Tuesday, 28 August 2012

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON [ disediakan oleh Rozali Rajab]

BAHAGIAN 18; RAGAM BAHASA DALAM NOVEL LENTERA MUSTIKA,KARYA NISAH HARON.
     Bab  V

                                                     Rumusan dan Kesimpulan.

            Berdasarkan kajian terhadap Lentera Mustika, karya Nisah Haron didapati bahawa novel Lentera Mustika  merupakan salah sebuah khazanah yang cukup bernilai. Nisah Haron telah berjaya mengadunkan pengetahuan tatabahasanya dengan pengalaman berbahasa secara kreatif untuk melahirkan ragam bahasa dalam penggunaan bahasa. Usaha mengolah pengetahuan tatabahasa dengan menggunakan bahasa yang kreatif untuk melahirkan karya yang indah ragam bahasa dalam novel Lentera Mustika mampu dilakukan oleh Nisah Haron dengan berkesan sekali. Justeru, kajian ini adalah untuk menilai unsur ragam bahasa dalam sesebuah novel, iaitu Lentera Mustika, karya Nisah Haron. Keseluruhan aspek dikaji dengan merujuk kepada pengkaji dan ahli biasa berkaitan dengan pemilihan perkataan, penggunaan ayat, ragam bahasa dan jenis-jenis ragam bahasa.  

            Bahasa merupakan wahana atau alat berkomunikasi, alat berfikir dan alat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Dalam penulisan karya kreatif seperti novel, bahasa menjadi alat kepada pengarang untuk menyampaikan mesej dan mengembangkan penceritaanya. Kejayaan sesebuah karya kretif itu bergantung pada   keupayaan    kreatif    dan     kebijaksanaan     penulis     atau     pengarang
                                                                  89
memanipulasikan unsur bahasa dengan baik, sudah tentu meninggakan kesan tertentu kepada pembaca. Kenyataan ini bersesuaian dengan penjelasan Arba’ie Sujud [2010 ;133] 
“Penggunaan ragam bahasa dalam konteks ini merujuk kepada ciri gaya   penceritaan   yang   penggunaannya   bertujuan   tertentu. Antaranya,   untuk menguatkan   dan   mempertajam   maksud   supaya   pembaca   atau  pendengar memperoleh kesan tertentu.”    
                                                              
            Justeru, setiap pengarang menggunakan berbagai-bagai-bagai kaedah dan pendekatan tersendiri untuk menonjolkan kelainan cara kepengarangannya berbanding pengarang lain. Oleh itu, pembaca akan berminat untuk mengikuti penulisan tersebut sekiranya pengarang mampu menimbulkan sesuatu gagasan, keindahan dan berupaya menarik minat.

             Realitinya, kelainan seseorang   pengarang   dalam  merendangkan cerita melalui   ragam   bahasa   yang  menarik  adalah  bergantung  pada  faktor   latar  belakang pendidikan,   profesion   dan   persekitaran. Akan   tetapi   penulisan  yang   mantap   dan disegani,  lebih   kreatif   dan   tulen   semasa   menghasilkan   karyanya.  Kebolehan menguasai   bahasa   dengan   baik   akan   menampilkan  idea  yang bernas, perkataan yang tepat  dan  dengan  variasi  ayat  yang  sempurna  akan dikagumi dan mempunyai tempat di hati pembaca.

                  Nisah Haron mempelbagaikan   ragam   bahasa    daripada pemilihan
                                                                 90
perkataan, pemilihan  ayat,  sehinggakan   kepada  ragam  bahasa   yang   menyeluruh. Pemilihan perkataan  dalam  novel  Lentera  Mustika  digunakan  begitu  berkesan  dengan  suasana zaman  dan  masyarakatnya.

            Dari sudut ragam bahasa, Nisah Haron ternyata mampu mengeksploitasi ragam bahasa, iaitu 13 jenis ragam bahasa dan penggunaan ayat, diski atau kata dan morfologi .  Melalui kaedah ini gambaran  dan  jalan  cerita  kelihatan  lebih  jelas  dan   tersusun  . Penggunaan   ragam bahasa yang   meluas   mampu   mengusik  perasaan,  menimbulkan   bayangan   dan   kesan melalui   penggunaan   watak   dan   teknik   penceritaan. Novel Lentera Mustika  berlatarbelakangkan   dunia   yang   berkait   rapat   dengan   kemanusiaan,   percintaan, pendidikan, masyarakat universiti dan kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, penggunaan   ragam   bahasa   yang   menarik  berlaku  mahupun  dalam  keadaan  sedar atau tidak  sedar . Pengarang  dengan  sendiri  mampu  merendangkan   cerita   di   samping menyelitkan sedikit unsur kelucuan.

            Secara umumnya,novel Lastera Mustika amat  menarik  dari  segi  penggunaan  ragam  bahasa  dan   penguasaan tatabahasa mampu  menarik  minat  pembaca.  Hal  ini demikian  kerana,   Nisah  Haron  menggunakan  ragam  bahasa  yang  menampilkan  kelainan  dan masih segar.
SAMBUNGAN BAHAGIAN 19..........

No comments:

Post a Comment