Abstrak
Ilmu pengetahuan merupakan satu aspek yang penting bagi membina satu identiti bangsa yang bertunjangkan falsafah dan pemikiran yang tinggi. Proses penyampaian ilmu pengetahuan itu tidak dapat dielakkan, salah satunya dengan menggunakan bahasa sebagai mediumnya. Di Malaysia, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sehingga berjaya mengungkapkan segala bidang ilmu (Jeniri, 2009). Kemampuan bahasa Melayu diperluas sebagai bahasa komunikasi, bahasa perantara, bahasa perantara di antara daerah, wilayah dan antara suku kaum serta bahasa yang penting dalam sektor pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Menurut Jeniri (2009), dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan membinanya sebagai bahasa ilmu yang mampu mendukung struktur pemikiran moden, selain daripada sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. Justeru, kertas kerja ini akan cuba melihat pengisian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di samping cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan agenda tersebut.
PENGENALAN
Perjalanan bahasa Melayu dalam mengisi tanggungjawab sebagai bahasa ilmu sebenarnya merupakan satu pengembaraan yang panjang. Kisah perjalanannya sebagai bahasa ilmu sebenarnya telah bermula semenjak 500 tahun yang lampau. Jika diamati, pelbagai cabaran dan pancaroba yang terpaksa ditempuhi sepanjang zaman tersebut.
Perincian tersebut bolehlah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kedua, zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan dan yang terakhir zaman selepas negara merdeka sehingga kini.
Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan sejarah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang meliputi ketiga-tiga zaman serta cabaran yang dihadapi sejajar dengan tugas utamanya penyebar ilmu pengetahuan.
Rangkuman kertas kerja ini terbatas kepada perkara penting yang mendasari proses penyebaran ilmu melalui bahasa Melayu. Sudah tentu tidak semua isu dapat diketengahkan secara detil, walau bagaimanapun kertas kerja
Bahasa Melayu Zaman Abad 15 dan 16—Membuka Lembaran Ilmu
Sejarah menunjukkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada abad ke-15 dan 16 setelah kedatangan penjajah. Salah satu aspek penting yang dapat dilihat ialah bahasa Melayu telah menjadi wahana penting dalam mengungkapkan ilmu pengetahuan pada ketika itu. Kemajuan ilmu pengetahuan menyebabkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa persuratan dan juga bahasa untuk aktiviti dakwah. Kepentingan bahasa Melayu pernah dianggap setanding dengan kedudukan bahasa Latin dan Perancis di Eropah pada ketika itu (Vatikiotis, 1991).
Kedudukan Melaka yang berada di laluan paling strategik sebagai pusat perdagangan yang terbesar di rantau ini meletakkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang mempunyai jumlah penutur yang paling besar di samping menjadi bahasa antarabangsa di Timur Jauh (Wan Hashim, 1996). Penemuan sebuah kamus dwibahasa Melayu-Cina yang terawal iaitu Man La Jia Guo Yiyu (Senarai Perkataan Negeri Melaka). Kamus ini mengandungi 482 patah kata Melayu-Cina yang meliputi 17 subjek atau kategori, iaitu astronomi, geografi,musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, persanakan/kekerabatan, peri kelakuan, tubuh badan dan pakaian, makanan dan minuman, barang kemas dan permata, kemasyarakatan dan sejarah, warna hitungan dan kata umum (Liji, 1995). Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mencapai suatu tahap yang agak kompleks pada ketika itu; antara lain kamus itu mengandung kata-kata yang berkaitan dengan agama Islam dan sains alam.
Jika disoroti lebih awal, terdapat catatan daripada sumber Cina yang membuktikan bahasa Melayu yang pada ketika itu disebut sebagai Kunlun, sudah mula berkembang dan merupakan bahasa kegunaan sehari-hari pada waktu muncul dan berkembangnya kerajaan Melayu Srivijaya dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Terdapat kemungkinan bahasa Kunlun itu merupakan bahasa Melayu kuno yang telah digunakan sebagai bahasa utama pada ketika itu.
Perkembangan agama Islam di Alam Melayu juga turut menyumbang kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Malahan, bahasa Melayu turut memainkan peranan yang utama dalam meluaskan perkembangan Islam, manakala Islam pula telah memainkan peranan yang utama dalam meningkatkan laras penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu (Muhammad Naquib, 1972).
Usaha dakwah begitu giat dijalankan sekitar abad ke-17 hingga awal abad ke-20. Pada zaman ini bolehlah dianggap sebagai zaman cemerlang dan
Peningkatan hubungan antara Alam Melayu dengan Mekah serta dengan pusat perkembangan tamadun Islam di Mesir melalui teknologi pelayaran berfungsi sebagai pemangkin dalam revolusi tamadun Melayu-Islam pada zaman itu. Penerusan hubungan ini sebenarnya adalah lanjutan daripada landasan yang diasaskan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu-Riau.
Ismail (1981) menganggap kedatangan Islam sebagai ad-Din dalam abad ke-13 dan 14 turut mewarnai bahasa Melayu, terutama kepada khazanah kata-katanya. Syed Muhammad Naquib (1996) berpendapat, proses pengislaman di Kepulauan Melayu telah menjadikan bahasa Melayu bahasa Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan hujah bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar Islam di seluruh Kepulauan Melayu, sehingga abad ke-16 bahasa Melayu telah mencapai peringkat bahasa sastera dan agama yang luhur.
