Tuesday, 3 July 2012

DASAR BAHASA, SIKAP MASYARAKAT DAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA-Abdullah Awang Kechik[diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

Abstrak
Bahasa, budaya dalam menegak negara bangsa adalah dua elemen yang paling amat penting. Bahasa menunjukkan attitude bangsa. Bahasa boleh menentukan kawasan dan sempadan pertuturan. Bahasa adalah alat komunikasi untuk menerima dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Bahasa juga anugerah Allah kepada sesuatu bangsa kerana tanpanya maka hilanglah jatidiri sesuatu bangsa, agama, tanahair dan Negara. Jadi, sesuatu bangsa itu memerlukan suatu bahasa pengucapan dan pertuturan dalam bahasa Kebangsaan mahupun dialek yang pelbagai ragam. Bahasa Kebangsaan adalah penting dalam menyuntik semangat kesatuan kaum seperti penduduk di Malaysia. Menegakkan bahasa utama tidak bermakna menghapuskan bahasa komunitinya. Begitu juga budaya bahawa budaya bangsa adalah nilai kejiwaan, nilai estetika yang muncul dari dalam yang seni bergetar menyusul keluar, kemudian diamalkan menjadi budaya hidup manusia. Budaya adalah tabi’I kita dalam sesebuah negara bangsa yang berada dalam satu sempadan kenegaraan. Lantaran itu, keupayaan Negara menjaga, memurnikan bahasa Melayu, kemudian merancang dan memperkembangkan bahasa dan budaya Melayu keseantero dunia adalah penting dan perlu. Individu yang tidak mahu memertabatkan bahasa Melayu adalah musuh Negara. Jadi, kita mesti hapuskan mereka! Mari kita sama-sama kembalikan maruah bangsa, Negara melalui bahasa Melayu kita.
PENGENALAN
KEDUDUKAN Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dijamin melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, maka secara tidak langsung membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi alat perpaduan. Namun dalam menghadapi cabaran globalisasi Bahasa Melayu dilihat antara yang menerima kesan yang sangat mendalam.
Era kegemilangan Tamadun Alam Melayu menjadi bukti kehebatan Bahasa Melayu yang menjadi lingua franca dan ia menjadi kekuatan juga kepada bangsa Melayu itu sendiri. Keperluan untuk menguasai Bahasa Inggeris semakin mendesak tetapi dalam masa yang sama bahasa ibunda perlu di pertahan dan dimartabatkan. Dalam kedudukan inilah kekeliruan dan keraguan wujud. Justeru dalam usaha untuk menguasai bahasa Inggeris, bahasa Melayu
Namun jika diperhatikan, kejayaan negara maju seperti Jepun dan Korea mampu berjaya menguasai dan menghasilkan teknologi yang inovatif, kreatif dan saintifik melalui bahasa ibunda. Melihat kepada kedudukan Bahasa Melayu yang semakin disisih dan terpinggir oleh masyarakat Malaysia, maka kertas kerja ini cuba memulakan perbincangannya dengan melihat sejarah perkembangan bahasa Melayu, kedudukannya dalam Perlembagaan, institusi-institusi yang terlibat serta isu-isu yang berkaitan pemerkasaan bahasa Melayu ini.
Suatu fakta yang perlu kita ingati dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu adalah bahasa ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan telah terbukti sebagai bahasa yang menjadi tulang belakang pembinaan ketamadunan alam Melayu. Ia juga diangkat menjadi bahasa lingua franca (sebelum abad ke 13 lagi) di seluruh kepulauan Melayu (sebelum kedatangan Barat). Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan agama Hindu dan Islam di alam Melayu yang kemudiannya memperlihatkan ia menerima pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab.
Oleh kerana bahasa ini ditutur oleh setiap pedagang yang datang ke alam melayu khususnya di Melaka, ia juga menjadi bahasa perdagangan, pendidikan dan sebagainya. Bagaimanapun keunggulan dan kemegahan bahasa Melayu ini mulai merudum dan jatuh taraf serta statusnya di zaman British. Ia tidak lagi menjadi bahasa pengantaraan tetapi hanya sebagai bahasa pasar.
Kesan dari dasar pecah dan perintah oleh British telah membawa perubahan kepada sistem politik, sosial dan budaya. Melalui sistem pendidikan vernakular, bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di sekolah-sekolah Inggeris yang mana tahap pendidikannya berakhir hingga ke universiti.
Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain dalam "Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa di Malaysia" (1982: 6) berbanding sekolah Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, ia berakhir setakat sekolah rendah (6 tahun sahaja) yang hanya menjadikan anak-anak Melayu lebih baik sedikit dari ibu bapa mereka dan terus mewarisi ekonomi yang rendah.
Bahasa Cina dan Tamil juga menjadi saingan bahasa Melayu apabila semakin ramai imigran dari India dan China masuk ke Tanah Melayu dan ia dikembangkan lagi melalui sistem pendidikan yang dibiayai oleh mereka sendiri.Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri.
Sebelum merdeka, Malaya yang ditadbir oleh British menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan, maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Oleh sebab itu Perdana Menteri Malaysia pertama,
Objektif utama penulisan kertas kerja ini ialah bagi melihat peranan Bahasa Melayu yang dikategorikan sebagai bahasa Polinesia iaitu daripada keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya lebih dari 1000 tahun yang lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan iaitu di sekitar Jambi dan Palembang.
Dari aspek sejarahnya, bahasa Melayu kuno yang terawal dijumpai adalah pada batu bersurat bertarikh 682M yang dijumpai di Sumatera Selatan. Bahasa Melayu kini menjadi bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura.Di Indonesia bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia dan di Malaysia, bahasa Melayu pula dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada empat negara tersebut, penduduk di Selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka, dan Afrika Selatan turut menuturkan bahasa Melayu.
Dan menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi atau Bahasa Urdu.
Manakala sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu turut diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan lai-lain lagi. Malah bahasa Melayu juga diajar pada peringkat sekolah di Australia.
Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun kemudiannya nama "Bahasa Melayu" digunakan semula terutama dalam pendidikan. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.
Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Menurut Asmah Hj Omar (1984: 1-2), sebelum 1969, bahasa kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu tetapi sesudah peristiwa 13 Mei 1969 bahasa ini diberi nama baru tetapi nama baru ini umpama pakaian baru yang dikenakan oleh orang perseorangan untuk tujuan tertentu tanpa 
Nama ‘bahasa Malaysia’ mengambil tempat ‘bahasa Melayu’ kerana timbul hujah yang menyatakan bahasa Melayu seharusnya menjadi bahasa orang Melayu kerana bahasa ini adalah bahasa mereka dan bukan bahasa rakyat Malaysia seluruhnya (sedangkan bahasa Inggeris bukanlah bahasa orang Inggeris semata-mata).
Rusuhan kaum 1969 merupakan dorongan ke arah pertukaran nama bahasa kebangsaan dari bahasa Melayu ke bahasa Malaysia. Bahasa kebangsaan sebenarnya adalah bahasa yang dimiliki oleh setiap orang dan kepunyaan setiap warganegara Malaysia, dan sepatutnya tidak timbul ia bahasa kaum tertentu dan dipaksa ke atas kaum lain.
Stigma
Stigma inilah yang perlu dan wajib dihapuskan. Pemilihan bahasa kebangsaan lazimnya penuh dengan sengketa. Kaum etnik yang mendiami negara ini bagaimanapun bersedia untuk bersatu melalui satu bahasa kebangsaan. Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berlaku seawal 1947.
Sebuah perlembagaan cadangan telah dibentuk oleh All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang mewakili kaum bukan Melayu dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili orang Melayu. Mereka mencadangkan supaya bahsa Melayu dijadikan bahsa kebangsaan tunggal negara. Bagaimanapun, penggunaan bahasa-bahasa lain tidak dihalang (Abdullah Hassan 1997: 2).
Hasrat ini menjadi kenyataan apabila bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Termetrinya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik serta berbeza budaya, agama dan bahasa cuba untuk disatukan melalui bahasa.
Inilah antara perancangan sosial yang dibuat oleh pemimpin negara untuk menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia. Bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbir negara. Oleh sebab bahasa kebangsaan Malaysia adalah bahasa Melayu maka pada bahasa Melayu itulah terletaknya teras maruah bangsa Malaysia.
Sejarah mencatatkan bahawa perkembangan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan penggunaan tulisan Jawi apabila bahasa Melayu berinteraksi dengan perkembangan Islam di nusantara dan perluasan penggunaan bahasa Arab. Perkembangan media di negara ini juga memperlihatkan penggunaan tulisan jawi yang meluas. Malah tulisan jawi turut dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Namun setelah kemasukan dan pemerintahan British di Tanah Melayu,
Justeru, usaha kerajaan (melalui J-Qaf) dalam usaha maemartabatkan tulisan jawi juga diharap diberi sokongan yang sepenuhnya. Bahasa kebangsaan bermaksud bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara.
Fungsi utama bahasa itu adalah menyatukan rakyat. Bahasa rasmi pula bermaksud bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya. Melihat kepada fungsi bahasa rasmi itu maka bahasa kebangsaan juga adalah bahasa rasmi (Asmah Hj Omar 1985: 27).
Dalam konteks Malaysia, dari tahun 1957 hingga 1969 bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi dalam urusan rasmi dalam pemerintahan dan sebagainya, bahasa Inggeris masih digunakan di samping bahasa Melayu.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, "bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen: dengan syarat bahawa;- tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.
Berdasarkan peruntukkan tersebut, bahasa Melayu memiliki hak dan martabatnya dalam perlembagaan sementara bahasa-bahasa bagi kaum lain juga dipelihara dan tidak dinafikan haknya.
Bahasa Melayu kemudiannya memikul tugas sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta menjadi bahasa ilmiah (Nik Safiah Karim 1986: 1).
Rasional
Rasionalnya bahasa Melayu itu diangkat menjadi bahasa kebangsaan adalah kerana ia adalah bahasa lingua franca yang digunakan di Nusantara sejak berabad lamanya sebelum kedatangan penjajah. Menurut Abdullah Hassan (1987: 25) bahawa dalam isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia menyatakan, selepas 1969 kerajaan dengan lebih tegas menjadikan pembelajaran bahasa Malaysia lebih teratur. Langkah tersebut ialah 
Walaupun dalam Penyata Barnes 1951 ada menyatakan perlunya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan meletakkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah tetapi ia tidak melibatkan penggunaannya di peringkat sekolah menengah(Asmah Hj Omar 1984:18-19).
Melalui Penyata Razak 1956 menegaskan lagi kesungguhan kerajaan dan pemimpin (Jawatankuasa yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussain yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu) untuk memperkukuhkan bahasa kebangsaan, apabila penyata itu menyebut perlunya dibentuk sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah walaupun bahasa pengantar yang berbeza.
