Tuesday, 19 June 2012

KARANGAN PERIBAHASA-[ NUR AIMI HUSNA BT JAMAL  LULKHIR – 3 URANIUM – 2012]   
 BERAKIT-RAKIT  KE  HULU,  BERENANG-RENANG  KE  TEPIAN
 “kring…”bunyi  nyaring  daripada  loceng  dirumahnya  membangunkan  Anis  yang  harus  bersiap-siap  ke  sekolah  hari  ini.  Jika  dirumah  orang  lain ,pastinya  ibu  bapa  mereka  riuh-rendah  mengejutkan  mereka  bangun.  Namun, semua   itu   tidak  dapat  dirasai  oleh  Anis.  Hal  ini  kerana, ibu  bapa  angkatnya  telah  lama meninggal  dunia. Walaupun  hanya  sekadar  anak  angkat, ibu  bapa  Anis  tidak  menyekat  kasih              sayang  mereka  kepada  Anis.  Tambahan  pula  mereka  tiada  anak  selain  Anis.   Anis  mengetahui  bahawa  dia  merupakan  anak  angkat  kepada  mak  cik  Zaitun    dan  pak  cik  Ahmad  semasa  dia  berumur  10  tahun.  Walaupun  pada  mulanya  dia   agak  sukar  menerima  berita  itu,  namun  akhirnya  dia  reda  akan  jalan  hidupnya  itu.  Masih  segar  lagi  ingatan  Anis  kepada  hari  dia  mengetahui  berita  itu….
  “Anis, sebenarnya, kamu  hanyalah  anak  angkat  kami  sahaja. ” Mak  cik  Zaitun  memberitahu  hal  itu  kepada  Anis  pada  suatu  petang  yang  damai.  “Apa  yang  mak  merepek  ni.  Anis  kan  anak  mak.  Mak  dah  tak  sayangkan  Anis  lagi  ke ?”. Lirih  suara  Anis  membalas  kata-kata  maknya  itu.  “Tidak  Anis.  Mak  sangat  sayangkan  Anis.  Walaupun  kamu  hanya  anak  angkat  mak,  tapi  mak  tetap  menyayangi  kamu  seperti  anak  sendiri  sementalah  mak  tidak  mempunyai  anak.”  Mak  cik  Zaitun  cuba  meyakinkan  Anis.  “Anak  angkat?.  Sudahlah  mak.  Anis  tidak mahu  mendengar  apa  yang  mak  katakan  lagi .  Jika  mak  masih  berterusan  bercakap  mengenai  anak  angkat  lagi,  Anis  tidak  akan  menjejakkan  kaki  di  rumah ini  lagi.”  Balas  Anis  kepada  mak  cik  Zaitun,  lalu  berlari  ke  luar  rumah  sambil  dipandang  sayu  oleh  ayah   angkatnya.  Semenjak  dari  dari  hari  itu,  tiada  lagi  perbincangan  mengenai  anak  angkat  ditimbulkan  sehinggalah  terjadinya  kejadian  yang  tidak  mungkin  dilupakan  Anis  seumur  hidupnya  iaitu  kejadian  kemalangan mak  dan  ayah  angkatnya.  Setelah  selesai  segala  urusan  pengebumian ,  Anis  segera  menuju  ke  bilik  arwah  ayah  dan  mak  angkatnya  untuk  melepaskan  rindunya  yang  membuak-buak  Itu.