Menurut Amran (1976), bahawa akidah dan pandangan hidup yang berlunaskan Islam telah diserapkan dalam kalangan orang Melayu dengan pemahaman akan konsep dan falsafah tauhid dan syariat Islam tergambar melalui istilah. Awang Sariyan (2006) pula berpandangan bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap bahasa ilmiah, bahasa teknikal, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan diplomatik dan bahasa sastera yang bertaraf epik dalam zaman gemilang tamadun Melayu sejak abad ke-12 hingga abad ke-19.
Bahasa Melayu juga melalui kegiatan kesusasteraan turut berperanan sebagai penyebar ilmu pengetahuan. Kegiatan penyebaran ilmu pengetahuan ini dirancakkan lagi dengan kegiatan persuratan Melayu. Sastera diungkapkan melalui media lisan dan juga tulisan. Pertumbuhan sastera bertulis memberi erti yang besar sekali kepada pertumbuhan bahasa. Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai erti yang tersendiri dalam kemajuan sesuatu bahasa dan kebudayaan dari sudut ilmu. Maka, bertitik-tolak daripada situ, karya sastera seperti Sulatus Salatin, Tajus Salatin, Bustanus Salatin, Hikyat Raja-Raja Pasai, Hikayat Aceh dan Hikayat Hang Tuah telah dihasilkan bagi membuktikan tradisi keilmuan itu dapat disampaikan melalui bahasa Melayu. Farid (1984) yang memetik pendapat A.Teeuw bahawa bahasa Melayu tinggi hanya wujud ketika zaman perkembangan tamadun Melayu-Islam di Alam Melayu dengan yakin menegaskan bahawa "dalam zaman inilah bahasa Melayu mula mengecap
Kemuncak tradisi penulisan ilmu dalam bahasa Melayu berlaku di acheh pada abad ke-16 dan 17. Pusat kegiatan ilmiah Melayu-islam itu telah melahirkan barisan tokoh pemikir yang berjaya menghasilkan deretan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Pada zaman tersebut nama seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Ar-Raniri, Samsuddin Pasai dan Abdul Rauf Singkel sering kali disebut sebagai pemikir ulung berbangsa Melayu pada zaman tersebut.
Segala bidang ilmu sama ada ilmu agama atau ilmu duniawi dan kesusasteraan Melayu, berkembang selari dengan perkembangan bahasa Melayu. Keadaan ini berterusan sehingga abad 20-an dan 30-an kurun ini iaitu sebelum Perang Dunia Kedua meletus. Kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat walaupun pada suatu ketika Alam Melayu pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga tahun 1930-an.
Walaupun penjajah mampu menguasai ekonomi Tanah Melayu, namun mereka tidak berjaya meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan, bahasa perdagangan serta bahasa agama dan persuratan (Wan Hashim, 1996).
Abad ke-19 Era Penuh Cabaran Memerdekakan bangsa dan bahasa
Abad ini merupakan detik bermulanya hegemoni bangsa di Tanah Melayu. Kehadiran pendatang Cina dan India turut membawa perubahan kepada sistem pendidikan daripada yang berasaskan monolingual (satu bahasa) kepada berteraskan multilingual (pelbagai bahasa). Perkembangan ini digalakkan oleh Inggeris kerana ini dianggap sebagai sesuatu yang alamiah dan natural. Selain daripada itu, dalam tempoh seratus tahun penjajahan British berbagai-bagai perubahan telah berlaku dari segi, politik, sosial dan ekonomi (Raja Muhtaruddin, 1982). British turut membawa bersama sistem pendidikan sekular moden ke Tanah Melayu.
Mereka mula membuka sekolah-sekolah Inggeris dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar selain membuka sekolah-sekolah Melayu menggunakan bahasa pengantar Melayu. Kedua-dua sekolah yang diperkenalkan Inggeris itu mempunyai perbezaan yang tersendiri. Sekolah Melayu berakhir pada peringkat rendah manakala sekolah Inggeris berakhir pada peringkat universiti. Pengenalan sistem pendidikan sebegitu rupa menyebabkan wujudnya perbezaan dalam taraf pekerjaan masyarakat. Golongan yang berpendidikan Inggeris akan menjawat jawatan profesional umpamanya peguam, akauntan, doktor, jurutera dan sebagainya. Selebihnya, masyarakat yang berpendidikan Melayu hanya mampu mengisi jawatan sebagai guru pelatih dan juga jawatan lain yang tidak begitu penting pada ketika itu. Pengenalan pendidikan moden menerusi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu baharu secara mendadak mengubah nilai terhadap bahasa Melayu.
ini sedaya upaya mengutarakan permasalahan dan juga cabaran terhadap bahasa Melayu dalam mendukung peranan sebagai bahasa ilmu.zaman kegemilangan dalam perkembangan usaha dakwah dan persuratan Melayu. Kemunculan tulisan Jawi yang didasari daripada bahasa Arab dan Parsi merupakan suatu revolusi dalam perkembangan ilmu tentang agama Islam dan persuratan Melayu (Wan Hashim, 1996). Hal ini boleh dilihat apabila munculnya para ulama, pendeta, penyair, dan sasterawan bagai cendawan selepas hujan. Ribuan karya dalam bentuk kitab Jawi dan sastera lama dilahirkan di samping sekolah-sekolah pondok dan madrasah didirikan di merata-rata tempat yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam khususnya di Pantai Timur dan Utara Semenanjung. nikmat penghayatan tulisan melalui perkembangan alam persuratannya."
