Persatuan Bahasa Malaysia,
SMK Putrajaya Presint 9 (1),
Jalan P9F, Presint 9 62250,
Putrajaya.
Pengurus Besar,
Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd,
Lot 1941, Persiaran Raja Muda,
Seksyen 16,
40700 Shah Alam,
SELANGOR. 13 Januari 2013
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Kilang Coklat Cadbury
Merujuk perkara di atas, saya Farah Adila binti Azmy selaku setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia ingin meminta kebenaran tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury kerana kilang ini terkenal di Malaysia dan kami pasti pemilihan kilang ini tidak akan menghampakan para peserta yang mengikuti lawatan sambil belajar ini. Selain itu, perjalanan dari sekolah kami ke kilang ini hanya mengambil masa 45 minit sahaja.
2. Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut.
Tarikh : 21 Januari 2013
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Jumlah peserta : 35 orang peserta
Jumlah guru pengiring : 5 orang
Pengangkutan : bas akan disediakan oleh pihak sekolah.
3. Motif lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara pembuatan coklat dan teknologi terbaharu dalam pemprosesan coklat. Selain itu, lawatan ini dapat membantu kami untuk menyiapkan kajian mengenai koko di Malaysia. Kami yakin bahawa maklumat yang tepat hanya dapat diperoleh melalui lawatan ini.
4. Di samping itu, lawatan ini dapat memenuhi aktiviti tahunan persatuan kami pada tahun 2013. Di sekolah kami, setiap persatuan dikehendaki untuk mengadakan pembentangan pada akhir tahun nanti kerana penilaian akan dilakukan berdasarkan jumlah aktiviti yang dijalankan olah setiap persatuan.
5. Kami amat berbesar hati jika tuan dapat mencadangkan beberapa tempat yang harus kami lawati dan saya juga ingin meminta izin daripada tuan untuk membenarkan kami menangkap beberapa kepingan gambar untuk dimasukkan dalam laporan dan pembentangan kami.
6. Jika pihak tuan tidak keberatan, kami memohon jasa baik tuan untuk menyediakan seorang kakitangan kilang untuk memberi tunjuk arah di kawasan kilang dan dapat memberi penerangan yang diperlukan serta sebarang bahan-bahan maklumat tambahan mengenai kilang itu sebagai rujukan.
7. Kami berjanji akan memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan tuan. Kami juga berjanji akan bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut.
8. Kami amat berharap permohonan ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan. Segala usaha tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
Farah Adila
(FARAH ADILA BINTI AZMY)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
thanx a lot.. dah lama tak pergi sekolah,, it helps me a lot,, bila i kena buat surat untuk MBPJ hahahah
ReplyDeletepoyo
DeleteKk
Deletesaya memerlukan pertolongan!!!
ReplyDeleteuntuk mengarang surat rasmi untuk memohon mengembalikan wang yuran pengajian..
xda idea lgsung..
pliss
terima kasih ....amat berguna...
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya cuma nak kepastian, ejaan untuk negeri pada alamat penerima mesti ditulis dgn huruf besar? Terima kasih. I
ReplyDeletethnkks . it useful for me
ReplyDeleteterima kasih... sellau buat english.. lupe dah nak buat bahasa melayu.. thanks cikgu rozali
ReplyDeletepoyo
DeleteWc
Deleteassalamualaikum..saya nak Tanya macam mana nak buat SURAT KIRIMAN RASMI (MENGADAKAN PROGRAM MINGGU KESELAMATAN PELAJAR DI JALAN RAYA)???
ReplyDeletevery useful for my exam.thanks a lot!!!
ReplyDeleteIts awesome
ReplyDeletemenariknya
ReplyDeleteis this for upsr
ReplyDeletevankkam uyirode irukke thamilavangulukku ithu share paniduren
ReplyDeleteThx
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Riko Adryansyah
Mobile : +6281365654104 ( WhatsApp )
E-Mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Minta diizinkan untuk mengambil contoh karangan ini.Terima kasih
ReplyDeleteada karangan surat kiriman rasmi cara cara menaik taraf perpustakaan
ReplyDeleteAsalamualaikum minta izin untuk mengambul contoh karangan ini.
ReplyDeleteMinta izin tuk copy karangan ni
ReplyDeleteTrm kh
ReplyDeleteBest nya karangan surat kiriman rasmi permohonan lawatan sambil belajar ke sebuah tempat😍😍😍di dalam🌏kalau saya bagi nombor🥇tau
ReplyDeleteKenapa olah bukan oleh tak papalah kesian hahahaha hahahaha hahahaha hahaha💬🙂🙂🙂 , tapi saya rasa saya perlu buat untuk diri saya sendiri untuk peperiksaan akhir tahun ini bagi memastikan saya sentiasa mendapat nombor🏆🥇.✏️ dengan baik dalam hidup 🇲🇾
ReplyDeleteTq for the karagan "Surat Rasmi"
ReplyDelete🥳
Terima kasih Cikgu Rozali
ReplyDeleteSangat membantu saha dalam membuat karangan saya untuk tahun 6.
Saya Ingin menghadapi UPSR dan karangan ini telah dijadikan contoh saya bagai surat kiriman rasmi
Tanhian atas karangan yang cemerlang ini...
Very good
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteUmm this page not for advertising 😂😃😅🤭🤗💀
ReplyDeleteThis is not an advertising page 😂💀🤭😅😇
ReplyDeleteVery useful 👍🏻
ReplyDeleteI use it to do my homework 🙂
👍
ReplyDelete看
ReplyDelete