  “kriuk..kriuk.” sesampai sahaja Anis di bilik arwah mak dan ayah angkatnya, dia terdengar suara geseran kertas lalu segera mencari arah suara itu muncul. Rupa-rupanya, seekor kucing sedang menggigit sepucuk surat yang berwarna putih di sudut bilik itu. Anis segera mengaambil surat itu dan apabila dibuka, ternyata ia tulisan arwah mak angkatnya. Anis membaca surat itu dengan suara yang perlahan di bilik itu. ‘Kehadapan Anis. Mak tidak berniat melukakan hati Anis. Mak hanya mahu Anis mencari kembali siapa ibu kandung Anis kerana Anis berhak mengetahuinya. Sebenarnya, Anis telah diberi kepada kami semasa Anis berusia sebulan. Ibu kandung Anis yang memberi Anis kepada kami. Ibu kandung Anis ketika itu tidak mampu menjaga Anis kerana mempunyai masalah kewangan tetapi dia berjanji untuk mengambil Anis semula apabila genap umur Anis 10 tahun. Kerana itu jugalah mak dan ayah memberitahu hal ini kepada Anis kerana Anis akan genap umur 10 tahun pada bulan hadapan. Mak bukan tidak mahu menjaga Anis lagi, malah jika diizinkan, mak mahu menjaga Anis hingga ke hujung nyawa mak tetapi mak telah berjanji dengan mak kandung Anis untuk memulangkan Anis kembali semasa umur Anis genap 10 tahun. Mak harap Anis faham keadaan mak. Satu lagi, mak kandung Anis bernama Hanisa. Ayah Anis pula telah lama meninggal dunia sejak Anis dilahirkan lagi. Itu sahaja dari mak. Wassalam.’ Berguguran air mata Anis selepas membaca surat itu.
  “Anis! “ jeritan Faezah itu mematikan lamunan panjang Anis. “kau ni kalau jumpa aku mesti jerit. Tak pernah nak bagi salam ke  apa dulu.” Jawab Anis sambil mengurut dadanya kerana terkejut dengan sergahan kawannya itu.  Maaflah Anis. Aku Cuma gembira jumpa kau hari ini. Kan dah lama kita tak jumpa sejak cuti sekolah tahun lepas.” Faezah hanya mempamerkan muka tidak bersalahnya. “Yelah Faezah. Aku pun gembira jumpa kau hari ini. Jomlah kita bergerak ke kelas kita. Aku takut cikgu marah kita pulak nanti.” Kata Anis seraya berjalan menuju ke kelasnya iaitu kelas tingkatan 5 Cempaka bersama Faezah.
  “Bangun semua.” Ketua kelas 5 Cempaka memberikan arahan apabila cikgu Liyana memasuki kelas mereka. “Baiklah semua. Hari ini kita ada seorang guru baru yang akan menjadi guru kelas kamu. Perkenalkan, cikgu Hanisa.” Cikgu Liyana membawa masuk guru baru kelas mereka. “Assalmmualaikum semua.” Cikgu Hanisa memberikan kata-kata aluannya sebelum menyuruh semua pelajar duduk. Sejak dari hari itu, Anis dan Faezah menjaadi rapat dengan cikgu Hanisa. Cikgu Hanisa juga mengetahui tentang salasilah Anis.
  “Anis, apa kata awak tinggal dengan saya. Lagipun, saya tinggal seorang diri di rumah saya. Anak-anak lelaki saya pun dah lama tidak pulang ke rumah.” Cadang cikgu Hanisa kepada Anis . “Baiklah cikgu. Kalau ia tidak menyusahkan cikgu, saya okey je.” Anis memberikan kata persetujuannya kepada cikgu Hanisa. Hubungan mereka selepas itu bagai ibu dengan anak jika orang tidak tahu siapa Anis. Tetapi, disebalik kegembiraan itu, anak kedua cikgu Hanisa telah lama memerhatikan Anis dan dia mula merencana rancangan untuk mengenakan Anis. Baginya, Anis hanya mahukan harta maknya sahaja.
  Pada satu petang yang panas terik, Haikal, anak cikgu Hanisa telaah melanggar Anis yang ketika itu mahu melintas jalan setelah selesai membeli makanan kudapan di kedai di runcit tepi jalan itu. Cikgu Hanisa yang ketika itu sedang berada didalam kereta segera menerpa kearah tubuh Anis yang telah berlumuran darah itu. “Anis, jangan tinggalkan mama”. Cikgu Hanisa merintih pilu akan nasib Anis. Mengikut perancangannya, dia mahu memberi khabar gembira kepada Anis petang ini. Dia telah mendapat keputusan DNA yang telah dia lakukan kepada Anis dan keputusan itu membuktikan bahawa Anis merupakan anak kandungnya yang dia tinggalkan kepada mak cik Zaitun dan pak cik Ahmad 17 tahun dahulu. Namun,semua itu tidak menjadi apabila Anis terlantar di hospital kini.
  “Maafkan saya. Puan ni ibu kepada mangsa ke?” pertanyaan doktor itu mengembalikan cikgu Hanis ke realiti. “Ya…kenapa doktor?” “Saya harap puan bersabar. Selepas memeriksa Anis tadi, saya mendapati buah pinggang kiri Anis telah rosak teruk danmemerlukan penderma secepat mungkin. Jika puan mahu menderma, saya akan menyuruh jururawat saya untuk memeriksa puan sama ada buah pinggang puan sesuai ataupun tidak untuk Anis.” Jelas doktor muda itu tadi. “Baik doktor. Saya sanggup lakukan apa saja untuk anak saya”. Selepas beberapa minit  diperiksa, ternyata buah pinggang cikgu Hanisa sesuai untuk Anis.
  Cikgu Hanisa telah masuk ke bilik bedah bersama-sama dengan Anis yang tidak sedarkan diri. “Mama harap Anis sembuh dan sihat seperti selalu ya, sayang”. Cikgu Hanisa membisikkan kata-kata semangatnya untuk Anis.
  Selepas beberapa jam dibedah, Anis mula menunjukkan tanda-tanda positif manakala cikgu Hanisa pula sebaliknya. Setelah bertarung nyawa, akhirnya cikgu Hnisa menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 2.30 pagi. Anis pula mula sedar pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. Sebaik sahaja Anis sedar, dia terkejut apabila seorang lelaki sedang tidur disebelah katilnya diatas kerusi. “Aduh..” rintih Anis apabila dia cuba bangun dari pembaringannya. “Eh, Anis dah sedar?. Doktor, adik saya dah sedar.” Laung Hanif kepada doktor. ‘Adik?. Bila masa aku ada abang?’ Anis bermonolog di dalam hatinya. “Alhamdulillah..akhirnya Anis sedar juga”. Ujar doktor yang baru masuk ke wad nya itu. Setelah diperiksa, Anis dibenarkan pulang keesokan harinya.
  “Awak ni siapa?” Tanya Anis kepada Hanif. “Saya abang kandung Anis. Anis kenalkan cikgu Hanisa?. Kalau Anis nak tahu, dia lah ibu kandung Anis. Mama dah ceritakan semuanya kepada saya.” Jawab Hanif dan menceritakan semuanya kepada Anis termasuk mengenai Haikal yang telah dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan cubaan membunuh Anis. Hanif juga menceritakan mengenai Haikal yang sememangnya dengki  dengan Anis dan mamanya itu.
  Anis juga menerima berita kematian cikgu Hanisa dengan reda. “Mungkin memang tiada rezeki untuk Anis memanggil cikgu Hanisa dengan panggilan mama kan?” luah Anis kepada Hanif. “Sudahlah Anis. Itu semua takdir. Lagipun. Abang Hanif kan ada. Abang akan ada di sisi Anis tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Itu janji abang.” Tekad Hanif kepada Anis. Mereka memandang sayu kearah pusara mama mereka  itu  sebelum  meninggalkan  tanah  perkuburan  itu.  Selepas  dua  hari  sejak  kematian  mamanya,  Anis  kerap  bermimpi  berjumpa  dengan  arwah  mamanya  itu. Dalam mimpi itu,  cikgu  Hanisa  menasihatinya  supaya  belajar  bersungguh-sungguh  dan keraplah  melawat  kuburnya  untuk  menyedekahkan  al-Fatihah.  Cikgu  Hanisa  juga  berpesan  supaya  Anis  sentiasa  menjaga  diri  bersama  abang  Hanif.  Sejak  dari  itu,  Anis memasang  tekad  untuk  berjaya  dalam  hidupnya.
  Kini,  Anis  telah  berjaya  menjadi  seorang  doktor  di  hospital  yang  berjaya  di Kuala  Lumpur.  Abang  Hanif  juga  telah  menjadi  seorang  arkitek  yang  berjaya. Inilah  yang dikatakan  orang  berakit-rakit  ke  hulu,  berenang-renang  ke  tepian.  Mereka  juga sering melawat  pusara  mama  mereka  setiap  hujung  minggu.

1 comment: