Wednesday, 18 July 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON-[ditulis oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 5; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON

[SAMBUNGAN ]
RAGAM BAHASA - a-Ragam pantun
                                   b-Ragam jawapan sindiran
                                   c-Ragam sindiran
                                   d-Ragam mengingat

          Contoh yang dikemukakan oleh Ab. Rahim Mahmood dalam penulisan artikelnya begitu cukup menarik untuk kita renungkan iaitu ragam sindiran, bermaksud menggunakan bahasa terus dengan kata tanpa menggunakan bahasa berlapik. Bahasa yang digunakan lebih bersifat sindiran, cabaran dan sebagainya.  

            Selain itu, seorang lagi pengkaji bahasa yang telah menerapkan ragam bahasa ialah Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa [1985;301] menerangkan secara jelas berkenaan ragam bahasa. Beliau telah menerangkan berkenaan bahasa kiasan dan ragam bahasa dengan contoh yang mudah difahami. Dalam bukunya, beliau telah menyenaraikan beberapa ragam bahasa iaitu bahasa sindiran, bahasa menggiat, bahasa mengejek, bahasa terbalik,    bahasa merajuk, bahasa tempelak, bahasa herdik, bahasa besar, bahasa kecil,  bahasa naik, bahasa turun, pertanyaan ingkar, bahasa seruan atau keluhan, bahasa berulang, bahasa bertimbal , bahasa bukan dan bahasa jenaka. Jadi, beliau telah menyenaraikan banyak ragam bahasa untuk pengkaji-pengkaji bahasa berfikir. Contoh yang terdapat dalam ragam bahasa ialah bahasa bukan. Beliau memberi tafsiran bahawa memakai kata “bukan” Dahulu daripada sesuatu perkataan yang lain tetapi tujuannya adalah untuk menyatakan “ya”
                                    Contoh;
                                                 Bukan aku bodoh.
                                                 Bukan main lagi.
                                                Bukan dia tidak tahu.



Kemunculan buku Kajian Bahasa telah melengkapkan penggunaan ragam bahasa dalam mana-mana novel. Kehadiran dan kemunculan ragam bahasa menjadi lebih menarik dan bertenaga.
          Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh para sarjana didapati bahawa sememangnya kajian terhadap ragam bahasa menerusi kajian novel atau penulisan buku, artikel, jurnal dan sebagainya telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Mereka telah mengkaji dan menghuraikan secara terperinci berkenaan         jenis-jenis ragam bahasa. Justeru, berdasarkan sorotan kajian-kajian yang dinyatakan oleh pengkaji sebelum ini, jelas menggambarkan bahawa ragam bahasa memainkan peranan yang penting dalam perumusan rumus tatabahasa bahasa. Hal ini kerana ragam bahasa sememangnya tidak terhad pada  sesuatu bidang khusus sahaja. Jadi, bahasa merupakan wahana atau alat  berkomunikasi, alat berfikir dan alat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.

            Oleh yang demikian, bahasa harus berkembang. Menerusi ragam bahasa kita dapat menyenaraikan pelbagai jenis ragam bahasa. Hal ini kerana ragam bahasa itu sebagai sesuatu yang menarik semasa menulis atau berkarya. Secara tidak langsung, masyarakat akan menambah perbendaharaan kata dalam bahasanya jika perbendaharaan kata yang sedia ada tidak mencukupi.

[BERSAMBUNG BAHAGIAN 6]..........

                                                           BAB III

                        RAGAM   BAHASA  DALAM   BAHASA   MELAYU

                                                            Pengenalan
.......................................................................................



No comments:

Post a Comment