Tanpa disedari, pendidikan Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri mula dipinggirkan dan diletakkan di tempat yang kurang penting jika dibandingkan dengan pendidikan aliran Inggeris dan bahasa Inggeris. Seseorang itu dianggap layak memasuki golongan elit birokrat, satu kelompok kelas menengah baharu yang tinggi statusnya, jika mampu menamatkan pengajian tinggi dalam aliran Inggeris dan mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa tersebut (Wan Hashim, 1996). Apabila anak-anak peribumi golongan imigran mula mendapat pendidikan dan latihan menerusi aliran Inggeris, muncullah dua hingga empat aliran termasuk aliran Cina dan Tamil. Walau bagaimanapun, pendidikan Inggeris diletakkan pada tempat yang tinggi seolah-olah segala ilmu baharu dan pengetahuan moden hanya mampu diperoleh melalui aliran pendidikan tersebut.
Yang terkecuali daripada tempias ini hanyalah pendidikan Islam kerana masih mampu secara berterusan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun, perkembangannya tetap perlahan apabila pendidikan Islam kekal dominan pada peringkat sekolah pondok sahaja sehinggalah beberapa institut pendidikan yang lebih formal dalam bentuk madrasah sebagai lanjutan daripada pendidikan asas berbentuk pondok. Hanya sebilangan kecil lulusan institusi madrasah diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat universiti di luar negara.
Kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya bahasa dapat dilihat dengan tercetusnya kritikan daripada Abdullah Munsyi tentang sikap orang Melayu pada bahasa sendiri sekitar abad ke-19. Kritikan beliau banyak mengubah pandangan orang Melayu terhadap bahasa sendiri selepas itu. Orang Melayu mengambil inisiatif untuk memajukan bahasa dari sudut pengajarannya melalui dua cara iaitu:
i. secara perseorangan
ii. melalui pertubuhan-pertubuhan
Menurut Siu (1972), orang perseorangan yang menggunakan ruang akhbar itu terdiri daripada wartawan dan guru Melayu. Tulisan mereka menjurus kepada soal keelokan bahasa Melayu dan cara karang-mengarang. Tulisan ini sesuai bagi memastikan bahasa Melayu terus hidup. Dalam jangka masa antara 1906 sehingga 1941, persoalan yang dikemukakan oleh penulis dan pembaca ialah berkisar tentang agama sehingga menimbulkan kaum muda dan kaum tua. Selepas itu, persoalan berkisar tentang ekonomi dan pelajaran, namun perbicaraan tentang bahasa Melayu sentiasa ada. Pengaruhnya ke atas perkembangan bahasa Melayu berlaku terus-menerus dalam bidang peristilahan, tatabahasa, perkamusan dan lain-lain lagi.
Gesaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi pernah disuarakan sejak tahun 1930-an lagi oleh Abdul Kadir Adabi seorang nasionalis Melayu dari Kota Bharu, Kelantan. Beberapa orang lagi nasionalis Melayu lain turut menyuarakan
Walau bagaimanapun, bahasa Melayu secara rasminya tetap diterima untuk memainkan peranan sebagai bahasa perantaraan pelbagai suku bangsa di negara ini dan bahasa yang memberi identiti atau jati diri kepada warga negara di dalam sebuah negara yang sedang menuju kemerdekaan pada ketika itu. Bahasa Melayu ialah salah satu unsur terpenting dalam kontrak sosial antara bangsa Melayu dengan bangsa lain menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebelum memperoleh kemerdekaan, beberapa laporan dan penyata yang dihasilkan telah menyebut tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara. Laporan Barnes pada tahun 1950 umpamanya dianggap sebagai memihak kepada bangsa Melayu apabila menerima bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar daripada sekolah rendah manakala bahasa Cina dan Tamil diajarkan sebagai mata pelajaran sahaja. Selain itu, usul satu jenis sekolah rendah untuk semua kaum juga dinyatakan dalam laporan tersebut. Ciri-ciri utama sekolah kebangsaan ini ialah:
i. Pendidikan percuma untuk kanak-kanak antara enam hingga dua belas tahun.
ii. Pendidikan disampaikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mula diajarkan pada tahun tiga.
iii. Sekolah rendah ini akan menghasilkan murid-murid yang mahir dalam dwibahasa dan mereka akan disalurkan ke sekolah aliran Inggeris selepas sekolah rendah.
Ini bermakna bahawa semua sekolah menjadi aliran Melayu. Selepas itu semua pendidikan dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahawa bahasa Melayu akan digunakan dalam hubungan sosial. Selepas tahun tiga, bahasa Inggeris akan menggantikan bahasa Melayu. Murid-murid akan menjadi penutur dwibahasa apabila mencapai umur dua belas tahun dan mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Perkara yang lebih penting ialah Laporan Barnes ini menolak Rancangan Holgate pada tahun 1949 yang secara terbuka mencadangkan bahasa Inggeris untuk dijadikan bahasa pengantar tunggal. Sungguh pun begitu, Laporan Barnes ini tidak dapat diterima oleh bangsa Cina yang meluahkan hasrat mereka melalui Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951. Antara lain yang diutarakan dalam laporan itu ialah memperuntukkan dasar yang liberal terhadap pendidikan Cina dengan Cina pada peringkat rendah dan menengah dikekalkan.
