BAB III
RAGAM BAHASA DALAM BAHASA MELAYU
Pengenalan
Bagi memastikan perbincangan yang dilakukan selaras dengan objektif kajian, maka beberapa kata perlu didefinasikan dan dihuraikan. Jadi, tidak ada bahasa manusia yang tetap, seragam mahupun tidak berubah-ubah. Semua bahan manusia menunjukkan kelainan dalaman. Penggunaan sebenar berbeza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dan antara satu penutur dengan penutur yang lain, dari segi sebutan sesuatu bahasa , pilihan kata dan makna kata-kata tersebut, malah dari segi pemilihan penggunaan ayat khususnya dalam menyampaikan sesuatu hasrat atau mesej atau untuk menyatakan tujuan-tujuan tertentu. Pendekkata, wujud pelbagai keragaman dalam berbahasa. Buku ‘Ilmu Mengarang Melayu’ karya Pendita Zaa’ba (1965) telah menyenaraikan sejumlah lima belas ragam bahasa.
Konsep Ragam Bahasa
Terdapat pendapat dan pandangan tentang bahasa sebagaimana yang didefinisikan oleh Ferdinand de de Saussure,seorang sarjana Linguistik Swiss mendefinisikan bahasa yang diambil daripada buku Pedagogi Bahasa iaitu dengan satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya adalah bersifat dalam satu rantaian ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa (1988;4) . manakala seorang sarjana linguistik bangsa Amerika abad ke-20 Charles F. Hockett, dalam buku yang sama menyatakan bahasa adalah satu sisitem tabiat-tabiat yang sangat rumit.
Manakala Syamsuddin (1986;2), beliau memberi dua pengertian bahasa. Pertama, bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan dan perbuatan-perbuatan, alat yang dipakai untuk mempengaruhi dan dipengaruhi. Kedua, bahasa adalah tanda yang jelas dari keperibadian yang baik mahupun yang buruk, tanda yang jelas daripada keluarga dan bangsa, serta tanda yang jelas daripada budi kemanusiaan.
Menurut Wibowo (2001:3), bahasa adalah sistem simbol bunyi yang bermakna dan berartikulasi (dihasilkan oleh alat ucap) yang bersifat arbitrer dan konvensional, yang dipakai sabagai alat berkomunikasi oleh sekelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan pikiran.
Manakala ‘ragam’ bermaksud jenis, aneka atau macam. Oleh itu, ‘ragam bahasa’ menurut Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1965), mendefinisikan sebagai beberapa jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam karangan atau percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan
mempertajam hasilnya kepada faham pendengar dan pembaca. Dengan kata lain ragam bahasa ini dapat dikatakan sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu.
Manakala menurut Arba’ie bin Sujud (2010:133), menyatakan bahawa bidang penggunaan yang bertujuan untuk menguatkan dan mempertajam maksud supaya pembaca atau pendengar memperoleh kesan tertentu.
Pendapat Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1999;101) menyatakan bahawa ragam bahasa disebut juga seagai laras bahasa. Jadi, ragam bahasa ialah satu bahasa yang mempunyai cirri gaya penceritaan yang istimewa, yang digunakan untuk sesuatu bidang tertentu. Justeru, ragam bahasa merujuk kepada unsur bahasa bukannya unsur makna. Unsur makna bermaksud bahawa makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa ragam. Sehubungan itu, ragam bahasa merupakan variasi bahasa menurut pemakaian, yang berbeza - beza menurut topik yang dibicarakan, menurut hubungan pembicara , lawan berbicara dan orang yang dibicarakan dan menurut medium pembicaraan.
Manakala bagi Lufti Abas pula (1995;25) membuat tafsiran bahawa sesuatu bahasa mempunyai banyak ragam [variety]. Sosiolinguistik dan sosiologi bahasa secara relatif baru saja timbul dan berkembang. Telah banyak istilah untuk menunjukkan jenis-jenis ragam sesuatu bahasa. Menurut Lufti, terdapat banyak
takrif untuk sesuatu istilah untuk sesuatu ragam bahasa sehingga susah hendak dipegang takrif mana yang saling menyingkiri dengan takrif sesuatu istilah lain untuk sesuatu ragam yang lain bagi sesuatu bahasa. Baginya, ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat lain disebabkan beberapa kemungkinan.