Penyata itu juga menyebut bahasa Melayu perlu diajar di semua sekolah (termasuk SRJK Cina dan Tamil) dan dijadikan syarat bagi sekolah-sekolah memperoleh bantuan kewangan dari kerajaan. Malah sebagai daya penarik kepada bahasa Melayu, Penyata Razak telah memberi nilai ekonomi kepada bahasa itu. Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bahasa Melayu.
Berkaitan dengan itu, enam perkara yang dijangka menarik minat rakyat terutama yang bukan Melayu adalah seperti berikut; kelayakan untuk mendapat jawatan kerajaan pada beberapa tingkatan, akan dipertimbangkan untuk memasuki sekolah menengah dan satu perkara mustahak dalam semua peperiksaan yang dianjurkan oleh kerajaan, dan syarat bagi sesiapa yang hendak mendapatkan biasiswa dari wang orang ramai (public funds).
Boleh diadakan bonus pada beberapa tingkatan dalam jawatan kerajaan untuk menggalakkan supaya orang ramai segera memperoleh bahasa itu begitu juga dengan wang bantuan diberi kepada sekolah-sekolah (yang menggunakan bahasa Melayu), juga bantuan kewangan ke pada sekolah bergantung pada kemajuan bahasa Melayu. Mulai hari itu, Bahasa Melayu dijadikan satu perkara penting dalam darjah latihan bagi guru dan dalam peperiksaan.
Sementara itu, laporan Rahman Talib 1960 memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu di sekolah apabila ia disarankan penggunaannya hingga ke peringkat menengah dan pengajian tinggi. Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan buat pertama kalinya dalam bahasa Melayu pada tahun 1962.
Sementara di peringkat universiti pula, Universiti Malaya telah menggunakannya sejak awal penubuhannya pada tahun 1959 tetapi ia terbatas kepada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditubuhkan pada 1970 juga telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar malah matlamat penubuhannya juga adalah untuk memperkasa bahasa kebangsaan itu sendiri.
Taraf bahasa Malaysia dari segi ekonomi dan perjawatan juga dipertingkatkan. Kelulusan kepujian bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti. Walaupun peraturan ini kemudiannya menyebabkan ramai yang gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan menerima banyak bantahan tetapi Kementerian Pelajaran tetap tegas melaksanakannya, misalnya melalui penyediaan Buku teks yang dicetak dalam bahasa Malaysia juga ditambah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di kalangan pengamal media pula, kerajaan memperluaskan penggunaan bahasa Malaysia dalam siaran radio dan televisyen atau alat sebaran am yang lain. Hanya masalah yang masih belum selesai dari dahulu hingga kini ialah penggunaan atau struktur ayat yang tidak tepat dan bercampur aduk antara bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia pada papan iklan dan papan tanda.
Secara tidak langsung situasi ini boleh menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri di samping tidak pekanya masyarakat dalam menggunakan struktur yang betul dalam bahasa Malaysia. Jika dilihat dalam bidang kewangan dan perdagangan, bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa lingua franca tetapi juga bahasa perdagangan yang membolehkan pedagang-pedagang Arab, Cina, India dan orang Melayu berurus niaga.
Tetapi, seelum ini, pada zaman Kerajaan Melayu Melaka mata wang syiling yang dikeluarkan dicetak dengan nama Sultan yang memerintah dan gelaran Islam baginda di sebelah lagi dengan menggunakan tulisan Arab yang menggambarkan pengaruh Islam dan kemelayuan sudah begitu akrab walaupun bahasa Melayu masih kurang digunakan lagi pada mata wang ketika itu.
Pada zaman British pula, 1938 Lembaga Suruhanjaya Mata wang Malaya ditubuhkan dan telah mengeluarkan wang kertas menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tulisan Jawi. Apabila British kembali ke Tanah Melayu selepas jepun kalah, bahasa Melayu tulisan Jawi sekali lagi digunakan dalam urusan kewangan (walaupun sedikit sahaja).
Wang-wang kertas pertama telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 1967 yang melambangkan identiti negara dan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Namun dalam urusan bank, penggunaan bahasa Inggeris cukup meluas, ditambah bank-bank tersebut pula adalah milik orang asing. Walaupun ada Akta bahasa Kebangsaan 1967 tetapi ia tidak melibatkan urusan pihak swasta, termasuk sektor kewangan dan perbankan (Ahmad Mohd Yusof 1995:35-36).
Agensi-agensi kerajaan adalah jentera pelaksana dasar bahasa Melayu. Antara badan penting yang ditubuhkan ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka yang ditubuhkan 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu. Melalui Ordinan Dewan bahasa 
Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa mengubal dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.
Peranan DBP
Pada awal penubuhannya, DBP ditugaskan untuk mencipta ejaan, istilah, kamus dan tatabahasa, juga menyatukan bahasa Melayu serantau serta mengembangkan sastera Melayu. Ia juga ditugaskan untuk membawa masuk ilmu ke dalam bahasa Melayu (Abdullah Hassan Januari Mac 1999:115).
Pada 14 September 1993 pula, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) ditubuhkan untuk mengambil alih tugas DBP bagi menterjemahkan buku ilmu. Selain DBP, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga mempunyai tanggung jawab untuk memperkasakan bahasa Melayu kerana merekalah yang memberi kelulusan papan tanda atau papan iklan.
Dalam hal ini mereka perlu bekerjasama dan meminta khidmat nasihat pihak DBP dalam penggunaan bahasa yang betul bagi menghadapi dan mendepani era kepesatan teknologi maklumat dan hegemoni bahasa Inggeris supaya bahasa ibunda adalah antara yang tidak menerima kesan yang mendalam.
Antara isu dan cabaran dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ialah; penggunaan struktur bahasa Melayu yang tidak betul atau penggunaan bahasa Inggeris secara meluas pada papan tanda iklan, penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang ilmu di sekolah hingga ke universiti, wujud pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kedudukan atau mencabar bahasa Melayu, pengguasaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia, penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris di kalangan pengamal media, kesungguhan dan perjuangan pemimpin kini memartabatkan bahasa, Bahasa Inggeris dianggap bahasa maju dan bahasa Melayu bahasa mundur, kurang keyakinan daripada rakyat Malaysia sendiri terhadap kemampuan bahasa Melayu.
Kita sering melaungkan slogan Bahasa jiwa bangsa, tetapi masih berjiwakah bahasa itu pada bangsa Malaysia. Sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan sebuah tamadun itu juga bersama bahasanya. Negara-negara seperti Jepun, Peranchis, Jerman dan sebagainya berjaya dengan bahasa ibunda mereka sendiri.
Impak dasar pecah dan perintah, orang Melayu telah dikelompokkan di kawasan luar bandar juga tertinggal jauh dalam pendidikan mereka, sedangkan penyebaran Bahasa Inggeris berpusat di kawasan bandar. Apabila sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya hingga
Ia telah melahirkan rakyat berilmu dan seterusnya membantu penjanaan ekonomi negara. Secara tidak langsung orang Melayu juga meningkat pendidikannya. Namun dalam persaingan globalisasi hari ini, seluruh pelosok masyarakat dari peringkat atas hingga ke bawah merasai keperluan untuk mempelajari dan menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris tanpa meninggalkan Bahasa Melayu.
Namun dalam hal ini sebahagian dari rakyat Malaysia tidak berkeyakinan dengan bahasa Melayu itu sendiri sehingga ia cuba dipinggirkan terus hingga menjadi bercelaru bagaimana untuk mempertahankan bahasa ibunda. Inilah kesilapannya yang dilakukan oleh pelbagai pihak, baik masyarakat atau pemimpin sudah meletakkan bahasa Inggeris lebih ke hadapan daripada bahasa Melayu.
Lantaran itu, rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini juga sebahagiannya tidak lagi menjadikan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sebaliknya lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan
Di sinilah letaknya cabaran untuk melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam masa yang sama bahasa Inggeris perlu dikuasai, sedangkan kedudukannya sudah lagi tidak dipertikaikan dalam perlembagaan. Ibarat kata Awang Sariyan (1984), kegagalan menguasai bahasa kebangsaan bererti gagal melaksanakan tanggung jawab menjayakan penyatuan bangsa.
Melalui bahasa juga identiti bangsa itu terserlah kerana ia akan memancarkan nilai dan konsep budaya bangsa itu. Dalam keadaan bahasa Melayu mendapat tempat di lebih 115 universiti di 35 negara yang mengajar bahasa Melayu, rakyat Malaysia pula bersikap seolah-olah malu dengan bahasanya sendiri.
Keyakinan bangsa itu sangat penting untuk melihat bahasa Melayu terus berada pada kedudukan yang sepatutnya dan bahasa Melayu itu juga bukan hak kaum Melayu tetapi Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa milik rakyat Malaysia.
Saya terbaca sebuah tulisan oleh Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam ( sheeaim@hotmail.com, irdina02@salam.uitm.edu.my, dan http://etnik553.blogspot.com) Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) telah mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menghapuskan PPSMI.
Apakah motif utama PLM bertindak sedemikian? Sesungguhnya perjuangan PLM dalam usaha memastikan bahasa Melayu didaulatkan sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah putus. Perjuangan PLM adalah berdasarkan kepada pertimbangan akademik, teoritis, perlembagaan dan kepentingan rakyat
Namun demikian PLM tetap merasakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu harus disegerakan pada tahun hadapan terutama kepada anak-anak yang bakal masuk pada tahun 1 dan tingkatan 1. PLM berasa amat kesal sekiranya perkara yang tidak terlalu sukar ini "disusah-susahkan" atau dilengah-lengahkan.
Peralihan kepada bahasa Melayu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini tidak sama seperti peralihan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu seperti pada awal tahun tujuh puluhan dahulu atau seperti beralih daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.
Pada umumnya bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan yang difahami oleh oleh semua anak-anak dan pelajar (tanpa kecuali) di negara ini berbanding bahasa Inggeris. Melengah-lengahkan usaha yang "mudah" ini bermakna menambahkan lagi jumlah pelajar "mangsa" PPSMI yang diakui sudah menjangkau angka 3 juta orang (walaupun pada hakikatnya mangsa PPSMI ialah tamadun dan bahasa Melayu itu sendiri). Kata-kata ini jelas menggambarkan iaitu "justice delayed is justice denied" atau keadilan yang ditangguhkan merupakan keadilan yang dinafikan.
Sebenarnya jika diteliti pelajar akan memulakan alam persekolahan dengan bahasa pengantar bahasa kebangsaan tanpa banyak masalah. Buktinya: PPSMI secara realitinya selama ini memang diajar oleh para guru dengan menggunakan Bahasa Melayu secara meluas atau bercampur-campur (demi kepentingan pemahaman pelajar) oleh para guru dan pensyarah memandangkan soalan dwibahasa dibekalkan dalam soalan peperiksaan sejak mula dilaksanakan sehingga tahun lepas.