Proses menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilihat apabila bahasa tersebut digunakan dalam sistem pendidikan negara kita.
gagasan ini,namun gagasan ini hanya tinggal gagasan kerana tidak mendapat sokongan yang menyeluruh. Gagasan ini tidak didukung oleh golongan anglophile menengah Melayu baharu yang berkuasa kerana tidak meyakini kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu menyampaikan ilmu pengetahuan moden pada ketika itu.
Berdasarkan Laporan Razak 1956, usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan telah dimulakan. Antara lain kandungan yang dicatatkan dalam laporan tersebut ialah:
"Tujuan dasar pelajaran di-dalam negeri ini ia-lah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di-dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendak-lah diperbuat dengan beransur-ansur"
(Laporan Razak, perenggan 12)
Laporan ini jelas menyatakan hasrat negara untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan dan ini memungkinkan bahasa itu membangun menjadi bahasa yang berkesanggupan menjadi alat penyalur ilmu kebudayaan (Abdullah Hassan, 1987). Sebelum laporan ini diwujudkan, penggunaan bahasa Melayu adalah agak terbatas kerana tidak ada dasar dan strategi yang jelas dan tegas dalam menjadikannya sebagai bahasa ilmu. Penyata Razak juga menjelaskan bahawa tujuan dasar pendidikan negara ini ialah membawa kanak-kanak daripada berbilang kaum untuk mempelajari perkara yang sama, dalam satu sistem pendidikan melalui satu bahasa pengantar. Namun demikian, diakui untuk mencapai matlamat ini tidak boleh dipaksakan tetapi mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat (Penyata Razak, 1956).
Selepas Negara Mencapai Kemerdekaan-Satu Sinar Baharu dalam Pembikinan
Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 suatu Perlembagaan telah dibentuk. Menerusi Perkara 152, bahasa Melayu diwartakan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara (Abdullah, 1996). Namun demikian, disebabkan bahasa Melayu belum berkembang, bahasa Inggeris dikekalkan sebagai bahasa rasmi untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara. Selepas sepuluh tahun iaitu pada tahun 1967, bahasa Melayu akan mengambil alih semua peranan yang dilaksanakan oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan bahasa pentadbiran tunggal (Abdullah, 1996).
Rentetan daripada Laporan Barnes 1950 dan Laporan Razak 1956 serta Ordinan Pelajaran 1957 telah menjadi asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Inti sari Dasar Pendidikan Kebangsaan di Malaysia ialah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga mempunyai serampang dua mata iaitu pertama pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan yang mampu memenuhi cabaran dan keperluan sebuah negara yang merdeka untuk pembangunan kebudayaan, sosial,
Sistem persekolahan yang dicadangkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran kebangsaan dan aliran jenis kebangsaan. Dalam sistem persekolahan aliran kebangsaan, sekolah tersebut berbahasa Melayu dan sistem persekolahan jenis kebangsaan pula berbahasa sama ada bahasa Inggeris, bahasa Cina ataupun bahasa Tamil. Sekolah aliran jenis kebangsaan diwajibkan mengajar bahasa Melayu sebagai suatu mata pelajaran dan mengikuti suatu kurikulum atau sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. Dalam pemelajaran dan pengajaran bahasa Melayu, Dasar Pendidikan Kebangsaan mencadangkan supaya tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid Islam.
Bagi memperoleh hasil yang baik dalam pembelajaran bahasa Melayu, guru yang terlatih diperlukan untuk tujuan tersebut. Selaras dengan itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mencadangkan supaya sebuah maktab perguruan yang dipanggil Maktab Perguruan Bahasa perlu ditubuhkan. Maktab ini berfungsi sebagai berfungsi sebagai tempat melatih guru mengajarkan bahasa Melayu dan juga menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Kedua-dua peranan ini amat penting bagi memastikan bahasa Melayu itu mampu menjadi wahana penyampai ilmu pada ketika itu.
Usaha untuk mewujudkan sebuah Institusi Pendidikan Kebangsaan dipertegas melalui Laporan Rahman Talib pada 1960 apabila laporan itu diterima sebagai undang-undang menerusi Akta Pendidikan 1961. Perkembangan dalam proses perundangan ini menerima hakikat bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa pengantar manakala ciri kemelayuan akan dijadikan sebagai unsur penting dalam melahirkan identiti kebangsaan.
Menakluki Persada Ilmu
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahasa Melayu telah memainkan peranan yang cukup penting dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Tradisi penulisan ilmu pengetahuan telah berlangsung sejak berabad-abad yang lalu. Menurut Syed Muhammad Naquib (1972) fenomena kesan kedatangan Islam itu sebagai penampilan dan pemupukan konsep intelektualisme dan rasionalisme. Kedua-dua konsep ini menjadi landasan pertumbuhan tradisi ilmu dalam bahasa Melayu, termasuk penulisan bahan ilmu (Awang, 2006).
ekonomi dan politik sesuai untuk warganegara dan kedua ialah perkembangan secara progresif satu pendidikan nasional dengan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi dijadikan sebagai bahasa pengantar utama (Wan Hashim, 1996). Laporan Razak yang dijadikan sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya yang utama (Raja Muhtaruddin, 1982).
