2.1 KATA KERJA TRANSITIF
1. Kata kerja transitif mesti disertai oleh objek frasa nama.
2. Kata kerja transitif menerima imbuhan menN-, menN-…-kan, meN-…i, memper-…, memper-…-kan, memper-…-i.
3. Terdapat empat kata kerja transitif yang tidak perlu menerima imbuhan, iaitu ‘makan’, ‘minum’, ‘minta’, ‘mohon’.
4. Pembentukan ayat :
Kata kerja transitif Objek frasa nama
Peringatan
1. Kata kerja transitif mesti menerima imbuhan dan diikuti oleh objek.
2. Selepas kata kerja transitif hendaklah terus diikuti oleh objek frasa nama atau kata komplemen ‘bahawa’ (rujuk ayat majmuk pancangan komplemen).
3. Kata-kata yang biasa disertai selepas kata kerja transitif ialah :
a kata sendi - tentang, akan, pada
b kata adjektif - banyak, sedikit
c kata keterangan - juga. Lagi
4. Kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan memper-…-kan.
5. MeM-…-kan yang memberi maksud ‘ada penerima’, objeknya bergerak.
6. MeN-…-i yang memberi maksud ‘ada penerima’, objeknya tidak bergerak.
7. MeN-…-kan yang memberi maksud ‘untuk’ atau ‘bagi’tidak boleh digunakan kata sendi ‘untuk’ atau ‘bagi’ lagi.
8. Selepas kata kerja, ditinggalkan kata komplemen ‘bahawa’ yang menyebabkan terjejas ayatnya (rujuk ayat Pancangan Komplemen)
Contoh :
Kesalahan dari segi
|
Ayat yang salah
|
Ayat yang betul
|
Keterangan
|
Kata
|
Tukang kayu itu sedang gergaji papan.
Pekerja itu sedang memperbesarkan parit itu.
Dia menghadiahi sekuntum bunga kepada isterinya.
Ibu membelikan
sebuah jam tangan untuk adik.
Ibu membeli adik sebuah jam tangan.
|
Tukang kayu itu sedang menggergaji papan.
Pekerja itu sedang memperbesarparit itu.
Dia menghadiahkan sekuntum bunga kepada isterinya.
Dia menghadiahi isterinya sekuntum bunga.
Ibu membeli sebuah jam tangan untuk adik.
Ibu membelikan adik sebuah jam tangan.
|
Tidak meletakkan imbuhan.
Kata dasar kata adjektif tidak boleh diletakkan imbuhan memper-…-kan.
Salah menggunakan apitan meN-…-i yang menyatakan maksud ada penerima.
Salah menggunakan apitan meN-…-kan yang memberi maksud bagi atau untuk.
|
Frasa
|
Mak Jah mengenangkan akan anaknya yang sedang belajar di Kuala Lumpur.
Guru itu mempunyai banyak pengalaman.
Kapal selam Amerika telah menengelamkan lagi kapal perang musuh.
|
Mak Jah mengenangkan anaknya yang sedang belajar di Kuala Lumpur.
Guru itu mempunyai pengalaman.
Kapal selam Amerika telah menengelamkan lagi kapal perang musuh.
|
Selepas kata kerja transitif meN-…-kan tidak boleh diikuti oleh kata sendi.
Selepas kata kerja transitif meN-…-i tidak boleh diikuti oleh kata adjektif.
Selepas kata kerja transitif meN-…-kan tiada boleh diikuti oleh kata keterangan.
|
Latihan 3
( Pilihan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas)
Soalan 1 hingga 8
Sebahagian daripada ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan sama ada. A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
1. Mereka berkhidmat bukan untuk kepentingan diri tetapi negara.
A bukan untuk diri sendiri tetapi kepentingan negara.
B bukan untuk diri sendiri tetapi kepada kepentingan negara
C bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kepentingan negara
D bukan untuk kepentingan diri tetapi negara
2. Surat itu menyatakan abang akan pulang pada bulan depan.
A bahawa abang akan pulang bulan depan
B bahawa abang pulang bulan depan
C abang pulang pada bulan depan
D abang akan pulang pada bulan depan
3. Saya tidak pasti sama ada kakak saya akan ke Amerika atau Eropah.
A akan pergi ke Amerika atau Eropah
B akan pergi Amerika atau Eropah
C akan ke Amerika atau Eropah
D akan ke Amerika atau Eropah
4. Meskipun hari sudah malam, wanita itu masih mahu teruskan perjalanan.
A masih ingin terus berjalan
B masih ingin meneruskan jalannya
C masih ingin meneruskan perjalananya
D masih mahu teruskan perjalanan
5. Orang kaya itu telah memperbesarkan rumahnya yang terletak di puncak bukit.
A membesar lagi rumahnya
B membesarkan lagi rumahnya
C memperbesar rumahnya
D memperbesarkan rumahnya
6. Saya menceburi diri dalam Persatuan Sains di sekolah saya.
A Saya mencebur diri
B Saya ceburkan diri
C Saya menceburkan diri
D Saya menceburi diri
7. Persatuan itu mengadakan pertandingan syarahan dengan mempelawa kepada sesiapa yang berminat.
A dengan mempelawa siapa yang meminatinya
B dengan pelawaan kepada sesiapa yang meminatinya C dengan mempelawa sesiapa yang berminat
D dengan mempelawa kepada sesiapa yang berminat.
8. Pegawai itu akan mempersuamikan anak gadisnya pada masa percutian bulan hadapan.
A mempersuamikan akan anak gadisnya
B mempersuami akan anak gadisnya
C akan mempersuami anak gadisnya
D akan mempersuamikan anak gadisnya
SAMBUNGAN BAHAGIAN 1....SIRI AKAN DATANG.
A mempersuamikan akan anak gadisnya
B mempersuami akan anak gadisnya
C akan mempersuami anak gadisnya
D akan mempersuamikan anak gadisnya
SAMBUNGAN BAHAGIAN 1....SIRI AKAN DATANG.
No comments:
Post a Comment