Banyak sekolah memilih untuk mengajar dalam Bahasa Melayu. Buku teks sebelum tahun 2003 sebelum PPSMI dilaksanakan masih boleh dipakai dan dicetak. Penyediaan buku teks dalam dunia digital akan mengambil yang sangat singkat. Secara tidak langsung ini akan memberi peluang pekerjaan kepada pengilang dan pengeluar buku teks.
Malah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menyatakan kesediaan menterjemah bahan yang diperlukan dengan lebih cepat. Guru yang terlatih dalam Bahasa Melayu memang telah sedia ada, jadi tiada masalah tentang guru. Malah guru yang mengajar sains dan matematik pada masa inilah juga yang mengajar mata pelajaran yang sama semasa menggunakan Bahasa Melayu dahulu dan mengikuti pengajian berkaitan juga dalam Bahasa Melayu di universiti.
Mengajar semula dalam Bahasa Melayu menjadi sangat mudah kerana persekitaran pelajar memang membantu pembelajaran tersebut berbanding jika beralih ke dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu khususnya ialah bahasa basahan di rumah mereka, bahasa sehari-hari, bahasa yang difahami oleh seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa, suku kaum dan keturunan dan
Seterusnya PPSMI perlu dimansuhkan sepenuhnya dalam sistem pendidikan di Malaysia termasuk Tingkatan 6 dan Matrikulasi. Tiada sebab untuk pengecualian hanya bagi tingkatan 6 dan matrikulasi kerana sekurang-kurangnya selama kira-kira duapuluh tahun (1983 hingga 2003) bahasa Melayu telahpun digunakan dalam semua mata pelajaran termasuk sains, matematik dan teknologi bukan sahaja di sekolah rendah dan menengah malah sehingga di peringkat universiti dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, pergigian, kejuruteraan dan sebagainya tanpa menghadapi sebarang masalah besar walaupun buku rujukan dalam bahasa Inggeris tetap banyak di samping rujukan berbahasa Melayu sendiri.
Malah apabila semuanya sudah berbahasa Melayu sehingga tingkatan lima nanti, janganlah pada ketika itu baru disedari bahawa beberapa masalah akan timbul dan kita baru terkial-kial untuk mengubah secara melulu tanpa ada perancangan awal. Pada saya sebagai student Master Bahasa Melayu, kita perlu proaktif dari sekarang dengan menghormati "kedaulatan undang-undang" dan "keluhuran Perlembagaan" dengan menjadikan undang-undang dan Perlembagaan Negara tersebut sebagai pegangan di samping menyedari akan hakikat bahawa dasar bahasa negara ini yang sepatutnya menjadikan bahasa kebangsaan sebagai teras kepada tamadun dan kemajuan negara bangsa ini dan bukannya menggunakan bahasa negara lain untuk berperanan lebih daripada yang sepatutnya.
Malangnya nasib Melayu
Malang akan menyerkup kita, jika bahasa Inggeris diwajibkan sebagai prasyarat kelulusan dalam semua peringkat peperiksaan dari UPSR sehinggalah STPM, yang sepatutnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia perlu diwajibkan bukan sekadar lulus tetapi mencapai tahap bagi mendapat sijil bukan sekadar SPM tetapi semua jenis peperiksaan.
Istilah bahasa Melayu adalah istilah yang paling tepat dan benar di sisi Perlembagaan, undang-undang dan secara akademik. Sebarang rasa tidak senang untuk tidak menggunakan istilah yang tepat dan benar tersebut dapat menggambarkan perasaan negatif terhadap bahasa Melayu yang amat tidak wajar kerana semua warganegara satu Malaysia perlu menerima hakikat ini dan tidak ada mana-mana bahasa pun yang wajar ditukar namanya terlebih dahulu sebelum dipelajari oleh mana-mana pihak.
Kedaulatan bahasa Melayu dalam erti kata yang sebenar-benarnya perlu dipertahankan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di negara Malaysia yang satu-satunya ini tanpa berbelah bahagi.
Bahasa Melayu hanya akan benar-benar bermartabat jika digunakan dalam semua bidang pengajian di negara ini seperti sebelum tahun 2003
Dalam pada itu, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu wawancara dengan para wartawan, berkata, guru yang didapati berbuat demikian, akan diberi surat amaran. "Kita akan ambil tindakan kepada guru-guru, pengetua. Dia tidak boleh, (sebab dikira) dia melanggar dasar," katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini.
Berikutan itu, beliau meminta guru besar dan pengetua sekolah supaya memantau perkara itu. Beliau mengulas rungutan ibu bapa yang bimbang apabila diberi pilihan dwi-bahasa, para guru akan mengajar dua matapelajaran tersebut sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.
Mengulas lanjut kebimbangan itu, Alimuddin menjelaskan, guru terlibat tidak boleh mengajar sepenuhnya dalam bahasa kebangsaan kerana ia dikira melanggar dasar yang diputuskan kerajaan. "Dasar Pengajaran Sains dan Matemarik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak ada ubah lagi. (Ia) masih dijalankan sehingga 2012. Dan kita sudah ingatkan pengetua dan guru besar, (berjalan) macam biasa. "Cuma yang 100 peratus (mengajar) dalam bahasa Inggeris itu, dia akan ubah sikit. Tetapi saya tidak rasalah guru-guru akan ubah terus. Kita minta guru besar pantau juga. Dia tidak boleh ajar dalam bahasa (Melayu) sebab semua buku teks dan perisian dalam bahasa Inggeris," katanya.
Alimuddin juga berkata, mungkin wujud kekeliruan berhubung pemansuhan dasar kontroversi PPSMI itu. Menjelaskan perkara itu, beliau menjelaskan bahawa di peringkat UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), pengajaran sains dan matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016; PMR (Peperiksaan Menengah Rendah) sehingga 2013 dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sehingga 2015.
Menurut Alimuddin, pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Malaysia sepenuhnya mulai tahun 2017 untuk semua peringkat, kecuali tingkatan enam dan matrikulasi yang kekal dalam bahasa Inggeris. Sementara itu, ketua pengarah pendidikan menjelaskan, kementerian terbabit turut menjalankan program "Memartabarkan Bahasa Malaysia, Mengukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris" bagi meningkat penguasaan pelajar terhadap dua bahasa itu.
Sehubungan itu, kementerian terbabit memutuskan beberapa strategi, antaranya menambah masa pembelajaran bahasa, memperkenalkan konsep dua guru bagi kelas melibatkan ramai pelajar dan memperkenalkan program seni bahasa seperti pengucapan awam, bacaan puisi dan debat. Suatu fakta yang
Bahasa Lingua Franca
Ia juga diangkat menjadi bahasa lingua franca (sebelum abad ke 13 lagi) di seluruh kepulauan Melayu (sebelum kedatangan Barat). Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan agama Hindu dan Islam di alam Melayu yang kemudiannya memperlihatkan ia menerima pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab. Oleh kerana bahasa ini ditutur oleh setiap pedagang yang datang ke alam melayu khususnya di Melaka, ia juga menjadi bahasa perdagangan, pendidikan dan sebagainya.
Bagaimanapun keunggulan dan kemegahan bahasa Melayu ini mulai merudum dan jatuh taraf serta statusnya di zaman British. Ia tidak lagi menjadi bahasa pengantaraan tetapi hanya sebagai bahasa pasar. Kesan dari dasar pecah dan perintah oleh British telah membawa perubahan kepada sistem politik, sosial dan budaya.
Melalui sistem pendidikan vernakular, bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di sekolah-sekolah Inggeris yang mana tahap pendidikannya berakhir hingga ke universiti. Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain dalam "Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa di Malaysia" (1982: 6) berbanding sekolah Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, ia berakhir setakat sekolah rendah (6 tahun sahaja) yang hanya menjadikan anak-anak Melayu lebih baik sedikit dari ibu bapa mereka dan terus mewarisi ekonomi yang rendah.
Bahasa Cina dan Tamil juga menjadi saingan bahasa Melayu apabila semakin ramai imigran dari India dan China masuk ke Tanah Melayu dan ia dikembangkan lagi melalui sistem pendidikan yang dibiayai oleh mereka sendiri. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan selepas negara mencapai kemerdekaan dan berkerajaan sendiri. Sebelum merdeka, Malaya yang ditadbir oleh British menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama tetapi setelah mencapai kemerdekaan, maruah bangsa perlu dipelihara dan bangsa yang bermaruah mesti mempunyai bahasa kebangsaan sendiri.
Oleh sebab itu Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman menyatakan (Abdullah Hassan, 1997):, "kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah bahasa peribumi". Dengan itu, Kementerian Pelajaran hendaklah memfokuskan usaha memperkasa Bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran akan terus memberi fokus
Bagi mencapai misi ini, ianya perlu bergantung kepada kefahaman, penglibatan dan komitmen yang padu dari semua pihak, sama ada sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ini perlu dalam usaha pembentukan negara bangsa dalam konteks Malaysia.
Bagi membina negara bangsa seperti yang disasarkan kementerian itu, pembentukkan jati diri di kalangan golongan muda perlu ditekankan. Untuk itu, generasi muda perlu berpegang teguh dengan ajaran agama dan nilai moral, patriotik, hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran terbuka, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu.
Pada masa yang sama, peranan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), DBP dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam memartabatkan bahasa itu perlu berfungsi dan dinobatkan sebagai dalang utama memperkasakan Bahasa Melayu. Dengan itu, usaha dan agenda memperkasa bahasa akan terus dilaksana dengan teratur dan baik, khususnya di sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.
Ini bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan bahasa identiti untuk bangsa Malaysia, juga sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi moden, untuk itu kita perlu memberi penghormatan sewajarnya terhadap bahasa ini. Melalui langkah dan program yang akan dilaksana, semua pihak terlibat berhasrat melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bangga dengan bahasa Melayu sebagai identiti mereka.
Sehubungan itu, sebagai warganegara Malaysia, kita berharap supaya program-program yang berkaitan dengan usaha memperkasa bahasa Melayu perlu dilakukan secara berkesan dan melalui pendekatan lebih segar dan tegar. Pengisian program berkenaan harus lebih mantap dan disertai dengan pelan tindakan yang lebih berfokus agar dapat menarik penglibatan serta sokongan masyarakat.
Berhubung perkara ini, para pemimpin, terutamanya Pengerusi Jawatankuasa Induk berharap pelancaran tersebut dapat menyemarakkan perasaan cintakan bahasa Melayu. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hujung tahun ini bukan pengukur utama dalam membuat keputusan mengenai dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI).