Setelah negara mencapai kemerdekaan, peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semakin jelas. Untuk tujuan itu, bahasa Melayu telah digiatkan penggunaanya dalam pelbagai bidang bagi memperkaya khazanah ilmu. Dengan itu, pengayaan khazanah ilmu itu sebenarnya menjadi syarat utama dalam perkembangan tamadun berasaskan ilmu. Menurut Nik Safiah (1986) perkembangan bahasa Melayu moden meliputi tiga tahap. Tahap pertama ialah memperkenalkan bahasa Melayu kepada masyarakat sebagai bahasa kebangsaan melalui kempen minggu dan bulan bahasa kebangsaan. Tahap ini berlaku pada tahun 1960-an. Tahap kedua yang berlangsung sekitar tahun 1970-an dikenali sebagai zaman pembinaan, iaitu pembakuan ejaan, peristilahan, tatabahasa dan kosa kota. Tahap ketiga ialah proses pemantapan yang menekankan keintelektualan dan kesempurnaan. Pada tahap ini keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu sudah terbukti apabila mampu mengungkapkan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Seterusnya, kemuncak kepada tahap ini ialah penggunaan laras saintifik dan ilmiah yang menghasilkan bentuk bahasa yang tepat, yang mencerminkan kejelasan pemikiran tentang konsep-konsep dan proses-proses saintifik.
Sehubungan itu, konsep pengilmuan bahasa ilmu sebenarnya ialah proses pengayaan bahasa Melayu dengan berbagai-bagai laras yang menandai tamadun yang maju (Awang Sariyan, 2006).
Menurut Nik Safiah (1986) bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Beliau membahagi bahasa kepada dua variasi utama iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code). Bahasa terhad ialah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi biasa seperti perbualan dan komunikasi asas seperti dalam keluarga dan berjual beli di pasar. Bahasa terbina pula ialah variasi yang mempunyai ciri-ciri kompleks, tersusun rapi dan tidak bergantung kepada latar belakang yang saling difahami oleh penutur-pendengar atau penulis-pembaca. Bagi tujuan penulisan ilmu, variasi bahasa terbina ini menjadi asasnya. Ilmu tidak mungkin dapat diungkapkan dengan bahasa basahan atau yang digunakan dalam suasana tidak formal.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah melebarkan sayapnya ke menara gading selepas beberapa tahun negara memperoleh kemerdekaan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga melibatkan institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti. Pada peringkat kolej, perubahan bahasa pengantar bermula pada tahun 1959 apabila Maktab Perguruan Bahasa mengambil tindakan mengubah bahasa setelah berlaku satu demonstrasi. Pada peringkat universiti, Jabatan Pengajian Melayu di Kuala Lumpur dari awal lagi telah mengajarkan kursusnya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 1965, apabila ada mahasiswa daripada aliran sekolah kebangsaan memasuki universiti beberapa kursus lain di jabatan lain yang menggunakan bahasa Inggeris telah ditukarkan dengan bahasa Melayu. Perkara ini terpaksa
Pada tahun 1975, Universiti Malaya buat pertama kalinya mengambil langkah tegas dengan melatih bakal pensyarah dalam lapangan sains untuk mengambil ijazah tinggi dalam bidang masing-masing. Apabila menamatkan pengajian, mereka yang rata-rata berkebolehan dalam bahasa Melayu diharap dapat mengajar dalam bahasa itu. Syarat baharu diperkenalkan bagi mengambil pensyarah iaitu memberi keutamaan kepada calon yang mempunyai kebolehan mengajar dalam bahasa Melayu. Kenaikan pangkat juga diberi keutamaan kepada pensyarah yang berkebolehan dalam bahasa Melayu.
Universiti lain seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia juga turut merancang untuk melatih kakitangan akademiknya di luar negara. Apabila pulang golongan ini dapat mengajar dalam bahasa Melayu. Kedudukan ini berterusan sehingga pihak universiti terpaksa menyediakan kemudahan untuk mempelajari bahasa Melayu memandangkan situasi pertukaran bahasa pengantar. Kursus-kursus kecekapan bahasa Melayu diadakan melalui pusat bahasa yang ditubuhkan di tiap-tiap universiti.
Tahun 1967 merupakan tahun permulaan yang telah dipersetujui bahawa semua aliran pendidikan akan ditukar menjadi pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bagi menggantikan bahasa Inggeris.
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 ialah manifestasi kepada gesaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pada peringkat universiti. Walaupun timbul banyak keraguan tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi namun setelah hampir 30 tahun lebih, UKM telah berjaya menghasilkan graduan dalam pelbagai bidang yang setanding dengan universiti lain.
