Monday, 16 July 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.-[disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 4; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.
BAB  II

                                                SOROTAN KAJIAN

                                                       Pengenalan

            Kajian   tentang   ragam   bahasa   telah   mula   menarik   perhatian pengkaji-pengkaji   bahasa   sama   ada   sarjana Barat   ataupun   di   Malaysia. Antara sarjana   yang   sinonim   dengan   analisis   ragam   bahasa   ialah, Raminah Hj. Sabran dan   Rahim   Syam , Kamarudin   Hj   Husin   dan   Siti   Hajar   Hj   Abdul   Azizi, Lufti Abas , Hassan Ahmad dan Arba’ie Sujud.

            Dapatan   kajian   para   pengkaji   kebanyakannya  telah diterbitkan di dalam   buku,   jurnal,   majalah, teks  dan  sebagainya.  Walau   bagaimanapun, pengkaji   begitu   sukar   untuk   mendapatkan   hasil   kajian   tesis   secara ilmiah. Hal ini   disebabkan   kebanyakan   kajian  ilmiah  yang   dihasilkan   adalah   dalam bentuk gaya   bahasa   di   dalam   sesebuah   novel. Walaupun   gaya   bahasa   merupakan hasil kajian sastera, namun hasil kajian daripada pengkaji bahasa ini, telah memberi banyak panduan dalam pembinaan kerangka   teoritis   serta   dapat   dijadikan   panduan semasa melakukan penulisan.    
                                                                
                                                Kajian-kajian Lepas

            Hakikatnya, kajian ragam bahasa telah menarik minat ramai pengkaji bahasa. Salah seorangnya ialah Mat Isa bin Yunus (1978) yang telah membuat kajian berkenaan   tesis   iaitu   “34 Ragam Gaya Bahasa Dalam Penulisan”  . Walaupun demikian, gaya bahasa merupakan satu gaya unsur sastera , namun dalam kajiannya terdapat ragam bahasa boleh dijadikan panduan alam kajian ini. Dalam kajiannya, beliau memberi enam tafsiran berkenaan ragam bahasa iaitu:
i.                    Pendita Za’ba, dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu, tahun 1934.
Ragam yang khas bagi merupakan bahasa dalam karangan atau     percakapan, kerana menguatkan tujuan kata dan kefasihan.
ii.                  Djamalul Abidin Ass, dalam bukunya berjudul 302 Tanja Djawab Kemampuan Bahasa-Gaja Baru, tahun 1955:
Tenaga yang terkandung dalam bahasa untuk mendapatkan [menimbulkan] ekspresi individual.
iii.                Drs. M.S. Hutagalung, dalam bukunya Tanggapan Dunia Asrul Sani, tahun 1967:
Salah satu alat untuk menghidupkan penceritaan itu ialah gaya bahasa, iaitu segala gaya pengarang untuk melaksanakan efek estetik.
iv.                Drs. M.S. Hutagalun, dalam bukunya ,  Djalan Tak Ada Udjung, Mochtar Lubis, tahun 1968:
Meninjau gaya bahasa seseorang pengarang ialah menyelidiki              
 bagaimana ia mempergunakan dan mempermainkan bahasanya dalam memilih ungkapan-ungkapan, membuat perbandingan-perbandingan, menyusun kaliamat dalam batas aturan bahasa itu sendiri hingga menarik pembaca.
v.                  Hassan Noel Ariffin, dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia:
Cara menyusun kata-kata atau kalimat, menurut yang paling indah pada perasaan pengarang atau pembaca.
vi.                W.J.S. Poerwadarminta, dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia:
Gaya bahasa ertinya ragam bahasa.

Dalam kajiannya juga, Mat Isa bin Yunus menyenaraikan jenis-jenis ragam bahasa, antaranya iaitu retoris(pertanyaan ingkar), ironi( sindiran halus) , eufemisme (menggiat), sinisme(mengejek), sarkasme(tempelak), herdik, litotes(merajuk), seruan dan sebagainya. Setiap ragam bahasa yang dikaji, dihuraikan dengan lengkap dan menarik. Contohnya, ragam bahasa menggiat lebih kurang sama dengan menyindir tetapi mengandungi kiasan di dalamnya. Ungkapan-ungkapan yang sengaja didialogkan supaya lebih halus apabila didengar , demi kerana kesopanan serta sikap bertimbang rasa. Contoh dialog atau ungkapan, iaitu:
Eh, masakan tak tahu pula engkau! Sekarang musim harga getah sedang   melambung, sepuluh dua jangan diherankan, itu cuma beberapa keping getah saja.”