Sementara itu, pelbagai aspek lain akan diteliti oleh kementerian sebelum keputusan muktamad mengenai perkara itu dibuat. Kementerian akan meneliti semua pandangan dan cadangan termasuk daripada persidangan meja bulat berkaitan pelaksanaan PPSMI yang berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
dirasakan kurang sesuai sebagai bahasa pengantara dan seterusnya sebagai alat perpaduan antara kaum. Tunku Abdul Rahman menyatakan (Abdullah Hassan, 1997):, "kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri. Apabila kita mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak sendiri. Untuk kepentingan kebangsaan, bahasa penjajah perlu digantikan dengan sebuah bahasa peribumi". menimbulkan sebarang perubahan pada dirinya. memperlihatkan perkembangan dan penggunaan tulisan rumi yang semakin meluas, sedikit demi sedikit penggunaan tulisan jawi semakin terpinggir. Malah pada hari ini kaum Melayu sendiri ada yang bermasalah dalam penguasaan tulisan jawi ini. dengan melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat. menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap. dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. ke peringkat IPT, ia telah berjaya membawa pendidikan ke semua lapisan masyarakat. terbanyak. PLM bergerak atas fakta, bukti dan bukannya emosi semata-mata. bukannya suatu bahasa yang aneh atau asing bagi warganegara ini. dahulu. Sehingga kini, Kementerian Pelajaran, di bawah Muhyiddin Yassin, menampakkan semangat baru dan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum 2012, sebelum pelaksanaan agenda baru memperkasakan bahasa Melayu. perlu kita ingati dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu adalah bahasa ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan telah terbukti sebagai bahasa yang menjadi tulang belakang pembinaan ketamadunan alam Melayu. kepada usaha memperkasa bahasa Melayu bagi menjadikannya bahasa ilmu dan asas perpaduan. Langkah itu adalah bersesuaian dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara yang menjadi tonggak utama keutuhan masyarakat berbilang kaum.
Selain pemimpin parti politik, persidangan kali terakhir itu turut melibatkan penyertaan daripada Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebelum ini, persidangan pertama bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan PPSMI melibatkan penyertaan pegawai Kementerian Pelajaran, institusi pengajian tinggi awam dan kesatuan guru, manakala persidangan kedua membabitkan badan profesional, korporat, individu dan guru.
Persidangan ketiga pula melibatkan penyertaan murid dan guru daripada semua jenis sekolah bandar dan luar bandar. Persidangan itu melibatkan pelbagai pemimpin parti politik termasuk parti pembangkang itu membuktikan dasar keterbukaan kerajaan dalam menentukan masa depan generasi akan datang. Matlamat persidangan itu untuk menyediakan satu platform bagi perkongsian pendapat dan cadangan mengenai pelaksanaan dan hala tuju PPSMI.
Persidangan itu tidak membuat resolusi atau menghitung yang mana menyokong atau menentang dasar ini tetapi kita gembira mendapat pandangan campuran daripada pemimpin parti politik. Siri persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berakhir dengan keputusan yang tidak mantap kerana kesemuanya mahu PPSMI dibatalkan terus dan usaha memertabatkan bahasa Melayu diutamakan.
Mereka bertikam lidah akibat berbeza pendapat berhubung pelaksanaan program itu. Sebilangan besar parti politik yang diberi masa selama lima minit untuk menyuarakan pandangan masing-masing berharap pelaksanaan PPSMI tidak akan menjejaskan tumpuan pelajar khususnya terhadap mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Semua wakil parti politik yang hadir termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengemukakan pandangan bernas mereka secara profesional dan mahu kementerian memberi keutamaan kepada pelajar ketika membuat keputusan mengenai pelaksanaan PPSMI.
Kita jangan sesekali mempersia-siakan usaha orang zaman silam menegakkan bahasa Melayu kersana berasaskan kepada sejarah awal yang dapat dikesan sejak zaman prasejarah, telah dibuktikan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal di alam Melayu ini. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, atau disebabkan oleh PPSMI rosak dan hancur bahasa ibunda tercinta.
Konsep Melayu
Sebagai penduduk tanahair ini kita mesti mengetahui dan menghayati konsep alam Melayu yang ada berkaitan dengan kawasan atau penempatan asal Melayu. Walaupun terdapat berbagai pendapat dan pandangan para pengkaji atau sarjana, tentang konsep Melayu yang telah dikemukakan, secara umumnya
Terdapat berbagai pendapat dalam usaha mencari pengertian dan asal usul Melayu itu, namun usaha itu kerapkali telah menimbulkan semakin banyak persoalan dan kekeliruan, yang boleh membawa kepada tiada penemuan yang jelas tentang Melayu. Dalam realiti didapati amat sukar untuk menerangkan kelompok Melayu itu, terutama apabila kelompok-kelompok kecil itu berusaha memperteguhkan identiti masing-masing. Misalnya, masyarakat Jawa, Minang, Krinci dan sebagainya berusaha membina identiti kelompok masing-masing.
Perbezaan kelompok itu membina sub budaya masing-masing hakikatnya adalah berbeza daripada kumpulan etnik yang lain seperti masyarakat Cina dan India. Dalam konteks ini Melayu itu terdiri daripada berbagai kelompok sosial yang menyatakan identiti masing-masing sebagai sub budaya bagi budaya Melayu yang lebih luas. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan kepada sejarah peradaban Melayu itu sendiri.
Dengan kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya yang membina masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas itu telah memberikan kekuatan yang menyatakan kekayaan khazanah budaya Melayu. Pengertian Melayu di Malaysia dinyatakan dengan lebih khusus dalam Perlembagaan Malaysia yang mempunyai kepentingan sosial dan politik. Pengertian itu berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam.
Pengertian Melayu itu lebih khusus yang merupakan sebagai bahagian daripada konsep Melayu yang lebih luas. Oleh itu, apabila berbagai kelompok sosial yang merupakan penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi dalam pengertian Perlembagaan itu. Pengertian Melayu itu sebagai idea yang dipakai dalam pentadbiran dan kepentingan politik terdapat pula perbezaan konsep Melayu yang dipakai dalam realiti yang berasaskan kelompok sosial Melayu dengan sub budaya masing-masing.
Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan perkembangan budaya Melayu di alam Melayu merupakan fenomena penting dalam pembinaan identiti Melayu dalam konteks yang luas itu. Peradaban Melayu itu telah dibina oleh kelompok-kelompok Melayu di alam Melayu ini umumnya dan dengan itu juga telah terbina identiti Melayu yang berasaskan tradisi sejarah yang sama yang dilalui oleh kumpulan Melayu itu. Penduduk asal atau orang Melayu yang mendiami di alam Melayu ini telah membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung dan melalui proses difusi budaya.
Pertembungan dengan peradaban India dan kemudian Islam telah memperkukuhkan peradaban Melayu sekian lama. Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu telah memainkan peranan penting dalam pembinaan pusat-pusat peradaban itu. Gelombang pengaruh peradaban dari India amat pesat mempengaruhi pembangunan peradaban di kepulauan 
Pengaruh-pengaruh itu meningkatkan peradaban Melayu. Namun kesan peradaban yang datang itu tidak pula menghilangkan identiti budaya Melayu itu. Kesan pengaruh peradaban India dan Islam ke atas budaya Melayu amat penting dalam meningkatkan pencapaian peradaban Melayu. Namun identiti Melayu dipertahankan, dengan menyesuaikan unsur-unsur budaya asing itu dengan keperluan dan kepentingan tempatan.
Walau bagaimanapun perubahan yang berlaku itu telah membina faktor-faktor bahasa, Islam dan tradisi budaya yang amat dominan dalam menyatakan identiti Melayu itu. Bahasa Melayu menjadi lingua franca terutama di pusat-pusat pelabuhan yang cosmopolitan sifatnya.
Di samping itu bahasa-bahasa yang digunakan oleh kelompok-kelompok sosial sebagai sub budaya yang berupa pinggiran. Kedudukan Islam semakin dominan berikutan dengan majoriti penduduk di alam Melayu ini menerima Islam. Dan seterusnya sebagai masyarakat serumpun tradisi budaya yang berasaskan sejarah budaya yang sama sudah pasti dapat menyatakan identiti Melayu umumnya. Kedatangan kolonial British di Semenanjung Malaysia dan kolonial Belanda di Indonesia atas kepentingan ekonomi telah campur tangan dalam segala urusan pentadbiran.
Kegiatan ekonomi kapitalis di barat telah mulai berkembang di alam Melayu dan turut mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan. Perkembangan ekonomi kapitalis yang lebih menekankan kepada maksima keuntungan, dan kemasukan modal serta teknologi dari barat telah membawa perubahan penting di negara ini, terutama di pusat bandar-bandar kolonial. Perkembangan ekonomi kapitalis di barat telah membawa perubahan dan pembangunan industri yang amat pesat.
Berikutan dengan ini maka industri budaya turut berkembang pesat, yang menjadikan unsur-unsur budaya sebagai bahan-bahan budaya sebagai bahan pengguna orang ramai sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain. Kehidupan penduduk bandar memerlukan bahan-bahan budaya itu sebagai bahan pengguna yang memberikan mereka pengisian keperluan yang lebih tinggi, misalnya sebagai bahan hiburan, pengisian masa lapang, dan sebagainya.
Perkembangan industri budaya di Eropah itu telah mendapat perhatian para pengkaji yang berpendapat perkembangan industri budaya itu adalah sebahagian daripada agenda golongan kapitalis yang mahu melemahkan golongan pekerja, iaitu dengan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat melekakan orang ramai daripada menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang lebih penting.
Oleh itu industri budaya dianggap memberikan keselesaan kepada golongan kapitalis dan memberikan peluang mereka menekan golongan pekerja. Perkembangan industri budaya di barat itu turut mempengaruhi penyebaran
Bahasa, modenisasi dan urbanisasi
Berasaskan idea kemodenan dan kemajuan itu bahan-bahan budaya barat itu amat disanjung tinggi dan dihormati penduduk tempatan, terutama penduduk bandar-bandar kolonial yang pesat mengalami proses modenisasi dan urbanisasi itu. Bahan-bahan budaya yang dibawa oleh kolonial itu mempunyai kedudukan yang tinggi, dan sebaliknya unsur-unsur budaya tempatan dianggap tradisi dan terkebelakang.
Kegiatan industri budaya menawarkan bahan-bahan budaya secara komersial kepada orang ramai. Kepentingan ekonomi itu kerapkali dieksploit oleh pengusaha industri itu, dengan berbagai kaedah yang bertujuan untuk mendapat perhatian dan minat orang ramai. Dalam kegiatan itu kerapkali pula pengusaha industri mengeksploit keinginan semula jadi manusia, seperti bahan seks, tanpa mempertimbangkan kepentingan sosial dan keharmonian sosial.