UKM berjaya melahirkan 43,000 yang sebahagian kecilnya dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara sehingga memperoleh ijazah lanjutan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Kejayaan UKM ini disusuli oleh kesemua universiti yang lain secara berperingkat-peringkat. Ini selaras dengan Akta Pendidikan 1970 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal bagi semua universiti awam di negara ini untuk semua mata pelajaran. Seiring dengan itu, kegiatan penyelidikan dan penerbitan turut digiatkan. Penyelidikan yang dijalankan bertujuan mencari dan menjana ilmu baharu serta memperkukuh ilmu yang sedia ada. Penerbitan ilmiah dalam bentuk jurnal, monograf, penerbitan bersiri, buku teks, kertas kerja persidangan dan sebagainya diusahakan penerbitannya penerbit-penerbit universiti. Sebahagian besar daripada buku, kertas kerja persidangan serta makalah dalam jurnal
Daripada pengalaman UKM ini yang mengasaskan pendidikan tinggi dalam bahasa Melayu dengan disusuli oleh universit-universiti lain membuktikan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa untuk menyebarkan sebarang jenis ilmu, termasuk ilmu sains, teknologi, komputer, astronomi dan sebagainya (Wan Hashim, 1996). Bahasa Melayu sebenarnya berada setaraf dengan bahasa lain seperti bahasa Perancis, Jerman, Swedish, Rusia, China, Jepun, Korea dan sebagainya dari segi fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa pendidikan tinggi. Perkara ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi pengganti kepada bahasa Inggeris dalam menyebarkan ilmu pengetahuan.
Cabaran Mendatang Mematangkan Bahasa
Dalam beberapa dekad ini sebenarnya bahasa Melayu telah mengharungi pelbagai onak dan dugaan sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa kebangsaan. Cabaran yang mendatang telah memberi kekuatan dan pengalaman kepada bahasa Melayu untuk terus mengharunginya. Jika dilihat terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kedudukan bahasa Melayu yang sudah utuh suatu ketika dahulu tetapi kini semakin dipersoalkan peranannya.
Jeniri Amir (2009) berpendapat bahawa bahasa Melayu sedang berhadapan dengan tantangan yang paling hebat sejak tahun-tahun terakhir kurun lalu sehingga membawa ke tahun-tahun awal alaf baharu ini dan menyaksikan bagaimana tercabarnya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Senario ini mengakibatkan pertembungan perang bahasa antara ahli politik dengan pencinta bahasa, perancang dan aktivis bahasa. Perang bahasa itu tercetus kerana ahli bahasa sentiasa mencuba untuk mengubah situasi bahasa.
Sebagai contoh, pelaksanaan Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 telah menimbulkan banyak konflik antara golongan yang disebutkan di atas dengan sang penguasa iaitu orang memegang kuasa politik. PPSMI sebenarnya telah ditentang pada peringkat awal oleh golongan yang mencintai bahasa Melayu. Kesan yang dibawa oleh PPSMI bukan sedikit kepada para pelajar yang berhadapan dengan dasar itu. Walaupun mendapat pelbagai tentangan, namun pihak kerajaan tetap bertegas meneruskan dasar tersebut. Sehinggalah kemuncaknya, satu demonstrasi yang dipimpin oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said diadakan di Kuala Lumpur. Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) telah berjaya menghimpunkan rakyat daripada pelbagai golongan yang membantah dasar tersebut walaupun
Bahasa Inggeris semakin mencabar kedudukan bahasa Melayu dalam hampir semua bidang (Hassan Ahmad, 1996). Bahasa Inggeris telah hilang tarafnya sebagai bahasa rasmi negara sejak tahun 1967 dan tidak lagi menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walaupun begitu, pengaruh bahasa Inggeris tidak hilang. Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa utama dalam sektor swasta. Dalam sistem pendidikan kebangsaan bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua yang wajib dipelajari di sekolah. Dari satu sudut, walaupun penjajahan sudah berlalu, namun pensejagatan imperialisme bahasa Inggeris semakin mencengkam ke dalam akar budaya dan minda bangsa (Jeniri Amir, 2009). Situasi ini seakan-akan bahasa Melayu tidak mampu mengambil tempat bahasa Inggeris sehingga pengguna bahasa Melayu berasa seolah-olah tidak penting untuk mempelajari bahasa itu. Bahasa Melayu dianggap tidak intelek, tidak sempurna kerana korpus ilmunya terbatas, tidak bersifat antarabangsa, tidak standard dan berprestij serta hanya sesuai digunakan di rantau ini, meskipun jumlah penuturnya melebihi 250 juta orang.
Pengisytiharan tentang kepentingan bahasa Inggeris memberi kesan yang besar dan mendalam terhadap politik, sosial, budaya, psikologi dan ekonomi (Jeniri Amir, 2009). Sejak akhir-akhir ini wujud kesan rendah diri yang amat hebat terhadap bahasa Melayu akibat sikap golongan itu. Perubahan bahasa pengantar kembali kepada bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi dapat ditafsirkan sebagai langkah menematkan usaha semua pihak yang terlibat dalam memupuk bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan tinggi.
Dari tahun 1990 sehingga 1995, universiti awam yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar berjaya melahirkan 35 0000 siswazah dalam bidang sains dan teknologi, 55 peratus daripada mereka bumiputera dan 45 peratus lagi bukan bumiputera. Senario ini memberi kesan yang mendalam dari segi pengambilan pekerja, terutama sektor swasta, lebih-lebih lagi ada sesetengah pihak yang menyatakan salah satu faktor utama yang menyebabkan hampir 30 000 siswazah menganggur kerana disebabkan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris, walhal banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada keadaan itu.
