusnya yang perlu diambil adalah dengan menggalakkan penerbitan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang sains, teknikal, dan sains sosial. Penerbitan buku dalam bahasa Melayu dalam bidang ini perlu digiatkan yang merangkumi buku dalam kategori penulisan kreatif dan bukan kreatif. Semua hasil penerbitan buku ini perlu disebarkan ke seluruh negara , iaitu di sekolah, kolej dan universiti, perpustakaan negeri, daerah dan perpustakaan bergerak, serta di kedai buku di bandar dan di luar bandar. Penyebaran buku yang menyeluruh dapat memasyarakatkan buku tersebut, di samping dapat meningkatkan tahap bacaan dalam kalangan rakyat Malaysia seluruhnya. Bagi memastikan rakyat Malaysia membaca buku-buku yang telah diterbitkan dalam bahasa Melayu, syarat keperluan perlu ditetapkan. Antaranya, untuk semua pegawai kerajaan, kerajaan perlu mewujudkan slot resensi buku dalam bahasa Melayu sesuai dengan tahap profesionalisme pegawai yang terlibat dalam penilaian tahap kecekapan (PTK) pada peringkat negara. Hal yang sama perlu juga dilaksanakan dalam kalangan pegawai sektor swasta. Bagi golongan pelajar, syarat keperluan ini perlu dimasukkan dalam ujian lisan Bahasa Melayu di sekolah, kolej dan universiti.
Kempen Bertutur dalam bahasa Melayu
Kempen menggalakkan penuturan bahasa Melayu pada semua peringkat tanpa mengabaikan bahasa Inggeris perlu dilaksanakan. Penutur dewasa yang masih kurang fasih berbahasa Melayu digalakkan mengambil kursus kecekapan bahasa Melayu mengikut keutamaan dan kesesuaiannya. Dengan bertambahnya bilangan penutur berbahasa Melayu, usaha memasyarakatkan bahasa Melayu pada peringkat negara, Asia dan dunia akan terlaksana, sekali gus membantu memantapkan kedudukan bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa yang kukuh dan perkasa di dunia. Namun begitu, sehingga kini Malaysia masih menghadapi masalah pembentukan jati diri rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Masalah ini dikenal pasti berpunca daripada sikap individu atau kelompok masyarakat yang terbabit.
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Pada peringkat kebangsaan, bagi memastikan bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa ilmu dan bahasa penghantar dalam sistem pendidikan negara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mencipta tidak kurang daripada satu juta istilah dalam pelbagai bidang ilmu dan disebarluaskan kepada masyarakat pengguna. Antara usaha lain dalam konteks pembinaan bahasa yang telah diusahakan ialah penyusunan dan penerbitan kamus-kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus 
Pengembangan Korpus
Korpus bahasa yang dibina disebarluaskan untuk penggunaan masyarakat ke seluruh negara melalui penerbitan bahan yang berkenaan dan juga penghasilan buku dalam pelbagai peringkat dan genre dengan memanfaatkan ratusan ribu istilah yang digubal. Selain buku dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk buku teks sekolah dan buku umum, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu serta Ensiklopedia Sains juga berjaya dihasilkan. Sehingga kini, DBP telah menerbitkan tidak kurang daripada 10,000 buku dalam pelbagai bidang ilmu dan peringkat sasaran.Usaha pengembangan bahasa digiatkan dengan menyediakan khidmat nasihat bahasa (KNB) kepada karyawan sektor awam, sektor swasta, serta masyarakat umum, menganjurkan kursus kemahiran berbahasa, melahirkan Munsyi Dewan, memantau dan menegur penggunaan bahasa dalam media massa dan di tempat awam , menterjemahkan dokumen rasmi ke dalam bahasa Melayu , menyebarkan pedoman dan risalah tentang penggunaan bahasa , dan memberikan anugerah serta pengiktirafan kepada institusi dan individu yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Penghebahan maklumat bahasa, sastera, dan penerbitan terus diperhebat dengan tertubuhnya Unit Radio pada Ogos 2004, dan terbitnya sisipan bulanan dalam akhbar Berita Harian.
Pengembangan Bahasa Melayu pada Peringkat Antarabangsa
Dengan tertubuhnya MABM (Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu) pada 21 Ogos 2000, maka DBP yang ditubuhkan untuk memartabatkan bahasa Melayu berperanan untuk menyelaraskan kegiatan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa yang mencakup kerja perancangan dan pelaksanaan kegiatan, penyelidik, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing, dan penggalakan serta pengiktirafan. Melalui MABM, bilangan negara yang ingin menjalinkan kerjasama kebahasaan dengan DBP semakin bertambah, antaranya Thailand, Rusia, Korea, dan Australia dan China.
istilah, penyusunan dan penerbitan daftar ejaan rumi dan jawi, penyusunan dan penerbitan buku cakera padat tatabahasa pegangan dan rujukan, serta penyusunan dan penerbitan pelbagai bahan pedoman bahasa dalam bentuk risalah,buku kecil, dan sisipan akhbar. Sesungguhnya, pedoman dan bahan rujukan yang dihasilkan, terutamanya Kamus Dewan, Tatabahasa Dewan dan juga istilah dalam pelbagai bidang ilmu merupakan antara unsur penting yang membantu memantapkan serta menyeragamkan bahasa Melayu menjadi bahasa moden, bahasa yang terbukti berupaya mengungkapkan pelbagai bidang ilmu secara ekspresif dan dapat memartabatkan bangsa.
Penubuhan Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan (JKIMBK)
Bagi mengatasi kemelut di atas dan untuk memperkasa bahasa kebangsaan, sebuah jawatankuasa yang dinamai Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan (JKIMBK) ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Pelajaran, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Menteri Penerangan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Ketua Setiausaha ketiga-tiga kementerian, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Ketua Pengarah DBP, Ketua Pengarah PNM, Ketua Pengarah ITNM, Ketua 1 GAPENA, Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan dan pejuang serta aktivis bahasa. Mesyuarat pertama jawatankuasa ini berlangsung pada 2 Mac 2006 dan agenda utamanya ialah merancang dan melaksana langkah-langkah memperkasa bahasa Melayu.
Memartabatkan Bangsa
Bahasa juga amat rapat dengan pemikiran dan hati budi sesebuah masyarakat. Masyarakat yang maju dari segi peradabannya iaitu yang mempunyai sistem politik, pemerintahan, ekonomi, pentadbiran, perundangan, pertahanan, pendidikan, ilmu , sains , teknologi, dan komunikasi yang canggih, mempunyai sistem bahasa dan persuratan yang Tinggi dan canggih juga.
Bahasa merupakan wadah dan wahana peradaban, dan peradaban dicorakkan dan diwarnai oleh sistem bahasa dan persuratannya. Suasana dan keadaan alam pemikiran dan ilmu pengetahuan sesebuah masyarakat sangat rapat kaitannya dengan keadaan bahasanya. Oleh yang demikian penggunaan bahasa tempatan sendiri sebagai wadah dan wahana ilmu pengetahuan, sains, teknologi, pendidikan, persuratan dan pentadbiran negara dapat mengolah, membentuk dan mewarnakan seluruh pencapaian, kemajuan dan ketinggian peradabannya dalam acuan budaya tempatan sendiri. Ini akan membina kekuatan dalaman dan dan keyakinan diri yang mampu memupuk pula jati diri, maruah dan rasa kebanggaan kepada elemen budaya dan masyarakat kita sendiri. Inilah bibit-bibit yang akan dapat membina semangat kekitaan atau esprit de corps dan patriotisme dalam kalangan rakyat jelata yang boleh menuju ke arah pembentukan keutuhan masyarakat dan budayanya, demi pembangunan ke arah negara maju. Inilah peranan yang mesti dan boleh dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, sains, teknologi dan bahasa penyatuan rakyat dan negara Malaysia. Masyarakat dan warga negara Malaysia yang berbilang kaum, kumpulan etnik, budaya, agama dan bahasa tidak mungkin dapat membentuk satu kebudayaan kebangsaan Malaysia yang homogen, seperti yang diharapkan oleh negara.Sesungguhnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dirancang telah gagal kerana golongan bukan Melayu telah menolaknya sejak
Sistem Pendidikan Negara
Dunia tanpa sempadan memberikan laluan kepada pengaliran maklumat yang melimpah-limpah kepada semua bangsa di dunia ini, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Namun sebahagian besar ilmu ini disebarkan dengan menggunakan bahasa Inggeris. Ilmu sains, teknologi maklumat dan komunikasi dilihat begitu penting sekali demi kelangsungan tamadun bangsa sehinggakan bahasa Inggeris diberikan keutamaan di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Jika sebelum 2003, mata pelajaran sains dan matematik diajarkan kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti dalam bahasa kebangsaan, namun tuntutan globalisasi telah mengubah keadaan ini. Sejak 2003, mata pelajaran sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris. Namun, setelah 9 tahun dilaksanakan dan 5 bilion ringgit dibelanjakan ternyata gagasan PPSMI menemui kegagalan. Keprihatinan kerajaan setelah didesak oleh kebangkitan suara rakyat, maka mulai 2012 dasar ini telah ditamatkan demi memartabatkan bahasa Melayu sejajar dengan peranannya dalam memartabatkan bangsa.
KESIMPULAN
Era globalisasi yang meletakkan keutamaan dalam penggunaan bahasa Inggeris telah memberikan kesan secara tidak langsung terhadap mutu dan tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun, inisiatif kerajaan yang melibatkan tiga kementerian dan tiga menteri kanan untuk menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Bahasa Kebangsaan merupakan satu 
Rakyat negara ini sewajarnya berasa bangga menggunakan bahasa Melayu. Mereka tidak harus ragu-ragu untuk berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan sama ada secara lisan ataupun bertulis. Amalan ini secara tidak langsung menjadi lambang kecintaan dan kebanggaan seseorang terhadap bahasa Melayu. Dari aspek yang lain pula, nilai yang diamalkan itu selaras dengan matlamat untuk memartabatkan bahasa Melayu seperti yang diuar-uarkan kini. Semoga segala janji untuk "memartabatkan bahasa Melayu" tidak akan dianggap sebagai sandiwara oleh pihak yang berkepentingan. Kesedaran tentang kepentingan mendaulatkan bahasa Melayu perlu ditingkatkan. Peranan ini mudah dilaksanakan sekiranya dimulakan oleh pihak berkuasa. Selain itu, sebarang usaha merosakkan bahasa Melayu hendaklah ditangani secara berterusan. Kebijaksanaan kita menangani permasalahan ini bakal menggagalkan usaha pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan. Tegasnya, tiada gunanya kita menyanyikan lagu "Cintailah Bahasa Kita" dengan suara yang merdu sekiranya seni katanya tidak pun kita fahami. Usahlah kita mempersendakan slogan "Cintailah Bahasa Kita" kerana tindakan itu bakal merugikan diri sendiri. Sesungguhnya, maju bangsa majulah bahasa.
BIBLIOGRAFI
Asmah Hj. Omar. (2005). Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2010, Februari). Bahasa Berbudaya: Apakah Ertinya? Dewan Bahasa
Fauzilahyatun Mustafa. (Februari 2010). Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Kita. Pelita Bahasa.
Dewan Bahasa dan Pustaka.( 1987) Pertemuan Dunia Melayu ’82 :
Kuala Lumpur .
Hilmy Bakar Al Mascaty . (1995) Generasi Penyelamat Ummah.
Kuala Lumpur: Berita Publishing.
permulaan dasar itu diolah. Majlis Penasihat Kebudayaan Kebangsaan yang diwujudkan pada tahun 1996 telah membugarkan kembali konsep kebudayaan berpandukan Wawasan 2020. Kalau ditinjau di seluruh negara maju di dunia baik di Timur mahupun di Barat, asas saluran, medium dan perantara bahasa bagi penyampaian, pemupukan, pengungkapan, pengucapan dengan menggunakan bahasa peribumi mereka sendiri. Untuk menyampaikan idea, mengeratkan integrasi dan saling persefahaman antara wilayah dan kaum, membudayakan sains dan teknologi kepada rakyat jelata supaya menjadi masyarakat yang saintifik dan progresif, menyampaikan dan memupuk nilai akhlak, etika dan budi bahasa yang santun supaya masyarakat kaya dengan nilai murni dan sifat penyayang, dan membangunkan ekonomi serta modal insan yang menyeluruh di segenap lapisan masyarakat maka jalan terbaik ialah menyampaikan dalam bahasa kebangsaan sendiri. Dua perkara yang akan diteliti daripada ciri dan matlamat negara bangsa maju yang hendak dicapai oleh Wawasan 2020 ialah pembangunan berdasarkan ciri-ciri masyarakat bukan berdasarkan ciri-ciri bangsa atau kaum tertentu.petanda baik bahawa kemelut bahasa Melayu yang kita hadapi sekarang akan dapat dileraikan. Peleraian ini tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh DBP sendirian, walaupun dengan kuasa penguatkuasaan yang bakal diberikan kerana isu bahasa merupakan isu negara dan melibatkan banyak kementerian yang perlu berganding bahu bersinergi untuk mewujudkan mekanisme kerja secara bersama. Selain Kementerian Pelajaran, kementerian dan jabatan lain yang terlibat ialah Kementerian Perumahan Kerajaan dan Tempatan, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Kementerian Penerangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.
Jeniri Amir. (2008, Ogos). Bahasa Kebangsaan Lambang Jati Diri bangsa. Pelita Bahasa.
Kassim Ahmad. (1994, Mac). Masa Depan Bangsa Melayu.
Dewan Masyarakat .
Siti Shamsiah bt Mohd Supi. (2005). Budi Bahasa Cermin Peradaban Bangsa.
http://www.dbp.gov.my
http://www.kpm.gov.my/

No comments:

Post a Comment