Tuesday, 22 January 2013

CARA-CARA MEMUPUK AMALAN MULIA.[Muhammad Imran Bin Mohd Fadzil.]

Amalan kunjung-mengunjung amalan mulia yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Tetapi amalan ini semakin terhakis dimamah usia pada hari ini.


    Terdapat beberapa cara untuk memupuk amalan mulia ini. Antaranya adalah dengan mengadakan rumah terbuka. Jika kita mengadakan rumah terbuka kita dapat memupuk sifat  kerajinan di samping dapat mempraktikkan amalan kunjung-mengunjung.


    Selain itu, kita juga dapat memupuk sifat kunjung-mengunjungi jika kita mengunjungi rakan, jiran ataupun ahli keluarga yang sakit ataupun dijemput ke rumah mereka. Kita bukan sahaja dapat memupuk amalan mulia ini ke dalam diri kita tapi kita dapat memupuk amalan ini terhadap orang yang kita kunjungi kerana mereka pasti akan mencontohi sifat terpuji ini dari kita.

    Di samping itu, kita juga harus mengunjungi kenalan-kenalan jika dijemput menghadiri majlis keraian yang mereka adakan. Dengan ini mereka rasa dihargai dan mencontohi amalan mulia ini.


    Akhir sekali saya ingin mengingatkan bahawa amalan kunjung-mengunjung amalan mulia kerana dapat mengeratkan hubungan silaturahin sesama insan. Jadi amalkanlah amalan mulia ini.

(152 patah perkataan)


No comments:

Post a Comment