Langkah penggunaan bahasa Inggeris di IPTA turut memberi kesan terhadap usaha pensyarah di institusi tersebut dalam penulisan buku. Golongan akademik menjadi keliru kerana pihak pengurusan universiti menyarankan agar penerbitan buku dalam bahasa Inggeris ditingkatkan dan hasil sesuatu penyelidikan ditulis dalam bahasa Inggeris. Menurut Jeniri Amir (2009) kesan
Sikap segolongan birokrat terhadap bahasa Melayu juga turut menjejaskan peluang bahasa itu sebagai bahasa ilmu. Golongan ini tidak mempuyai keyakinan terhadap bahasa Melayu mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan. Segelintir profesional umpamanya yang mendapat pendidikan tinggi di luar negara khususnya di barat sering kali dilihat sebagai golongan yang tidak memandang tinggi kemampuan bahasa Melayu. Mengapa hal ini terjadi? Mungkin kerana golongan ini terpengaruh dengan budaya pemikiran ilmu barat dalam diri masing-masing. Cara pemikiran mereka masih dibelenggu oleh budaya berfikir barat yang meliputi tindakan yang diambil. Golongan ini menganggap bahawa bahasa Melayu tidak akan mungkin menjadi wahana untuk membina kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju.
Satu lagi cabaran yang dilihat mampu memberi kesan kepada bahasa Melayu ialah globalisasi. Menurut UNESCO, globalisasi sebagai set struktur dan proses ekonomi, sosial, teknologi, politik dan budaya yang terhasil daripada perubahan ciri-ciri dalam pengeluaran, penggunaan dan perdagangan barangan serta aset yang merangkumi asas ekonomi politik antarabangsa.Menurut Water (1995) globalisasi dari segi sosiobudaya ialah proses sosial yang memperlihatkan kekangan geografi yang semakin berkurang terhadap hal ehwal kemasyarakatan dan budaya, serta manusia sedar bahawa kekangan tersebut semakin berkurang.
Ekoran daripada globalisasi dalam bidang ekonomi, kewangan, politik dan sebagainya, globalisasi bahasa juga turut terjadi memandangkan bahasa Inggeris mengambil alih peranan yang semakin dominan merentasi sempadan geografi dan bidang (Teo Kok Seong, 1998). Keadaan ini dilihat akan menghakiskan kedudukan bahasa kebangsaan negara melalui pengagungan yang diberikan terhadap bahasa itu melalui pelbagai label seperti bahasa dunia, bahasa antarabangsa par exellence,bahasa intelektual dan lain-lain lagi.
Kemunculan pelbagai teknologi komunikasi dan media yang canggih telah mewujudkan budaya global melalui limpahan dan asakan maklumat sehingga berupaya mengubah dan membentuk pemikiran global masyarakat, termasuk perancangan bahasa (Jeniri Amir, 2009). Senario ini turut menentukan kedudukan bahasa Melayu dan Inggeris, walhal bahasa kebangsaan itu telah mendapat pengiktirafan dan penerimaan yang baik oleh rakyat.
Persoalan yang timbul terhadap bahasa Melayu ialah berkaitan aspek taraf dan korpusnya sehingga melahirkan kebimbangan dalam kalangan perancang dan aktivis bahasa. Bersama kuasa ekonomi dan medianya, bahasa Inggeris dimahkotakan sebagai bahasa utama dunia pada era global.
dilakukan secara beransur-ansur kerana para pensyarah di Universiti Malaya tidak mempunyai kecekapan secara menyeluruh mengajar dalam bahasa Melayu. diterbitkan dalam bahasa Melayu bagi tujuan menyalurkan ilmu pengetahuan baharu menggunakan bahasa pengantar tersebut. Pada peringkat pascasiswazah, sebahagian besar tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dihasilkan dalam bahasa Melayu juga. mendapat amaran dan ancaman daripada pihak berkuasa. Masih terngiang-ngiang kata Pak Samad iaitu "Hendak mempertahankan bahasa sendiri terpaksa berhadapan dengan semburan air yang cukup memedihkan mata". Pertembungan sebeginilah yang membuktikan roh cinta akan bahasa masih kuat dalam kalangan pencinta bahasa Melayu itu sendiri. terhadap penerbitan dalam bahasa Melayu akan dapat dilihat dalam tempoh lima tahun akan datang. Sehingga kini, jumlah buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu hanya sekitar 6000 judul sahaja setahun. Jumlah ini masih dikira amat kurang jika dibandingkan dengan populasi penduduk negara kita.
Mendepani Cabaran
Kemampuan dan keberkesanan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang termasuk bidang ilmu sudah terbukti. Namun begitu, sepanjang sedekad bahasa itu menjalankan fungsinya pelbagai cabaran sentiasa menantinya. Cabaran ini kadang-kadang mampu memberi kesan kepada bahasa tersebut secara serta-merta ataupun perlahan-lahan. Sekiranya ingin melihat bahasa Melayu masih relevan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.
Pihak kerajaan semestinya memastikan kedudukan bahasa Melayu itu jelas-sejelasnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang dasar yang ingin diperkenalkan perlulah dikaji dengan lebih teliti sebelum diputuskan. Tidak dinafikan, kedudukan bahasa Melayu hari ini sudah terjejas, namun masih belum terlambat rasanya untuk pihak kerajaan mengukuhkannya kembali. Antara lain kerajaan haruslah memberi peluang kepada bahasa Melayu menjalankan fungsinya sebagai bahasa ilmu secara holistik. Tidak ada rugi sekiranya bahasa Melayu digunakan secara sepenuhnya dalam bidang ilmu di negara kita. Sejarah lampau membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dengan melahirkan pelbagai teknokrat dalam pelbagai bidang.