Perlakuan seperti ini selalu dianggap boleh membawa kesan-kesan buruk dan seterusnya boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Oleh itu, kerajaan atau pihak berkuasa perlu memberikan pengawasan dalam kepesatan penawaran bahan-bahan budaya itu.
Walau bagaimanapun kesedaran dalaman anggota-anggota masyarakat itu perlu diberikan ketahanan dalam menghadapi penawaran bahan-bahan budaya yang boleh membawa kesan buruk itu. Pengusaha industri budaya yang berusaha menawarkan bahan-bahan budaya secara meluas untuk kepenggunaan ramai itu, dengan menggunakan berbagai kaedah promosi, dan publisiti boleh melahirkan bahan-bahan budaya itu sebagai fenomenon budaya popular.
Dengan kemudahan teknologi moden, sistem pemasaran yang meluas, dan peningkatan ilmu pengetahuan telah membolehkan penawaran bahan-bahan budaya dilakukan secara meluas dan mampu melahirkan fenomenon budaya popular. Budaya popular kini didapati memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan orang ramai, iaitu merintasi semua peringkat anggota-anggota masyarakat.
Perkembangan bahan-bahan budaya popular itu sebagaimana telah diterangkan membawa bersamanya kesan-kesan buruk. Tetapi sebaliknya perkembangan industri budaya itu juga terdapat kepentingan dan keperluannya dalam pembangunan masyarakat budaya. Industri budaya telah memainkan peranan penting dalam membawa pembangunan ekonomi, misalnya pulangan ekonomi, memberi banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Industri budaya itu juga memainkan peranan penting dalam membawa perubahan budaya yang dengan jelas menyatakan budaya itu amat dinamiks. Budaya
Pembangunan yang dibawa oleh pemerintah kolonial di alam Melayu sebagaimana telah dinyatakan adalah atas kepentingan dan keperluan ekonomi. Bandar-bandar kolonial dibangunkan sebagai pusat perkembangan ekonomi. Di samping itu, perubahan dalam politik dan pentadbiran, sosial, dan pendidikan, tidak dapat dinafikan telah membawa perubahan penting kepada budaya. Perubahan itu turut mempengaruhi kehidupan orang Melayu.
Proses modenisasi dan urbanisasi yang dilalui penduduk bandar memerlukan pengisian keperluan-keperluan yang lebih tinggi, seperti bahasa Melayu, seni, hiburan, mainan, dan seumpamanya. Perkembangan industri budaya menawarkan berbagai bahan budaya yang dapat mengisi keperluan hidup orang ramai, terutama penduduk bandar-bandar moden itu.
Dalam penawaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu membawa bersamanya pengaruh budaya yang dianggap mempunyai kedudukan yang mempunyai nilai-nilai yang tinggi, yang menyatakan kemodenan dan kemajuan. Namun dalam perkembangan itu terdapat usaha yang telah dilakukan pada peringkat awal untuk menjadikan bahan-bahan budaya tempatan sebagai kegiatan industri.
Didapati industri menawarkan bahan-bahan hiburan Melayu telah mendapat perhatian ramai hingga boleh merosakkan bahasa Melayu sendiri kerana tenggelam oleh kehangatan bicara modenisme dan misalnya lagi ialah persembahan bangsawan pernah muncul sebagai bahan budaya yang diusahakan secara komersial dan tersebar luas di alam Melayu. Kemudian diikuti dengan perkembangan muzik Melayu, filem Melayu dan lawak jenaka yang ditawarkan secara komersial dan penyebaran dilakukan secara meluas di alam Melayu ini.
Dalam kes bahan-bahan hiburan yang diusahakan secara komersial dan tersebar luas itu membawa ciri-ciri yang berbeza daripada budaya Melayu tradisional. Walaupun terdapat unsur-unsur tradisi dalam perkembangan budaya popular moden itu, tetapi telah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa. Misalnya, bangsawan yang pernah amat popular dahulu membawa pembaharuan, dan kemodenan di samping terdapat unsure-unsur budaya tradisi di dalamnya.
Dalam masyarakat yang mengalami perubahan itu mahukan penawaran bahan-bahan budaya itu bersesuaian dengan perubahan yang berlaku. Persembahan bangsawan membawa bersamanya kemodenan dan pembaharuan. Juga dapat dikatakan penawaran budaya popular itu membawa bersamanya rites of modernization. Penawaran bahan-bahan budaya Melayu berikutan perkembangan industri budaya tempatan, pengusaha berusaha menyesuaikan antara tradisi dan perubahan.
Unsur-unsur tradisi masih dipertahankan bagi membolehkan bahan-bahan
Orang Melayu pada peringkat awal kurang menguasai teknologi moden. Misalnya, perkembangan industri filem, dan industri muzik , dari segi industri dan teknologi dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Orang Melayu memberikan sumbangan pengisian bahan dalam industri itu. Dengan kemudahan teknologi moden itu juga membolehkan penyebaran bahan-bahan budaya dilakukan dengan meluas. Misalnya alat cetak telah memainkan peranan penting dalam penyebaran bahan-bahan budaya Melayu.
Dalam pembangunan industri budaya Melayu umumnya, baik di Malaysia mahupun di Indonesia , perlibatan orang Melayu sebagai pengusaha industri, adalah secara kecil-kecilan. Tidak ramai orang Melayu yang terlibat dalam industri itu secara besar-besaran. Ini dapat dikaitkan dengan berbagai masalah yang dihadapi pengusaha Melayu, terutama dalam pengurusan, pemasaran dan kewangan.
Namun kerajaan berusaha memberikan bantuan dan sokongan dalam menggalakkan perkembangan industri budaya tempatan. Nilai-nilai kemodenan yang dipupuk sejak zaman kolonial terhadap bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu amat mendalam kesannya, Penduduk tempatan sentiasa memandang tinggi terhadap bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu.
Bahan-bahan budaya barat merupakan indeks atau ukuran sebagai teladan kepada perkembangan industri budaya Melayu. Perubahan yang berlaku terhadap bahan-bahan budaya dari barat itu turut mempengaruhi perubahan terhadap bahan-bahan budaya Melayu. Dalam bidang seni persembahan, seperti muzik, drama, teater, filem dan lawak jenaka Melayu pesat perkembang dan mengalami perubahan. Bahan-bahan itu perlu dilakukan pembaharuan dari masa ke masa bagi menyesuaikan dengan perubahan cita rasa budaya di kalangan para pengguna. Dalam bidang mainan pula, berbagai jenis mainan dari barat mendapat minat di kalangan penduduk tempatan. Keadaan yang sama berlaku dalam fesyen, perhiasan diri, perhiasan dalam rumah, penjagaan kecantikan, makanan, dan berbagai kegiatan pengisian masa lapang.
Fenomenon budaya popular dari barat yang dianggap moden dan maju itu sentiasa mendapat perhatian penduduk tempatan. Cita rasa budaya itu turut mempengaruhi perkembangan industri budaya budaya. Pertumbuhan dan panawaran bahan-bahan budaya popular itu didapati amat mempengaruhi gaya hidup orang ramai. Kesannya amat ketara dalam membawa perubahan, kemodenan dan kemajuan dalam perkembangan budaya Melayu.
Di samping itu tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kesan-kesan yang bercanggah atau kurang sesuai dengan tradisi budaya tempatan. Namun, masyarakat memainkan peranan penting dalam menentukan arah perkembangan
Pembangunan pesat industri budaya di negara-negara maju, dapat pula menyebarkan bahan-bahan budaya itu di peringkat global. Dengan itu memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara-negara maju. Kekuatan ekonomi dan kemajuan teknologi membolehkan negara-negara maju itu meningkatkan kualiti dan kekuatan bahan-bahan budayanya. Oleh itu bahan-bahan budaya negara-negara maju itu mudah di terima oleh penduduk tempatan. Nilai-nilai kemodenan itu dapat terus dipertahankan dan memperteguhkan kedudukan negara-negara maju, terutama barat sebagai negara yang memainkan peranan di peringkat global.
Dunia global
Penyebaran bahan-bahan budaya global itu membawa bersamanya budaya barat, memperkukuhkan nilai-nilai kemodenan dan kemajuan itu. Bahan-bahan budaya itu mempengaruhi budaya tempatan, menyebarkan ideologi barat secara berkesan dan seterusnya membawa kesan-kesan sosial dan budaya. Penyebaran bahan-bahan budaya global itu ada kesan baiknya, misalnya membolehkan industri budaya Melayu turut berkembang dan mempelajari kejayaan industri dari negara maju itu. Penyebaran bahan-bahan budaya global itu juga merupakan cabaran kepada pembangunan dan perkembangan industri budaya tempatan.
Pengalaman industri budaya barat dalam mencapai kejayaan, masyarakat Melayu dapat mempelajari untuk mencungkil dan menyelidiki unsur-unsur tempatan atau tradisi yang boleh dijadikan bahan keluaran industri, yang mungkin boleh disebarkan ke peringkat global. Kemasukan bahan-bahan budaya global di alam Melayu berlaku secara berleluasa, berikutan dengan kemudahan teknologi moden yang mampu menyebarkan bahan-bahan budaya dari negara-negara maju secara meluas.
Dalam tempoh masa yang singkat bahan-bahan budaya keluaran industri negara-negara maju itu dapat disebarkan secara global. Malahan melalui media massa yang berkembang pesat kini, dapat menyebarkan maklumat secepat mungkin secara global tentang perkembangan industri budaya atau bahan-bahan budaya global itu. Media massa seperti media cetak dan media elektronik memainkan peranan penting dalam membawa publisiti dan promosi perkembangan dan kemodenan bahan-bahan budaya di pasaran, serta amat berkesan dalam mempengaruhi cita rasa budaya penduduk tempatan.
Penyebaran bahan-bahan budaya global itu telah menjadi dunia semakin sempit, dan penduduk tempatan terdedah kepada perubahan yang berlaku di peringkat global. Pendedahan secara meluas itu menjadikan penyebaran bahan-bahan budaya global itu didapati semakin sukar untuk diawasi atau dikawal.
Melayu itu adalah dirujuk kepada penduduk asal di rantau alam Melayu ini. Indonesia. Kemudian Islam membawa peradaban penting kepada pembinaan peradaban Melayu. dan perkembangan bahan-bahan budaya barat itu di alam Melayu. Bahan-bahan budaya keluaran industri budaya itu diberikan nilai-nilai kemodenan dan kemajuan. popular mempunyai tempatnya dalam masyarakat yang pesat membangun. Tetapi perkembangannya itu perlukan pengawasan yang sewajarnya bagi menjamin perkembangan dan penawaran bahan-bahan budaya itu tidak membawa kesan-kesan buruk yang keterlaluan. itu diterima dengan baik oleh orang ramai. Misalnya, terdapat unsur-unsur budaya tradisi disertakan di samping membawa perubahan dan pembaharuan dalam persembahan itu. Perkembangan industri budaya itu disokong oleh perkembangan teknologi moden. budaya popular yang sihat, terutama di kalangan muda mudi. Pembangunan dan nilai-nilai kemodenan yang dipupuk zaman kolonial dahulu masih diteruskan apabila berlaku proses globalisasi budaya.
Misalnya, penyebaran media elektronik, dan internet yang disalurkan secara global didapati sangat sukar untuk dikawal atau diawasi.
Telah banyak diperkatakan tentang impak atau kesan penyebaran bahan-bahan budaya barat dalam proses globalisasi budaya ke atas budaya tempatan, atau budaya Melayu. Malahan bahan-bahan budaya barat itu selalu dianggap bercanggah atau tidak sesuai dengan suasana dan keperluan tempatan.
Selain itu, bahan-bahan budaya barat itu juga dikatakan telah membawa banyak kesan sosial kepada penduduk tempatan, terutama di kalangan golongan muda. Selalu dikatakan budaya popular barat menjejaskan nilai-nilai moral dan akhlak golongan muda tempatan. Budaya popular seperti fesyen pakaian dan rambut, perhiasan diri dan kesan daripada filem barat juga amat mempengaruhi golongan muda.
Oleh itu perkembangan budaya popular global itu selalu mendapat kritik dan teguran daripada golongan tua. Malahan, penyelewengan atau devian di kalangan muda selalu dikaitkan dengan penyebaran bahan-bahan budaya yang tidak dapat dikawal itu. Penyebaran pengaruh bahan-bahan budaya daripada industri budaya global atau negara-negara maju, selain membawa kesan-kesan sosial, turut membawa kesan-kesan budaya yang ketara.
Budaya Melayu sebagaimana yang telah dinyatakan mengalami perubahan pesat, iaitu budaya Melayu turut mengalami proses modenisasi dan urbanisasi, menyesuaikan dengan perubahan yang dibawa oleh bahan-bahan budaya asing itu. Keadaan ini bermakna mempengaruhi kedudukan budaya Melayu tradisi.
Warisan budaya Melayu didapati tidak mampu bersaing dengan perkembangan bahan-bahan budaya yang dibawa oleh industri budaya atau budaya popular itu. Misalnya, berbagai kegiatan seni tradisi semakin kurang mendapat minat ramai, dan ada antaranya telah lenyap. Perkembangan industri budaya Melayu yang turut dipengaruhi kegiatan industri budaya global, kurang berminat untuk menjadikan unsur-unsur budaya Melayu tradisi sebagai bahan budaya komersial.
Warisan budaya Melayu tradisional selalu dihubungkan dengan identiti Melayu. Dalam usaha mempertahankan tradisi itu bermakna usaha mempertahankan identiti yang melambangkan keperibadian Melayu itu. Orang Melayu sejak zaman pemerintahan kolonial dahulu menghadapi kebimbangan tentang pesatnya pengaruh budaya barat itu akan melenyapkan identiti Melayu, yang generasi Melayu kemudian tidak lagi dapat mengenali identiti Melayu itu lagi.
Pengertian identiti dalam konteks itu bermakna warisan budaya Melayu itu memainkan peranan penting dalam mempertahankan identiti Melayu itu. Orang Melayu di Semenanjung Malaysia sejak kesan perkembangan budaya kolonial dahulu telah memupuk kesedaran kebangsaan berasaskan kekuatan
Dalam pembinaan konsep budaya kebangsaan atau budaya Malaysia warisan budaya penduduk asal negara ini atau Melayu merupakan prinsip penting. Dalam menyatakan identiti Melayu itu, tidak dapat dinafikan bahawa tradisi itu memainkan peranan penting. Tetapi kita juga memahami bahawa tradisi budaya Melayu itu amat dinamiks dan sentiasa berusaha menyesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa.Sejak orang Melayu bertembung dengan peradaban asing, terutama India, Islam dan kemudian barat, budaya Melayu amat peka dalam menyesuaikan dengan perubahan dan keperluan semasa.
Dalam konteks ini, maka identiti Melayu itu juga berubah menyesuaikan dengan perubahan semasa. Pengertian identiti itu bukanlah suatu yang statik, tetapi dinamiks menyesuaikan dengan keperluan semasa, di samping mempertahankan identiti Melayu itu. Walaupun pengaruh peradaban asing itu amat kencang, terutama apabila orang Melayu menerima agama Islam dan kemudian ideologi kemodenan barat, dengan terdapatnya bijak pendai tempatan, maka identiti Melayu itu tetap dapat dipertahankan.
Perubahan budaya berlaku dan seterusnya memperbaiki atau mempertingkatkan pencapaian identiti, dan dengan itu menyatakan dengan jelas kemajuan yang dilalui masyarakat berikutan dengan proses penyesuaian dengan perubahan. Identiti itu menyatakan kemajuan yang dicapai masyarakat, di samping menyatakan warisan yang dipertahankan. Ini bermakna warisan budaya itu mungkin tidak menyatakan perubahan, tetapi menekankan kepada simbol atau lambing warisan tradisi.
Sebagai kes kita boleh meneliti pembinaan budaya kebangsaan yang diberikan penekanan oleh orang Melayu tentang warisan tradisi budaya Melayu sebagai lambang atau simbol peradaban Melayu yang telah dibina sejak zaman berzaman. Orang Melayu mahu mengekalkan warisan tradisi itu, misalnya dalam kesenian Melayu sebagai usaha menyatakan identiti Melayu. Namun dalam realiti seharian orang Melayu menerima bahan-bahan budaya moden yang terdapat di pasaran secara meluas itu.
Warisan
Dalam keadaan ini warisan tradisi budaya yang mahu dipertahankan itu mungkin tidak pula diminati atau dihayati ramai, hanya sebagai lambang, sedangkan bahan-bahan budaya moden yang dikeluarkan oleh industri budaya amat diminati ramai. Dalam konteks ini, identiti budaya itu tidak sahaja dinyatakan oleh warisan tradisi, malahan perubahan yang berlaku dalam bahan-bahan budaya atau budaya popular itu juga membawa identiti Melayu.
peradaban budaya Melayu masa lampau. Kesedaran semangat kebangsaan Melayu itu juga terkandung tentang warisan budaya Melayu tradisi, selain daripada bahasa dan Islam.
Pembinaan budaya kebangsaan misalnya, tidak sahaja terbatas kepada warisan tradisi, tetapi juga mengambil kira bahan-bahan budaya Melayu semasa, terutama hasil industri budaya yang amat pesat berkembang kini. Baik di Malaysia mahupun di Indonesia didapati usaha menghasilkan bahan-bahan budaya tradisi yang disebarkan sebagai penawaran secara komersial telah dilakukan sejak perubahan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh pemerintah kolonial. Misalnya, dalam bidang seni persembahan seperti muzik dan tarian, seni tampak seperti ukiran, dan pertukangan, perubahan tradisional, penjagaan kesihatan, makanan, perhiasan diri, mainan tradisional dan sebagainya.
Tetapi penawaran bahan-bahan budaya itu dilakukan secara kecil-kecilan, terutama di kalangan kaum tani yang memberikan perhatian menghasilkan bahan-bahan itu secara sambilan. Penawaran bahan-bahan budaya itu dilakukan dalam konteks tradisi, iaitu diusahakan secara manual secara kecil-kecilan dengan menggunakan kaedah dan teknologi tradisional.
Penawaran bahan-bahan budaya itu amat terbatas, misalnya dalam lingkungan kawasan yang terbatas, dan selalunya berlaku secara langsung antara pengeluar dan pengguna. Berikutan dengan perkembangan ekonomi dan teknologi moden, penawaran bahan-bahan budaya yang didatangkan dari negara-negara maju mendapat pasaran baik di rantau ini, sebagaimana yang telah dinyatakan atas kepentingan nilai-nilai kemodenan.
Walau bagaimanapun, berasaskan kepada perubahan yang berlaku itu terdapat usaha untuk membina industri budaya Melayu yang lebih baik dengan meggunakan teknologi dan pengurusan moden. Bahan-bahan warisan budaya Melayu dengan menggunakan teknologi moden turut dihasilkan sebagai bahan-bahan pengguna moden, misalnya muzik dan nyanyian, filem dan bahan-bahan kepenggunaan yang lain seperti batik, kraftangan, penjagaan kesihatan, dan seumpamanya turut tersebar luas sebagai usaha komersial tempatan.
Dalam perkembangan itu bahan-bahan budaya warisan itu disesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa. Misalnya, muzik dan nyanyian Melayu dihasilkan dalam bentuk teknologi moden sebagaimana perkembangan industri muzik negara-negara maju. Usaha meningkatkan pembangunan industri budaya tempatan berterusan, Kerajaan juga memberikan sokongan dan dorongan dalam pembangunan industri budaya tempatan.
Dengan cara ini dapat mengimbangi penyebaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari luar negara. Juga, pembangunan industri budaya tempatan itu mengekalkan pernyataan identiti budaya Melayu. Bagi menghadapi persaingan dengan kemasukan bahan-bahan budaya asing itu, kerajaan Malaysia misalnya, mengenakan berbagai sekatan atau dorongan bagi menjaga kepentingan industri budaya tempatan. Misalnya, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi terhadap bahan-bahan budaya yang menjadi saingan dengan pembangunan industri budaya tempatan.
Adakala kerajaan memberikan bantuan subsidi kepada industri budaya
Pembangunan industri budaya yang memberikan perhatian terhadap unsur-unsur budaya Melayu tradisional itu terpaksa menghadapi perubahan yang pesat, misalnya dari segi produk, penggunaan teknologi moden, pembungkusan, analisa kandungan, kaedah kepenggunaan dan sebagainya yang berbeza sama sekali dengan cara atau kaedah hasilan tradisi.
Walau bagaimanapun, perubahan yang berlaku itu tidak pula menlenyapkan identiti budaya Melayu. Malahan sebagaimana yang telah dinyatakan perubahan yang berlaku itu memainkan peranan penting dalam menyatakan peningkatan identiti masyarakat dan budaya Melayu itu. Pada umumnya masih banyak perkara dan luas bidang atau ruang lingkup untuk pembangunan industri budaya warisan Melayu.
Dalam pembangunan industri budaya Melayu itu, pengusaha industri perlu mengikuti perubahan bersesuaian dengan perkembangan semasa. Misalnya, pembangunan industri budaya itu perlu menitikberatkan tentang penyelidikan dan pembangunan yang intensif, penggunaan teknologi moden, sistem pengurusan moden dan kaedah promosi atau pasaran yang berkesan bagi membolehkan bahan-bahan budaya Melayu tradisional itu turut tersebar luas, hingga ke peringkat global.