Jenis-jenis Ragam Bahasa
Bahasa adalah medium utama karya sastera. Oleh itu, bahasa dalam karya sastera berperanan untuk mengetengahkan mesej-mesej penulis atau pengarang. Diski, frasa, ayat yang digunakan oleh penulis atau pengarang adalah perantara untuk diberikan tafsiran oleh pembaca atau khalayak, untuk memahami atau mentafsir makna. Dalam konteks ini, akan wujud pelbagai tafsiran, pertembungan makna penulis dan pembaca, perbezaan menginterpretasikan.
Hal ini demikian kerana bahasa sastera yang digunakan dalam sesuatu teks sastera memili keluasan makna, kepelbagaian tafsiran dan mengungkapkan pemerian makna selapis dan berlapis. Justeru, fungsi dan kedudukan bahasa dalam karya sastera sangat penting kerana tanpa bahasa, tidak terlahir makna yang ingin disampaikan oleh penulis dalam ujana kreatifnya.(Arba’ie bin Sujud 2010;131)
Sehubungan itu, sebagai pembaca, mesti ada keupayaan memanipulasikan bahasa melalui penafsiran makna, pengaplikasian disiplin linguistik dan pengenalpastian bahasa sastera telah memberikan pilihan kepada mereka untuk mengetahui fungsi bahasa dalam teks sastera secara lebih terbuka. Hal ini dikesan melalui pencernaan sistem bahasa dan pengaplikasian seni bahasa yang terdapat dalam karya sastera yang dikaji. Oleh yang demikian terdapat pelbagai jenis ragam bahasa yang dikenal pasti berdasarkan buku ‘Ilmu Mengarang Melayu’ ksrys Pendita Zaa’ba [1965] telah menyenaraikan sejumlah lima belas ragam bahasa. Antaranya :
i. Bahasa Sindiran
Perkataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang dengan tidak disebutkan secara tepat, hanya disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain kerana tidak mahu disebut secara terang-terang. Jika orang yang ditujukan itu mengerti, maksud sindiran itu dapat dirasakannya (Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam 1985;304) . Manakala, maksud lain ialah pernyataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang yang tidak ditujukan secara tepat atau dikias-kias (Arba’ie Sujud 2010;133).
Secara amnya, ragam bahasa sindiran ialah perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Sindiran ini tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang. Contoh yang berkaitan jenis ragam bahasa ini ialah;
a) “Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah.”
b) “Berdrama sana,berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta,di tengah sawah”
c) “Kalau tak ada rotan,akar pun berguna juga.”
d) Aku seorang sahaja yang bekerja bagai nak mampus di sini.
ii. Bahasa Menggiat
Ragam bahasa mengiat ini seakan-akan bahasa sindiran juga tetapi tiada berisi kiasan, maksudnya hanya sekadar mengusik dan kadang-kadang untuk bergurau tetapi kadang-kadang bersungguh-sungguh hingga boleh menimbulkan perasaan malu kepada orang yang kena giat (Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam 1985;304) . Selain itu, bahasa menggiat juga seperti bahasa sindiran yang lazim bertujuan mengusik.bergurau atau serius sehingga menimbulkan kesan mendalam kepada yang berkenaan.
Secara analoginya, ragam bahasa jenis ini biasanya ditujukan tidak tepat kepada seseorang. Nadanya seakan-akan juga sindiran. Namun begitu, tujuannya agak berbeza iaitu untuk mengusik, bergurau senda atau kadang kala bersungguh-sungguh betul, jika benarnya orang yang terkena atau dimaksudkan menjadi malu.
Hal ini dapat dilihat dalam contoh berikut;
a) Boleh tahan jugak orang ini
b) Amboi, besarnya hati kawan kita nak berkahwin dengan puteri raja.
c) Hai! Dah jadi orang Bandar, takkan nak ke kampung semula.
d) Eh! Orang dah senang takkan nak makan anak-anak ikan lagi.
No comments:
Post a Comment