Golongan sasaran lain ialah para intelek yang dilihat mampu mengangkat kembali martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Para pensyarah dalam pelbagai bidang perlulah mengambil peluang untuk menghasilkan karya mereka dalam bahasa Melayu sebagai menyahut saranan ini. Penghasilan karya dalam bahasa Melayu sudah pasti dapat menyemarakkan lagi industri penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Perkara ini penting kerana sejak kebelakangan ini, kebanyakan karya yang dihasilkan oleh tenaga akademik adalah dalam bahasa Melayu. Keadaan ini sungguh mendukacitakan kita semua. Tiada salahnya sesuatu karya tidak kira apa sekali bidangnya dihasilkan dalam bahasa Melayu. Hal ini juga dapat menyuburkan minat membaca terutama kepada bangsa Melayu khususnya yang dilihat kurang membaca karya bersifat ilmu jika dibandingkan buku-buku hiburan yang mungkin salah satu disebabkan kebanyakan karya mempunyai nilai ilmu yang tinggi dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Kreativiti dan kebijaksanaan golongan cendekiawan mengungkapkan ilmu dan dalam bahasa Melayu jugalah yang akan menentukan kejayaan bangsa Malaysia pada masa akan datang. Golongan intelektual yang mahir dalam bahasa Inggeris dan tidak kreatif untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak boleh disandarkan harapan terhadap mereka untuk membina tradisi intelektual dengan menghasilkan buku dalam bahasa Melayu. Golongan ini sering mendakwa dan memberi alasan tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Yang anehnya, pada masa yang sama golongan ini tidak pula produktif menghasilkan buku dalam bahasa Inggeris.Mereka gagal mengetegahkan fikiran dan sumbangan yang bererti terhadap masyarakat.
Setiap individu juga mesti sedar bahawa tiada negara yang maju
Sikap dan interpretasi terhadap bahasa Melayu perlu diubah. Ini bukan bermakna bahasa Inggeris harus ditolak ke tepi. Sewajarnya bahasa kedua itu perlu juga giat dipelajari, namun janganlah sehingga menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan terus bahasa Melayu menjadi wahana ilmu pengetahuan yang tinggi dan berwibawa.
KESIMPULAN
Kemampuan bahasa Melayu jelas terbukti. Sesungguhnya bahasa Melayu telah melalui pelbagai ujian yang memberi kekuatan kepada bahasa itu sendiri. Walaupun cabaran itu belum berakhir, ketahanan bahasa Melayu sebagai wahana khususnya dalam bidang ilmu tidaklah dapat dinafikan.Ratusan ribu graduan telah berjaya dihasilkan melalui penggunaan bahasa tersebut sebagai pengantar ilmu. Graduan-graduan ini membentuk golongan teknokrat dan profesional yang bertanggungjawab memimpin negara serta memajukan negara. Sebagai bangsa Malaysia, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan bahasa Melayu tidak lagi diselimuti kegagalan dalam menjalankan tugasnya sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Sebagai lambang lambang kebangsaan dan lambang identiti nasional, maka rakyat pelbagai kaum perlu menyemai sikap bahasa yang positif dan menjunjung bahasa itu sesuai dengan kedudukan dan statusnya. Bahasa Melayu sewajibnya menjadi bahasa komunikasi yang lebih luas dan mutlak serta paling efektif bagi rakyat Malaysia. Sehubungan itu, seluruh rakyat perlu kembali mengangkat martabat bahasa Melayu setidak-tidaknya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan kerana perkara ini telah dijelaskan dengan sah dalam Perlembagaan negara.
dengan hanya menggunakan satu bahasa seperti bahasa Inggeris. Rakyat yang merdeka sebenarnya mereka yang dapat berfikir dan bertindak selaras dengan budayanya sendiri tanpa dipengaruhi oleh budaya yang lain. Hari ini kita lihat generasi muda kebanyakannya tidak mempunyai jati diri yang tinggi. Salah satu sebab mungkin kerana budaya pemikiran hari ini sudah tidak selari dengan cara berfikir dalam budaya kita. Budaya kita mempuyai nilai-nilai yang mulia dan baik dapat diungkapkan melalui budi dan bahasanya. Seterusnya bahasa pula mencerminkan bangsa. Sudah tiba masanya kita kembali berbangga dengan bahasa Melayu. Bahasa ini mesti dinobat sebagai bahasa tinggi bukan sahaja dari sudut keilmuan malahan kepada tamadun yang unggul.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2006). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi-3. (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Hassan Ahmad. (1996). Taraf Bahasa Melayu selepas 40 Tahun. Dlm. Manifesto Budaya Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Disusun oleh ASRAF. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein. (1981). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jeniri Amir. (2009). Bahasa Negara dan Bangsa. (2009). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Karim. (1986). Bahasa Melayu Tinggi: Teori dan Penerapan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Muhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1982). Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Hashim Wan Teh.(1996). Penggunaan bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi: Kemajuan dan Harapan.Dlm. Manifesto Budaya Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Disusun oleh ASRAF.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment