Monday, 16 July 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LANTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.-[disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN III;
RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LANTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.    
                                         
 Objektif   Kajian

Objektif kajian bagi penyelidikan ini adalah seperti berikut:
i.                    Mengenal pasti ragam bahasa yang terdapat dalam novel Lentera Mustika (LM), melalui aspek linguistik dalam karya Nisah Haron.
ii.                  Menganalisis ragam bahasa yang terdapat dalam novel Lentera Mustika (LM), karya Nisah Haron.
iii.                Menjelaskan ragam bahasa dominan yang terdapat dalam novel Lentera Mustika (LM), karya Nisah Haron.

                                              Kepentingan Kajian  

         Antara kepentingan kajian ilmiah ini ialah kajian ini bertujuan untuk menambahkan karya khazanah penyelidikan bahasa bagi membantu pembaca dan pelajar untuk lebih memahami dan mendekatkan diri dalam menghayati erti keindahan ragam bahasa dalam pemikiran dan penilaian mereka terhadap sesebuah hasil penulisan sastera.  
                              Selain itu, kajian ini ditujukan kepada para penulis, pengemar dan pencinta kesusasteraan khususnya dalam ‘genre’ novel. Di samping itu, dapat menyedarkan pangguna sastera bahawa terdapat pelbagai jenis ragam bahasa yang sering digunakan dalam karyanya dan menyedari bahawa dalam bahasa terdapat pengelasan, beberapa penilaian dan boleh dibuat kajian.

          Bagi pengarang muda pula, kajian ini juga begitu penting dan berfaedah untuk menambahkan dan mendalamkan ilmu pengetahuan mereka tentang ragam  bahasa yang baik dan yang sewajarnya digunakan dalam karya kreatif mereka. Dengan cara ini, diharapkan mereka dapat terus berkarya , berdaya maju, dan mampu  menilai  karya  mereka  dan  seterusnya  akan  mempertingkatkan  kualiti supaya   setanding   dengan  para  pengarang  yang  telah  lama. Selain  itu   juga, melalui kajian ini dapat menanam rasa cinta kepada hasil karya tempatan.

          Kajian ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum dan pembaca lain, khususnya peminat novel, selain mendapat pengajaran, mereka juga dapat menghayati jenis-jenis ragam bahasa yang terdapat dalam novel ini. Hal ini seterusnya akan memudahkan pemahaman serta penghayatan jenis-jenis ragam bahasa yang terdapat di dalamnya.
                                                
                                           Kaedah Kajian  

           Kaedah   penyelidikan  yang  digunakan   dalam   kajian   ini   ialah kaedah   perpustakaan,  iaitu   membuat   rujukan   melalui  bahan bertulis dari buku, artikel,  jurnal,   penerbitan   berkala  dan    risalah-risalah   yang   berkaitan   dengan tajuk   penulisan   ilmiah   ini. Kajian   ini   berbentuk  analisis   keluruhan  novel Lentera Mustika (LM), karya Nisah Haron dan kajian ini adalah bertumpu kepada penggunaan ragam bahasa dalam novel.

                                                 Batasan Kajian

             Pengkaji akan membuat kajian terhadap  ragam bahasa yang terdapat dalam novel Lentera Mustika (LM), iaitu yang merangkumi keseluruhan novel yang berjumlah 406 muka surat. Unsur yang dikaji hanya kepada untuk mengenal pasti dan manghuraikan   ragam   bahasa   yang   terdapat   dalam   novel   Lantera   Mustika , karya Nisah Haron.

           Di   dalam   novel   ini   telah   dijadikan   sebanyak   empat   belas   jenis ragam bahasa yang diperincikan di dalam novel ini. Semua unsur ragam bahasa ini memainkan peranan yang penting bagi meninggikan lagi mutu karya-karya novel ini. Ragam bahasa tersebut ialah;
i.                    bahasa sindiran
ii.                  bahasa menggiat
iii.                bahasa mengejek
iv.                bahasa terbalik
v.                  bahasa merajuk
vi.                bahasa tempelak
vii.              bahasa herdik
viii.            bahasa melampau
ix.                bahasa merendah atau  turun
x.                  bahasa naik
xi.                bahasa berulang
xii.              bahasa mengeluh atau seruan
xiii.            bahasa bertimbal
xiv.            bahasa jenaka

Secara keseluruhannya, kajian ini hanya dititikberatkan kepada aspek-aspek ragam bahasa yang mempunyai keluasan makna dalam rumus tatabahasa. Penggunaan pelbagai tatabahasa dalam ragam bahasa merupakan sesuatu perkara yang menarik dan perlu dikaji  Melalui kajian yang dibuat ini, diharap dapat membantu pencinta-pencinta novel untuk memahami ragam bahasa dalam novel tetapi untuk memudahkan pengarang muda membuat rujukan tentang keindahan ragam bahasa yang terdapat dalam novel Lentera Mustika (LM),  karya Nisah Haron.  
                                                   
          Sesungguhnya pengkajian terhadap ragam bahasa dalam novel Lentera Mustika (LM), karya Nisah Haron merupakan satu langkah bagi memperkayakan dan mempermantapkan   lagi   kajian   ilmiah   terhadap   bahasa   Melayu. Kajian   terhadap ragam bahasa yang mempunyai keluasan makna digunakan  dalam sesebuah novel boleh  menarik minat para sarjana. Jadi,  pada masa ini kebanyakan pengkaji lebih tertumpu lebih ke arah  ulasan cerita, tema, persoalan dan sebagainya. Secara   ironisnya,   bahasa   Melayu   yang   sentiasa   mengalami perkembangan   memerlukan    lebih   banyak   kajian   bagi   memantapkan  dan memartabatkan   bahasa   ini   ke   persada   yang   setaraf   dengan   bahasa-bahasa dunia   alaf   ini.

            Pada dasarnya, novel   yang   dihasilkan   juga   merupakan   satu   medium dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat global. Hal ini kerana novel juga merupakan media bahasa dan dalam setiap novel ada perkara atau maklumat yang mahu disampaikan  menerusi penggunaan bahasa yang indah.  Dengan mengkaji sesebuah novel apatah lagi penulisan yang telah dihasilkan oleh Nisah Haron yang merupakan sasterawan muda, sudah pasti mengundang berbagai-bagai ragam ayat yang mengandungi lakuan bahasa yang tersendiri. Oleh yang demikian pengkajian           terhadap   ragam   bahasa   dalam   sesebuah   novel   bukan   sahaja   dianggap   sebagai pengetahuan   tetapi   untuk   difahami   dan   dilakukan   melalui   proses   untuk mendapatkan   pengetahuan   tersebut.


No comments:

Post a Comment