Tuesday, 4 September 2012

LAMBAIAN BUKIT BROGA-[disediakan oleh Cikgu Rozali]

Pengalaman Mendaki Bukit Broga kali kedua.

Pada tarikh 2 September 2012,masih berada di bulan syawal...perancangan telah diatur dengan rapi bersama dengan anak iaitu Nabil dan anak buah, Isnan.

Jam 5 pagi,Toyota Rush berderum meninggalkan rumah untuk ke Semenyih.Pagi itu,kesejukkan dan mata masih pening-pening lalat,tetap meneruskan perjuangan dengan semangat waja walaupun hari raya masih bergema.Kuih raya,rendang,lemang,ketupat dan tapai pulut masih belum luak,tetap ditinggalkan.Bukit Broga sentiasa memanggil-manggil untuk di daki.Kegelapan amat dirasai apabila melalui perkampungan Jenderam,Sg.Buah,Bangi Lama dan pekan Semenyih.Ketibaan kami bertiga,disambut dengan azan subuh di masjid Semenyih...Allahhuakbarr......... Sesudah azan,sembahyang sunat subuh dilaksanakan.Orang ramai mula datang dan dua saf dapat dibentuk...seterusnya sembanyang subuh dijalankan.Selesai sudah sembahyang subuh,tanpa menunggu doa imam,kami bertiga terus berdoa sendiri dengan mengharapkan selamat pergi dan selamat pulang.
Apabila keluar dari masjid,alamak kereta kena blok dengan kereta lain. Fikir punya fikir..mesti kena selesaikan.Kalau lambat sampai di kaki Bukit Broga,sudah tentu akan timbul masalah tempat letak kereta. Kereta digerakan dengan perlahan-lahan dan akhirnya berjaya dikeluarkan...Kami terus menuju ke kaki bukit Broga dan lebih kurang 15 minit,kami sampai. Fuhh...kereta dah banyak,macam mana nii... Fikir punya fikir,masuk di dalam ladang kelapa sawit,masih ada kosong tapi kena bayar RM2.Tak apalah..asalkan ada tempat letak kereta dan kereta selamat.
Sebelum memulakan pendakian,kami berdoa agar sentiasa dilindungi Allah.Amin. Anak,Nabil dan Isnan,begitu bersemangat untuk pendakian...orang muda.Kita terpaksa buat perlahan-lahan,sebab tenaga perlu digunakan semasa di puncak kerana pendakiannya lebih mencabar.Semasa pendakian,kami menggunakan lumpuh suluh supaya kami tidak menjadi mangsa pada lubang dan akar kayu.Orang ramai begitu bersemangat yang terdiri daripada orang tua,muda dan kanak-kanak.Riuh juga suasana pendakian. "Hoi,gemuk..cepatlah...,"itulah suara yang memecah kesunyian pagi.Sesampai di pertengahan,saya terpaksa berhenti,kerana nafas mula kasar.Mungkin hari raya banyak sangat makan lemang,pulut dan kuih raya...dendam katakan.


Lebih kurang 10 minit,kami meneruskan perjalanan hinggalah di tempat persinggahan yang terakhir. Kami berjaya. Pemandangan dari puncak bukit Broga cukup menakjubkan.Cantik dan indah.Itulah kebesaran ciptaan Allah. Nabil dan Isnan sampai ke puncak Bukit Broga dengan mengibarkan bendera Malaysia.....











Selepas ini ,kami merancang masuk ke hutan Gombak dengan menaiki motosikal lasak yang mempunyai empat roda....pasti seronok.Pada bulan Disember,kami meneruskan penggembaraan ke Sarawak selama satu minggu..tiket dah beli.
Kenangan tetap tercatat di memori ini...dan kuluahkan secara ringkas di blog ini......

No comments:

Post a Comment