Malahan, kerajaan juga turut memainkan peranan dalam penggalakan perkembangan industri budaya tempatan itu. Penawaran bahan-bahan budaya popular Melayu semasa amat pesat berkembang, melalui perubahan dan pembaharuan dari masa ke masa menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku di peringkat global. Misalnya, dalam bidang hiburan, seperti industri muzik, filem, fesyen, mainan, penjagaan kesihatan dan kecantikan memainkan peranan penting dalam perkembangan budaya popular semasa.
Media massa sebagai pembangunan teknologi moden merupakan saluran penting dan penyebaran maklumat tentang perkembangan industri budaya popular terutamanya pembangunan bahasa Melayu. Walaupun perubahan amat pesat berlaku, yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa, perkembangan budaya popular Melayu itu tetap terdapat nilai-nilai tempatan sebagai menyatakan identiti Melayu itu.
Proses kreativiti atau penciptaan, penyelidikan dan pembangunan serta penyesuaian bahasa Melayu dengan keperluan mendorongkan pesatnya perubahan yang dilalui bahan-bahan budaya popular itu. Pihak pengusaha yang mementingkan pencapaian ekonomi, tidak pula mengabaikan nilai-nilai budaya tempatan, terutama Islam dan tradisi yang menentukan kekuatan identiti Melayu itu.
tempatan bagi menjamin perkembangan industri budaya tempatan. Selain itu, kerajaan dan pihak-pihak tertentu juga menumpukan penyelidikan mendalam terhadap berbagai-bagai bahan budaya tempatan yang boleh dimajukan sebagai usaha komersial, misalnya dalam bidang herbal perubatan dan penjagaan kesihatan tradisional Melayu. 528
Penawaran bahan-bahan budaya Melayu yang kini tersebar luas berikutan dengan pesatnya pembangunan industri budaya, baik dalam menawarkan bahan-bahan budaya warisan tradisi Melayu mahupun bahan-bahan budaya popular yang dianggap moden dan maju, tetap mempertahankan dan mempunyai nilai-nilai identiti tempatan, khususnya Melayu.
Pihak pengusaha industri budaya Melayu memahami nilai-nilai budaya tempatan, dan bagi menentukan atau menjamin perkembangan industri itu, pengusaha sentiasa mematuhi atau mempertahankan nilai-nilai sosial tempatan. Pihak kerajaan dan orang ramai memainkan peranan penting dalam menentukan bahan-bahan budaya yang ditawarkan itu mematuhi atau tidak bercanggah dengan nilai-nilai sosial tempatan. Dengan ini bermakna perubahan yang pesat itu tetap mempertahankan identiti Melayu.
Berasaskan kepada sejarah pertumbuhan peradaban Melayu di alam Melayu ini, yang telah terbina sekian lama dan telah mengalami proses difusi budaya apabila bertembung dengan peradaban asing, serta penyebaran kelompok Melayu yang luas di rantau alam Melayu ini, maka terdapat asas-asas yang dominant yang mempertahankan kekuatan dan identiti Melayu itu. Sebagaimana telah dibincangkan latarbelakang sejarah perkembangan peradaban Melayu sebelum ini, peranan bijak pandai tempatan amat penting dalam menentukan perubahan dan memperkukuhkan identiti Melayu. Kepelbagaian subbudaya dan pengaruh asing dalam budaya Melayu hakikatnya mempertingkatkan khazanah budaya Melayu.
Bila alam Melayu dipisahkan penjajah
Apabila Indonesia dan Malaysia masing-masing mencapai kemerdekaan dan membina kawasan politik tersendiri, maka berlaku pula pemisahan dari segi geo-politik, dan ini seterusnya seperti berlaku pemisahan yang ketara. Sedangkan berasaskan sejarah peradaban dan budaya di alam Melayu ini, terdapat asas-asas yang dominan yang merupakan penyatuan identiti Melayu umumnya. Asas-asas yang dominant itu ialah sejarah kelompok Melayu yang berasaskan rumpun yang sama, tradisi budaya yang sama, bahasa Melayu merupakan bahasa yang dominan di alam Melayu ini sejak lama dahulu, dan Islam pula merupakan asas terpenting kerana majoriti Melayu di alam Melayu ini adalah Islam.
Nilai-nilai sosial yang dipupuk berasaskan tradisi dan Islam itu boleh dianggap sebagai asas penting yang merupakan benteng mempertahankan dan memperkukuhkan identiti Melayu. Perkembangan pesat industri budaya termasuk bahasa Melayu yang menawarkan bahan-bahan budaya secara meluas sentiasa dibatasi nilai-nilai sosial yang menyatakan identiti budaya Melayu itu. Berikutan dengan pesatnya proses globalisasi budaya, iaitu lambakan bahan-bahan budaya dari perkembangan industri budaya negara-negara maju, selalu dianggap membawa kesan-kesan buruk, terutama terhadap budaya tempatan,
dan seterusnya boleh menjejaskan identiti budaya tempatan.
Sebaliknya, didapati proses globalisasi budaya itu memainkan peranan penting dalam mendorongkan pengukuhan identiti tempatan. Masyarakat Melayu umumnya, sebagaimana masyarakat di negara-negara sedang membangun yang lain menyedari tentang pentingnya mempertahankan identiti tempatan bagi mengimbangi gelombang globalisasi budaya itu.
Malaysia dan Indonesia mempunyai asas sejarah peradaban yang sama, penduduk asal rantau ini daripada rumpun yang sama. Mereka berkongsi sejarah peradaban, tradisi budaya dan asas bahasa yang sama. Berasaskan sejarah peradaban yang lama itu, mereka telah membina identiti yang kukuh dan matang. Bijak pandai tempatan memainkan peranan penting dalam menyesuaikan perubahan dengan tradisi sehingga dapat mempertahankan identiti Melayu itu.
Pengaruh peradaban asing dapat mempertingkatkan kecemerlangan peradaban Melayu, namun identiti tetap dipertahankan. Kedua-dua negara itu kemudian dipisahkan dari segi pembangunan politik, ekonomi, sosial dan budaya oleh pemerintah kolonial. Kemudian terbina sebagai dua buah negara yang masing-masing membina pembangunan secara terpisah.
Suatu hakikat, penyebaran bahan-bahan budaya global telah memainkan peranan penting dalam menentukan persamaan dari segi kepenggunaan bahan-bahan budaya itu. Berhadapan dengan pesatnya penawaran bahan-bahan budaya dari perkembangan industri budaya negara-negara maju, yang telah bermula sejak zaman pemerintahan kolonial dahulu, kedua-dua negara menghadapi permasalahan yang lebih kurang sama, terutama dalam mengimbangi dengan kekuatan identiti tempatan itu.
Maka industri budaya tempatan turut memainkan peranan dalam menghasilkan bahan-bahan budaya yang mempunyai identiti tempatan atau Melayu itu. Kerajaan juga turut memainkan peranan dalam menggalakkan pembangunan industri budaya tempatan, agar bahan-bahan budaya tempatan dapat mengimbangi kepesatan penyebaran bahan-bahan budaya global itu.
Abad ke-21 adalah abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa dunia. Asakan gelombang globalisasi, liberalisasi dan pengaruh pasca modenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lenyap lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan dan budayanya.
Pembangunan bahasa Melayu menjelang 2020 jelas Dato’ A. Azizi Deraman menuntut pembetulan falsafah dan perspektif yang benar, yakni dengan meyakini bahawa pengembangan dan kemajuan ilmu untuk membina peradaban hendaklah dilakukan dalam bahasa sendiri. Bahasa Melayu katanya berhadapan dengan cabaran strategik, iaitu, pertama, kehilangan konsistensinya untuk melaksanakan program perkayaan dan penjanaan citra bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa dunia. Strategi baru perlu dirangka bagi pengembangannya yang
Kedua, keseriusan negara-negara berbahasa Melayu meyakini bahawa Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam yang diharapkan dapat berpadu tenaga untuk menjadi peneraju dan pemacu utama kemajuan bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi dalam konteks merealisasikan hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi Asia Tenggara atau suatu ketika mencapai status bahasa rasmi ASEAN.
Cabaran strategik ketiga ialah, kelunturan rasa bangga dan ‘megah bahasa’ dalam konteks penyatuan bangsa dan bahasa serumpun antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, setelah ratusan ribu istilah telah diseragamkan melalui kerjasama dalam MABBIM. Pengisian baru akan terbantut sekiranya ada perubahan dasar penggunaan bahasa yang tidak tegas atau tidak jelas di mana-mana negara serumpun berbahasa Melayu itu.
Seterusnya, keempat, kepustakaan ilmu dalam bahasa Melayu khususnya penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu dalam bidang sains dan teknologi tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan negara. Akibatnya bertambah buruk apabila kerap berubahnya dasar bahasa dalam sistem pendidikan. Institusi-institusi pengajian tinggi mula meminggirkan bahasa Melayu dalam kerja-kerja ilmu sebagai bahasa pengantar kuliah, syarahan, penelitian atau penyelidikan dan penerbitan. Jumlah penulisan dan penerbitan buku dalam bahasa Melayu akan kian mengecil.
Kelima, gerakan promosi bahasa dan eksport kebudayaan melalui kesalingan kerja melalui program pertukaran lebih banyak program televisyen yang berbudaya atau berbahasa Melayu; mempermudah dan memperbanyakkan aliran buku dan maklumat dalam bahasa Melayu; dan memanfaatkan internet dan multimedia semaksium mungkin di kalangan negara seratnau adalah masih berada di tahap rendah dan penyebaran ke seluruh dunia hendaklah dijadikan agenda serantau dan berpanjangan.
Bahasa jelasnya, adalah asas pembinaan tamadun bangsa dengan kesedaran tanpa diketepikan keperluan umat Melayu dan bangsa Malaysia menguasai bahasa-bahasa utama dunia yang lain. Tumpuan perancangan strategik memerlukan tumpuan pemerkasaan ke peringkat antarabangsa dengan suatu daya juang dan komitmen politik ke arah merealisasikan bahasa Melayu berperanan bagi maksud luar negara.
Gerakan ke arah menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa komunikasi Asia Tenggara; sebagai salah satu bahasa perdagangan rantau; salah satu bahasa komunikasi atau bahasa perdagangan Asia Timur; bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersat (PBB) dan terus diperkembang sebagai bahasa pengajian tamadun Melayu di institusi pengajian asing di luar negara seharusnya tidak dilihat sebelah mata.
Pada hemat saya, A. Aziz Deraman mahukan dunia pada abad ke-21 adalah dunia melayu haruslah dijadikan abad gerakan bersama mengangkat
Dalam pada itu, saya ingin menarik perhatian bahawa di Malaysia, terdapat banyak buah bandar-bandar utama yang aktif memperkasakan bahasa Melayu semenjak dahulu lagi, dan salah satu daripadanya ialah Alor Star. Alor Star serupa juga dengan kota-kota lain di utara Semenanjung Tanah Melayu seperti Taiping, Pulau Pinang dan Kangar (Perlis) malah menjangkau hingga ke Setul dan Ligur di Selatan Thailand mempunyai keseragaman pada segi dialek pertuturannya iaitu ‘dialek utara’.
Hal ini amat berbeza sama sekali dengan pertuturan yang lazim digunakan di negeri-negeri utara dan timur Semenanjung seperti Patani, Yala, Narathiwat termasuk Kelantan dan Terengganu yang tergolong sebagai ‘dialek Patani’. Gejala sedemikian rupa memperlihatkan kepada kita seolah-olah terdapat dua arus perkembangan bahasa yang berbeza di antara negeri-negeri di pantai timur-utara Semenanjung.
Sebelum munculnya Alor Star, beberapa kota telah pun wujud di Kedah yang masing-masing memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran silih berganti sesudah bertapaknya Islam di Kedah. Kota-kota tersebut ialah Kota Bukit Meriam (1136 - 1236) dan Kota Sungai Emas (1236 - 1323) yang kedua-duanya terletak di selatan Kedah. Kemudian berpindah ke utara Kota Siputeh (1323 - 1626) dan Kota Naga (1626 - 1654). Dari situ berpindah lagi ke utara yang kini terletak dalam negeri Perlis iaitu Kota Sena (1654 - 1664) dan Kota Indera Kayangan (1664 - 1687). Selepas itu berpindah balik ke selatan iaitu di Kota Bukit Pinang (1687 - 1735) dan Kota Star atau kemudiannya dikenali dengan nama Alor Star.
Menurut buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Alor Star telah diasaskan pada 15 Syaaban 1148 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah 11 (1710 - 1778). Pengaruh Luaran Dan Kesan Perkembangan Institusi Pondok Satu-satunya pengaruh luaran terutamanya dari negara jiran yang terdapat dalam teks penulisan lama di Kedah khususnya sastera yang bercorak cerita-cerita Penglipur Lara ialah adanya sisipan pengaruh Jawa di dalamnya.
Ini jelas terlihat dalam Hikayat Terung Pipit yang memasukkan perkataan Jawa seperti ‘arianingsun’, ‘segara kidol’, disamping nama-nama watak atau gelaran tokoh seperti ‘Sang Sinuhun’, ‘Pekulun’ dan sebagainya. Kata-kata tersebut merupakan pengaruh Cerita-Cerita Panji (Jawa) yang berkembang di kalangan istana atau keluarga DiRaja Kedah sejak abad ke 18 lagi.
Suatu ketika, nama-nama tokoh dalam Sastera Panji dari Jawa itu digunakan
Malah, jika diteliti keseluruhan teks puisi Syair Duka Nestapa yang ditulis oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II sendiri ketika berada dalam pembuangannya di Melaka (1831 - 1841) adalah benar-benar dipengaruhi oleh jalan bahasa dan kisah sebagaimana yang terdapat dalam Sastera Panji.
Walaupun hubungan Kedah dengan Siam telah berlaku begitu lama, namun tidak banyak pengaruh bahasa Thai yang terjelma dalam pertuturan ataupun penulisan dikalangan masyarakat bandar atau kota di Kedah. Pengaruh bahasa Thai dan dialeknya lebih banyak mempengaruhi masyarakat Melayu di luar bandar yang berjiran dengan negeri Siam, sehinggakan beberapa nama tempat di kawasan itu berasal daripada perkataan Thai atau Siam seperti Changloon yang bermaksud ‘gajah tersungkur’, Baling iaitu berasal daripada ban ling yang bermaksud ‘Kampung Kera’ dan sebagainya.
Ada diantara perkataan Thai itu disesuaikan sebutannya menurut loghat Kedah. Misalnya nama tempat Kodiang yang berasal dari kok deng yang bermaksud Pulau Merah, keras kedekiang yang merupakan ungkapan untuk menunjukkan benda yang terlalu keras juga berasal dari perkataan Thai iaitu kedokeng.
Walau bagaimanapun, beberapa perkataan Thai kini sudah diterima menjadi bahasa pertuturan sehari-hari, misalnya ‘lau’ (reban ayam) dan ‘nat’ (pekan sehari/minggu). Pengaruh jalan bahasa Arab dapat diikuti dalam kitab-kitab agama Islam sama ada yang dikarang atau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dari bahasa Arab sejak sebelum perang dahulu. Kitab-kitab karya Sheikh Daud Patani, Sheikh Abdul Samad Palembang dan lain-lain ulama terkenal yang pernah menetap lama di Mekah, tersebar luas di Nusantara melalui pusat-pusat pengajian agama Islam, terutamanya Institusi Pondok yang berkembang di beberapa buah negeri, termasuk Kedah sejak sebelum perang dahulu.
Kedah merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan ulama. Di antara tahun-tahun 1850 hingga 1935 terdapat lebih daripada 60 orang ulama di negeri ini. Disamping anak tempatan, ramai diantara mereka yang berasal dari Patani, Kelantan dan Sumatera mengasaskan perkampungan pondok masing-masing.
Ada di antara mereka yang dilantik bertugas sebagai kadi, mufti dan guru agama di istana. Nama-nama seperti Tuan Hussain Kedah dan Haji Wan Sulaiman Wan Sidiq amat terkenal pula dalam bidang penulisan buku atau kitab-kitab agama. Melalui perkembangan Institusi Pondok ini secara tidak
Jalan bahasa Melayu yang terdapat dalam kitab-kitab agama itu amat sukar difahami oleh orang-orang biasa dan oleh kerana itu, ulama atau guru yang mengajarnya bukan sahaja berperanan sebagai menghuraikan lebih lanjut pengertian isinya tetapi juga terpaksa menerangkan jalan bahasa yang sukar difahami yang banyak dipengaruhi oleh tatabahasa Arab.
Diperturunkan di sini tiga petikan dari karya yang berasingan penulisnya yang pada hakikatnya mempunyai persamaan gaya penulisan dan gaya bahasanya : Dan sanya telah datang pada khabar bahawasanya dunia ini lagi akan didatangkan dengan dia pada hari kiamat di dalam rupa perempuan tua yang sangat keji yang hodoh rupanya kelabu matanya menakut mukanya sanya telah terbuka daripada segala siungnya dan patah segala kakinya. Bermula syirik pada umatku itu terlebih tersembunyi daripada kaki semut yang berjalan ia pada malam yang sangat kelam di atas batu yang sangat hitam dan ria itu syirik kecil dan demikian lagi disuruh menjauhkan daripada pekerjaan yang bercampur bagi pekerjaan syirik dan pintak tolong pada menyampaikan hajat dan menolakkan segala penyakit dengan berhala dan hantu.
Ketahui olehmu hai salih bermula orang yang berakal itu tiada membimbang ia akan keinginan nafsu kerana ia mempusakakan lupa dan menghilangkan akal dan tiada bimbang ia dengan mempusakakan haram dan bertambah-tambah siksa dan tiada bimbang dengan perkataan dunia itu mempusakakan dosa dan menambah keras hati. Dengan itu dapat dikatakan bahawa para ulamak di Kedah telah memberikan sumbangan besar dalam mempertingkat dan meluaskan penggunaan Bahasa Melayu.
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, saya ingin tegaskan bahawa jasa mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai pelafaz perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran Islam sama ada yang berkaitan dengan akidah, syariah, tasawwuf dan tariqat sebenarnya adalah jasa yang amat besar. Dengan penggunaan tersebut mereka telah membuktikan kemampuan bahasa Melayu menghuraikan masalah-masalah berat dan ditinjau dari aspek kebudayaan, bahasa Melayu adalah merupakan bahasa yang sudah diislamkan, bahasa yang digunakan sejayanya bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aqliyah, rohaniah serta kebudayaan Islam.
Sebetulnya, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa ilmu bertugas sebagai penyalur percambahan ilmu-ilmu dari serata dunia ke dalam ketamadunan Melayu melalui keberanian pengucapnya yang terdiri daripada orang Melayu, dan bangsa asing yang sudah mesra dengan alam Melayu. Apakah kita yang dilahirkan di Negara ini masih tidak malu memuja bangsa orang dan cuba 
berkesan. peradaban serantau dengan keutamaan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penting dunia. Katanya bahawa untuk memastikan kejayaannya, maka beberapa tindakan positif yang sudah atau yang sedang diambil atau akan diambil itu hendaklah diberikan tunjangan langsung oleh kerajaan dan dengan kerjasama yang kukuh oleh pelbagai pihak. pula oleh tokoh-tokoh DiRaja atau pembesar di Kedah. Misalnya, nama asal Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845) sebelum baginda menaiki takhta ialah ‘Tengku Pangeran’. Begitu juga nama ‘Tengku Bisnu’, saudara baginda yang pernah menjadi Raja Muda dan juga ‘Tengku Anom’ putera saudara baginda yang pernah dilantik sebagai Ketua Delegasi Menghantar Bunga Emas ke Negeri Siam yang akhirnya menjadi raja memerintah negeri kecil ‘Kubang Pasu Darulqiyam’ (1841 - 1853). langsung turut berkembang Bahasa Melayu disamping Bahasa Arab menerusi pengajaran dan kitab-kitab yang digunakan.
dinobatkan sebagai bahasa tertinggi di dunia? Di mana maruah bangsa Melayu untuk meninggalkan bahasa sendiri?
Lantaran itu, sikap kita jangan berubah. Biar citra Dato’ Laksamana Hang Tuah yang mengangkat martabat bahawa ‘Melayu Tak Kan hilang Di Dunia’ benar-benar menjadi kenyataan!
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu Sebagai bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Abdullah Hassan (Januari-Mac 1999). Agensi Kerajaan dan Bahasa Melayu dalam Pemikir. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd.
Asmah Haji Omar (1984). Pengajaran bahasa Malaysia Dalam Konteks Peran cangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Haji Omar (1985). Perancangan bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Awang Sariyan (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti
Nik Safiah Karim (1986). Bahasa Melayu Persoalan & Pergolakan. Kuala Lumpur: Gateway Publishing House Sdn Bhd.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain (1982). Pembinaan bahasa Melayu- Perancangan bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad Mohd. Yusof, Mansor Jusoh, Juneidah Ibrahim, Abdul kahar Yaakob (1995). Laporan Kaji selidik Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Bidang Kewangan Dan Bank. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Adorono, Theodor and Max Horkheimer, 1944, The Culture Industry: Enlightenment as Mass Deception, Routledge.
Alatas, Syed Hussein, 1988, Mitos pribumi malas: citra orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam Kapitalisme Kolonial, Jakarta.

No comments:

Post a Comment