                     [maksudnya menggiat rakan yang berbelanja besar]

                                                               
“Orang mahu cepat kaya, kan harus begitu! Kalau selalu-selalu mahu berbelanja bila pula kayanya?”
                      [maksudnya menyindir atau menggiat rakan yang kedekut]

“kalau sering-sering begini, lambat-laun kau boleh sakit otak.”
                   [maksudnya menyindir iaitu seseorang itu boleh menjadi gila]

            Selain itu, dalam kajiannya ada menyatakan berkenaan jenis ragam bahasa yang mengejek yang hamper sama dengan jenis menyindir, tetapi dengan sebutan yang lebih tajam. Tujuan dialog itu dituturkan untuk menimbulkan kemarahan orang yang kena sindir , mempermainkannya atau sengaja hendak memperbodoh-bodohkannya. Contoh dialog, iaitu:
“Ya,memang ada orang-orang yang kepalanya menjadi besar, yang menyangka nasib Indonesia ada di dalam tangannya.”
    [maksudnya ada yang mengakui bahawa dia berkuasa dan boleh menjaga   negaranya]

“Lihatlah tuan-tuan, fikirkanlah! Rupanya begini orang yang kasihkan bangsa; Syabas!!.”
     [maksudnya mengejek; supaya mengajak masyarakat melihat dan berfikir tentang pembohongan yang dilakukannya oleh seseorang]

            Banyak ragam bahasa yang diketengahkan oleh beliau dalam kajian ilmiahnya. Walaupun kajiannya lebih kepada gaya bahasa dalam bentuk sastera, namun penggunaan ragam bahasa boleh dianggap sebagai pembuka jalan dalam kajian bahasa. 
                                                             
            Selain itu, seorang penulis tesis iaitu Idruwani bt Idrus([2006) yang    telah membuat kajian bertajuk “Gaya Bahasa Dalam Novel Koserto Terakhir”. Walaupun kajiannya lebih kepada gaya bahasa sastera, namun kajiaannya ada menyentuh   berkenaan   penggunaan   ragam   bahasa. Ragam   bahasa   yang   dikaji, antaranya ialah totologi atau bahasa berulang, ironi atau bahasa sindiran , sinisme atau bahasa  ejekan,  sarkasme  atau  bahasa  tempelak  dan  litotes atau bahasa merajuk. Di sini ditunjukkan contoh Totologi atau bahasa yang berulang terdapat dalam kajiannya iaitu Irdiwani member maksud totologi ialah mengulang kata berturut-turut dalam sesebuah kalimat. Maksudnya, untuk menguatkan atau mengukuhkan maksud atau tujuan sesuatu kata itu. Contoh perulangan ayat;
“Sah!Sah!” Mamat melaung ketika mereka hampir sampai ke biliknya.
                                                                                                            [hlm  8]
“Bagus!Bagus!” kata Encik Bakar. “Belajar sedikit saja lagi. Hilmi sudah boleh menggunakan tangan dan kaki.”
                                                                                                            [hlm  89]
            Perkara penting yang perlu kita di sini sedari ialah penggunaan ragam bahasa dalam   sesuatu   karya. Jadi,   walaupun   pengkaji   tidak   menyedarinya  sedikit sebanyak telah mengembangkan penggunaan ragam bahasa dalam sesuatu karya.

            Secara jelasnya, pengkaji berasaskan kajian ragam bahasa secara ilmiah berdasarkan karya atau novel masih kekurangan dan penggunaan ragam bahasa hanya terdapat  dalam kajian ilmiah berbentuk sastera. Namun, maklumat dalam   bentuk buku, artikel, dan sebagainya masih wujud.  

            Selain itu, kajian berkenaan ragam bahasa banyak dikaji dalam karya-karya sastera. Keadaan ini boleh dilihatdalam buku M. Leaska Virginia Woolfs To the Lighthouse: A Study in Critical Method(1996) yang mengemukakan  ragam bahasa watak-watak   dalam   satu novel saja. Dalam  bukunya, Leaska   mengemukakan beberapa ciri bahasa bagi ragam bahasa watak-watak dalam novel itu. Hasil penyelidikannya ii menunjukkan dengan jelas bagaimana ragam-ragam bahasa yang berbeza bagi sudut-sudut pandangan yang berbeza merupakan salah satu unsur keindahan yang penting dalam karya sastera. Dalam kajiannya, jelas menunjukkan watak-watak memainkan peranan penting untuk membentuk ragam bahasa.

            Buku Kritikan Karya Sastera: Keindahan Ragam-ragam Bahasa, (1995) karya Lufti    Abas      pula         lebih        kepada          mengemukakan         huraian       tidak formal yang didahului huraian formal bagi beberapa ragam bahasa dalam laras sastera dalam   bahasa   Melayu dengan   tujuan   untuk   menerangkan keindahan karya sastera secara lebih meyakinkan. Sehubungan itu, buku ini lebih kepada laras sastera dalam membincangkan ragam-ragam bahasa.  
                                        

            Dalam buku yang sama, Lufti Abas juga mengulas hasil kajian Farid M.  Onn(1992) tentang ragam-ragam bahasa dalam novel Awang Had Salleh Biru Warna. Jadi, penemuan-penemuan lebih menjelaskan kekerapan penggunaan kata nama abstrak bagi ragam bahasa dalam novel berkenaan, sebagai contoh, banyak kata nama abstrak dituturkan oleh kesembilam watak dalam novel itu.

