Baru-baru ini rakan anda telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Anda menulis surat kepadanya mengucapkan tahniah selain ingin mengetahui rahsia kejayaannya. Tulis surat itu selengkapnya.
No 37 Jalan P9G1/2,
Presint 9,
62250 Putrajaya.
21 Disember 2012.
Menemui sahabatku Lina yang kini berada di Perak. Setelah hampir setengah tahun kita tidak bertemu, saya benar-benar berharap saudari berada dalam keadaan yang sihat. Syukur kepada Tuhan, saya berada dalam keadaan sihat hendakNya. Terlebih dahulu, saya mahu memohon maaf kerana sudah lama tidak menguhubungi saudari.
Saudari,
Keputusan PMR sudah keluar pada dua hari lepas. Saya mendengar berita bahawa saudari telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut, iaitu 8A. Tahniah! Saya amat berbangga dengan percapaian hebat saudari. Adakah dengan pencapaian ini, saudari akan memohon untuk masuk ke asrama penuh? Saya pasti saudari sudah mengetahui bahawa saya akan menghadapi peperiksaan PMR pada tahun hadapan. Saudari secara tidak langsung telah menjadi idola saya. Pencapaian saudari telah membawa sinar inspirasi untuk saya mencapai kejayaan.
Pada kali terakhir saya dan saudari berjumpa, saudari telah berkongsi serba sedikit rahsia kejayaan dalam mencapai keputusan cemerlang. Saudari menasihati saya bahawa kunci segala kejayaan adalah sering membuat latihan. Tidak kira apa-apa subjek, saya perlulah membuat ulang kaji sekurang-kurangnya tiga jam sehari tanpa mengambil kira masa untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Bak kata pepatah, ‘alah biasa tegal biasa’.
Demi memastikan tips di atas berkesan, saudari telah mengingatkan saya supaya sediakan jadual khas untuk belajar. Jadual ini meliputi tujuh hari seminggu, dari hari Isnin sehingga hari Ahad. Saya perlu memastikan bahawa kelapan-lapan subjek disusun dengan teratur supaya dapat menguasai semua subjek dengan baik. Saya perlu mempunyai komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk mengikuti jadual yang ditetapkan dan tidak menangguhkan waktu supaya tidak menjadi sia-sia.
Selain itu, saudari menasihati saya supaya tidak putus asa di tengah jalan. Saudari melarang saya sama sekali untuk membiarkan usaha keras saya selama ini terbuang seperti sampah yang dikerumuni lalat. Sikap yang perlu saya pupuk merupakan semangat yang berkobar-kobar seperti api yang marak menyala untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Jika saya gagal, saya perlu menggunakan kegagalan itu sebagai pemangkin untuk kejayaan yang seterusnya.
Akhir sekali, perkara yang paling penting dalam setiap aspek termasuk juga selain daripada belajar untuk peperiksaan ialah usaha, doa dan tawakal. Sesungguhnya suatu hari, saudari pernah menyatakan bahawa ‘usaha itu tangga kejayaan’. Tiada jalan pintas untuk berjaya, hanya usaha yang gigih serta berterusan. Begitu juga dengan doa kepada Ilahi. Saudari sentiasa mengingatkan saya bahawa jika ingin berjaya, perkara asas sebagai seorang muslim jangan ditinggalkan iaitu solat lima waktu. Setelah segala benda telah diselesaikan, saudari mengingatkan saya supaya bertawakal kepadaNya. Saya perlu redha dengan apa sahaja yang akan saya dapat. Walaupun tidak mendapat keputusan setinggi 8A, itulah kejayaan yang manis sebenarnya jika saya melakukan dengan bersungguh-sungguh, berdoa serta bertawakal.
Kata-kata saudari pada ketika itu menyuntik semangat dalam diri saya. Kejayaan saudari hanya menambah lagi keyakinan untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan. Jika ada lagi rahsia kejayaan saudari selain daripada ini dan saudari mahu kongsikan bersama saya, sudilah membalas surat ini. Saya pasti pelbagai yang telah saudari lakukan untuk mencapai kejayaan yang membanggakan ini.
Sampai di sini sahaja surat saya pada kali ini. Sampaikan salam dari Putrajaya kepada keluarga saudari. Saya berharap sangat agar kita dapat berjumpa pada masa hadapan.
Sahabatmu,
…………………………
(Amirah Wahidah)
terima kasih
ReplyDeleteThx����
ReplyDelete.................................
ReplyDeletex best langsung............
ReplyDeletePanjangnya
ReplyDelete