            Menurut Arba’ie Sujud, (2010;133) telah membuat penghuraian berkanaan ragam bahasa. Beliau telah menekankan tentang peranan bahasa dalam sastera. Dalam bukunya, Arba’ie Sujud  menghuraikan makna ragam bahasa dan     jenis-jenis   ragam   bahasa   dengan   contoh-contoh   yang   begitu   menarik. Menurut bukunya, ragam bahasa dalam konteks ini merujuk kepada ciri gaya penceritaan yang penggunaannya bertujuan tertentu. Antaranya, untuk menguatkan dan mempertajam maksud supaya pembaca atau pendengar memperoleh kesan tertentu. Antara ragam bahasa ialah bahasa sindiran, bahasa menggiat, bahasa mengejek, bahasa terbalik, bahasa turun, bahasa naik, bahasa besar dan bahasa kecil. Dalam penghuraian ragam bahasa,Arba’ie Sujud telah memberi beberapa contoh ragam bahasa berdasarkan karya-karya tertentu dengan dialog yang begitu mudah difahami dan digambarkan.     Contohnya dalam   bahasa menggiat, bermaksud bahasa sindiran yang lazimnyabertujuan mengusik, bergurau atau serius sehingga menimbulkan kesan mendalam kepada yang berkenaan. Hal ini dapat dilihat dalam contoh berikut;
        i.            Boleh tahan jugak orang tua ni!
      ii.            Amboi, besarnya hati kawan kita nak kahwin dengan puteri raja.

            Daripada kajiannya, beliau menyatakan bahawa bahasa sastera bersifat seni dan memiliki nilai tertentu. Tegasnya, penggunaan bahasa yang dilambangkan melalui diski, frasa dan ayat dalam wacana sastera mempunyai tafsiran yang pelbagai. Baginya karya sastera tidak hanya mengungkapkan sebagaimana yang diujarkan tetapi di dalamnya tersaji ‘lautan makna’ yang mencerminkan kekayaan dalam sesebuah karya kreatif  imaginatif.

            Hassan Ahmad menerusi penulisan artikelnya yang bertajuk Ragam Bahasa Melayu, (Utusan Melayu,2000;6), beliau telah meninjau ragam bahasa dari sudut yang lain. Beliau menyatakan Malaysia ialah negara pelbagai bahasa dan pelbagai dialek dan ragam bahasa. Dalam keadaan kepelbagaian bahasa itu, beliau telah menyenaraikan tiga pola penggunaan bahasa, iaitu:
a.       Multilingualisme, maksudnya penggunaan pelbagai bahasa yang       berbeza-beza,misalannya bahasa Melayu,bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan Dusun dan banyak bahasa lagi.
b.      Keadaan atau pola yang disebut diglosia iaitu penggunaan dua atau lebih ragam bahasa yang sama dan
c.       Penggunaan ragam bahasa yang disebut menurut istilah umumnya,               ‘bahasa rojak’  

                                        
Beliau telah menghuraikan ketiga-tiga perkara ini yang berkaitan dengan ragam bahasa. Selain  itu, beliau   juga   menyentuh   penggunaan   ragam   bahasa   dalam pentadbiran dan fenomena yang dihadapi.

Media Sandra Kasih, dalam penulisan artikelnya, “Ragam Bahasa, Ciri dan Fungsinya” [Dewan Bahasa, 2003:55] menghuraikan maksud ragam bahasa dan pandangan ahli sosiolinguistik dengan contoh-contoh yang cukup menarik. Setelah itu, beliau menerangkan ciri-ciri ragam bahasa. Dalam penulisan artikelnya, beliau menyatakan   setiap   ragam   bahasa   mempunyai   ciri   sebagaimana  setiap  manusia atau masyarakat mempunyai ciri ataupun identiti tersendiri. Selain itu, beliau menerangkan fungsi ragam bahasa  untuk    menjadikan ragam    bahasa lebih    menarik untuk dikaji. Dalam kajiannya, beliau menyatakan, fungsi tersebut antaranya ialah untuk mengekalkan identiti  daerah asal , identiti kaum dan untuk merahsiakan kumpulan tertentu daripada dunia luar.  

            Dalam artikel “Ragam Bahasa dalam Pilihanraya” yang ditulis oleh Ab. Rahim Mahmood (Dewan Bahasa,2003;58) mempunyai kajiannya. Beliau menjadikan pilihan raya sebagai medan kajian dalam kepelbagaian ragam bahasa. Kajiannya menyatakan bahasa memainkan peranan dalam mempengaruhi daya pemikiran rakyat. Dalam kajiannya, beliau menyenaraikan empat ragam bahasa yang digunakan semasa kempen pilihan raya. Kempat-empat ragam bahasa itu digambarkan oleh rajah yang berikut:  [BERSAMBUNG].....

No comments:

Post a Comment